"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, November 9, 2011

MATIKAN ROKOK, SEBELUM............







"MATIKAN ROKOK, SEBELUM ROKOK MEMATIKAN KAMU"

Begitu bunyi satu tag line yang saya sempat  lihat  (dalam kesibukan lalu lintas) di dinding hadapan sebuah kedai / pejabat di sebuah bandar kecil dalam perjalanan saya dan beberapa rakan dari Bandung ke Garut pada minggu lepas. Kami ke Garut lagi, sebuah bandar yang mengambil masa lebih tiga jam dari Bandung pada hari-hari hujung  minggu yang lepas.

Ia menarik perhatian saya kerana Indonesia adalah sebuah negara Islam yqang terbesar pendudunya ketika ini dan mereka menjadi mangsa budaya merokok. Sungguh malang kalau orang Islam menjadi lemah dan bermasaalah. Malaysia juga menjadi mangsa pengeluar rokok. Dalam sebuah website saya terbaca bahawa di Malaysia lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun keatas adalah perokok. Dari angka tersebut 20% adalah golongan remaja. dan 85% remaja akhirnya menjadi ketagih rokok.

Ini fenomena yang merbahaya kerana rokok adalah permulaan pada ketagihan dadah merbahaya. Saya tidak mahu mengata orang lain kerana saya sendiri punya kaum kerabat yang kuat merokok, dan amat sedih dihati kerana dalam golongan itu ada golongan kerabat yang terdekat. Saya sudah tidak termampu lagi selain berdoa semoga mereka ini menyedari hakikat bahawa jika mereka berterusan besar kemungkinan  mereka akan mati merana kerana bahana rokok dan orang yang mereka sayangi juga akan merana kerana  asap rokok yang mereka sebarkan. Saya berdoa semoga mereka mengerti bahawa apa jua yang membahayakan diri sendiri dan kita terus membuatnya, maka itu adalah perbuatan yang Allah benci. Semoga mereka akan dapat merasai erti dan akibat Allah benci pada perbuatan kita itu. Kepada siapa lagi kita boleh berharap dan bergantung jikalau Allah sudah membenci perbuatan kita Kemudian kalau tidak bertaubat, mungkin Dia membenci kita pula akibat perbuatan itu. Nauzubilah.

Yang beruntung dalam hal ini hanyalah pengeluar rokok dan mereka yang menjualnya pada peminat rokok. Mengapkah perokok mudah di TIPU oleh kegemaran yang merosakan diri sendiri ini. Pengeluar rokok  mengiklankan rokok seolah-olah seorang perokok itu hebat, tampan dan bergaya. Seolah-olah kalau merokok hati dan fikiran akan tenang dan banyak kerja boleh diselesaikan. (Ini jelas di Indonesia tetapi iklan seperti ini di Malaysia sudah berbentuk lain).  Bukan perokok tidak tahu bahawa fenomena ini adalah kesan jangka pendek. Dalam jangka panjang rokok akan membuat mereka sakit jantung, sakit kanse, ketagih  teruk, dan boleh memporak-perandakan keluarga tersayang. Tetapi mereka berdegil dan akan buat juga dan akan terus merokok. Bila sudah terantuk barulah terngadah, itu akhirnya.

Bila teman-teman rapat menasihati, atau orang tua termanuk ibu-bapa melarangnya, paling baik reaksi ialah mereka tidak merokok depan-depan tatapi tetap merokok di belakang. Mereka bukan tidak tahu bahawa sekilas mereka lalu di hadapan, kita tahu mereka merokok. Badan berbau busuk rokok dan gigi kuning asap rokok. Tidak tahu saya mengapa mereka tetap akan merokok.

Saya perhatikan mereka tidak sayangkan diri. Mereka terjebak menipu diri, sedar atau tidak sedar. Mereka tidak mahu menerima hakikat  bahawa yang buruk itu tetap buruk. Kalau emak bapak tidak tahu, Allah tetap tahu. Bukankah ini seperti membelakangkan fakta mempercayai Allah kerana tidak berkelakuan benar adalah seperti menidakankan hakikat bahawa Allah maha melihat. Semoga mereka akan berfikir.

Rokok mengakibatkan berbagai penyakit. Maklumat ini pun mereka sudah tahu. Tetapi mereka tidak dapat mengawal diri. Bagaimana mahu mengawal keluarga, dan organisasi kalau tidak dapat mengawal diri. Ahhhh...Itu tidak betul, kata mereka. Mereka mengatakan mempunya ramai kawan di tempat kerja dan mempunyai business associate yang ramai jiuka mereka berniaga. Kerana merokoklah mereka rasa aktif dan dengan itu tidak menjadi masaalh mengawal keluarga atau staff dipejabat. Ini juga satu pembohongan pada diri yang nyata tetapi tidak mahu diterima.




Saya amat teringat dan terfikir-fikir mengenai masaalah ini ketika dalam perjalanan ke Garut tempuh hari selepas melihat Tag Line di atas. Maka apabila dalam satu kawasan  R&R saya ternampak seekor anak kucing yang tidak sihat cuba merawat diri, saya terkenangkan perokok-perokok yang bila mula sakit nanti akan seperti anak kucing ini, seorang dan keseorangan. Lihat gambar disebelah.

Saya teringat  dan merasa risau dan sebak di dada  akan kaum keluarga saya yang mungkin mendapat penyakit teruk   kerana rokok. Atau pun mereka tidak sakit teruk tetapi tidak ada kehidupan yang berkualiti kerana sering keluar masuk ke hospital. Ini pengalaman yang telah saya lalui. Kerabat yang saya kasihi ini meninggal dunia di syaki kanser  kerana merokok. Ia baru berumur 52 tahun. Tragedy ini amat dirasai oleh keluarga. Tiada anaknya yang merokok setahu saya. Alhamdulilah dan semoga cucu-cucunya pun begitu.

Rokok membazirkan wang. Ini pun mereka tahu. Tetapi seperti mereka redha membakar wang ringgit. Hendak memberi pada keluarga, rasa berkira. Takut perbelanjaan sendiri tidak mencuckupi. Saya berdoa semoga tabiat merokok ini diberhentikan supaya sekurang-kurangnya corak emosi mereka stabil, tidak mudah gelisah dan bimbang, tidak mudah marah atau merajuk tidak tentu pasal dan sebagainya. Saya juga perhatikan ada kalanya orang merokok tidak dapat memumpu fikiran, maka mereka suka berjaga malam menonton TV untuk relaks, katanya. Ini juga membohongi diri. Semoga mereka segera menyedari.

Saya difahamkan tidak ada undang-undang pencegahan yang boleh dikuatkuasakan dalam hal merokok ini. Pihak pemerintah hanya boleh menakut-nakutkan seperti menulis amaran dikotak rokok. Saya rasa ini tidak langsung dihiraukan. Dari segi hukum syarie pun ada ulamak kata makruh, ada ulamak yang mengatakan haram tetapi ada ulamak yang tidak membuat hukuman demikian. Maka ini peluang bagi perokok untuk ikut yang lebih mudah. WaAllahu'alam.

Saya berdoa perokok akan bertegas melarang diri sendiri. Allah tidak akan mengubah nasib mereka, melainkan mereka sendiri mengubahnya. Itu pun semeangnya hukum alam. You are what you eat / or do. Semoga Allah mengampuni saya dan mereka. Saya bertanggongjawab tetapi tidak berkemampuan bertindak lebih dari apa yang telah saya lakukan. Semoga mendapat pertolongan Allah jua.


........

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Assalam, Sis

Yang mendapat padahnya termasuklah orang yang tak merokok!

Seorang kerabat saya sedang beraya di hospital menjalani radioterapi berbelas-belas kali kemudian diikuti dengan kemoterapi.

Bila doktor tanya puan merokok? takkan pulak dia nak kata x husben dia yang chain smoker yang hadiahkan dia titik hitam besar di paru-parunya ( stage 4 )!

ngasobahseliman said...

Salam. Itulah manusia. Kita semua punya kelemahan. Cuma kita cuba ikhtiar sebaik mungkin. Kadang-kadang macam nak putus asa kalau nasihat tak diikut. Tetapi apakan daya. Kita baiki diri sendiri sebaik mungkin semoga cakap kita ada barakah.

Related Posts with Thumbnails