"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, July 2, 2012

YANG AGAK ISTIMEWA DI FLORIA 2012





Saya bertujuan "menghibur hati" pembantu rumah saya pada 1 Julai sempena "FLORIA 2012" di Putrajaya. Maka saya ajak suami berkorban waktu memandu dengan membawa menantu dan cucu melihat-lihat keistemewaan expo ini. Pada pandangan saya ia tidak semeriah tahun lepas. Tetapi saya seronok kerana pembantu rumah saya rasa seronok dira'ikan. Semoga menjadi suatu kebajikan.

Saya silap membahagi masa dan sampai di sana sudah tengah hari dan cuaca amat panas. Suami saya masuk sebentar dan kemudia dia pergi berehat di tempat yang teduh. Di bawah ini saya ingin kongsikan apa yang saya lihat dan alami.





Ini sebahagian bunga-bunga yang saya suka. Selanjutnya yang menarik perhatian saya ialah dua peserta sedang melukis dan mewarna bunga dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh penaja. Saya salute kegigihan mereka.



Kerana cuaca amat panas, ada ayah (agaknya) yang membantu. Yang seorag lagi tekun  seorang diri. Satu pengisian program yang baik.




Suami saya menjaga cucu sementara ibunya "bergaya" denga pembantu saya 
disebelah bunga orkid dari South Africa.



Pembantu saya rasa teruja, ia menyatakan keseronokannya 
kerana belum pernah melihat sepertinya.
Ia akan pulang tidak lama lagi untuk mendirikan rumahtangga. Semoga bahagia.


Kasih anak-anak pada ibu, (saya menjangka) membawanya santai melihat-lihat bunga.
 Alangkah bahagianya.....


Iini satu-atunya gubahan yang menarik perhatian saya.

 MAKA NIKMAT ALLAH YANG MANA YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN.
SUBHANALLAH.
...

No comments:

Related Posts with Thumbnails