"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Sunday, November 13, 2011
MENGIKTIRAF SUMBANGAN
Naluri manusia suka diiktiraf. Semoga apabila mendapat pengiktirafan, hati semakin khusyuk memandang kebesaran Allah yang maha Pencipta. Tiada sesuatu sebesar zahrah pun akan begerak jika Allah tidak menggerakannya. Subhanallah.
Maka kelmarin 12 November 2011, Masjid Kg Tunku, Petaling Jaya mengadakan majlis mengiktiraf tokoh-tokoh terpilih yang terserlah sumbangannya pada masyarakat, negara dan dunia melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu UN. Sebuah buku telah diusahakan dan diterbitkan oleh Masjid itu sendiri sebagai satu pengiktirafan yang boleh dicontohi oleh generasi mendatang.
Buku ini mendokumenkan sumbangan mereka dan diharapkan mendapat sambutan meriah dari pembeli kerana hasilnya adalah untuk program kebajikan masjid. Tokoh-tokoh ini telah bermastautin di Kg Tunku lebih 20 tahun yang lalu dan sewajarnya anak cucu mereka dan semua generasi muda merasa bersyukur kerana generasi tua telah menunjuk jalan yang terbaik dalam memunafaatkan umur mereka. Dunia ini hanya sementara dan sewajarnya kita semua berbuat sesuatu yang boleh menjadi warisan. Ikutlah prinsip 3M; ia itu Mencari, Memiliki dan Memberi. Apa jua kejayaan seharusnya di kongsikan. Tidak ia dikira kejayaan jika hanya untuk diri sendiri. Islam menyarankan supaya umatnya suka memberi kerana tangan yang memberi itu lebih mulia di sisi Allah swt.
Ini anak remaja yang ikut ayahnya ke Majlis pengiktirafan. Ada anak-anak yang lain tetapi saya dapat rakam yang ini. Semoga tersemat dihatinya mahu berbuat sesuatu yang boleh ditinggalkan sebagai Legacy warisan yang diterima Allah swt, tidak kira dibidang apa asalkan sahaja ia usaha yang diredhai dan nowaitunya jitu untuk pengabdian pada Alllah semata-mata.
Semoga usaha ahli Jawatankuasa Masjid dan siapa jua yang terlibat mendapat ganjaran dari Allah jua. Sesiapa yang berminat membeli buku bolehlah menalipon Ustazah Mardziah di talian 012364035.
.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment