Setiap kali saya masuk pejabat SmarTop Subur Fitrah Integrated Pre School (SUFI) di Tangkak, saya rasa riang. Alhamdulilah. Hiasan bunga, meja dan kerusi mesyuarat dan komputer dan pendingin udara adalah antara sumbangan individu dan orang ramai pada SUFI. Kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Allah swt atas segala kemudahan dan pertolongan yang diturunkan.
Semoga usaha kami dan semua penyumbang diberkati dan di akhirat nanti kita mohon Allah kurnia Syurga Firdaus kekal selamanya. Ameen.
Suatu pagi di TASKA SUFI. Sessi selepas mandi pagi.
Ini Teacher Atiqah, penyelaras Taska.
Saya kagum dengan cara dia mengurus anak-anak kecil. Alhamdulilah.
Ia lulusan diploma dalam Early Childhood Development. Kami bertuah dia suka berkhidmat dengan SUFI dan kami berusaha dan berdoa dapat mengembangkan kerjayanya
semoga ia lama dengan kami.
Namun, walau di mana jua ia berada, semoga Allah kurnia yang terbaik baginya di sisiNya.
Namun, walau di mana jua ia berada, semoga Allah kurnia yang terbaik baginya di sisiNya.
Selepas mandi adalah sessi minum pagi dan ia bermula
dengan mengajarkan doa semoga rezki diberkati. Dari kecil kami didik semoga dapat menghayati kekuatan doa dalam hidup seharian hingga dewasa nanti.
Semoga mereka akan mengerti bahawa kebergantungan kita hanyalah pada Allah jua.
Kita perlu usaha sebaik mungkin
dan yang selainnya kita pasrah
pada yang maha menentukan semoga kita dikurnia
yang terbaik di sisinya.
Gambar-gambar poster di dinding bangunan Tadika dan Taska
ihsan teman-teman seperjuangan dari NGO Haluan. Semoga menceriakan minda
dan terpaku di hati anak-anak nikmat anugerah kasih sayang yang maha Pencipta.
Dari kecil anak-anak diajar erti doa dan berdoa.
Doa itu adalah "talian hayat".
Kita tidak pernah berseorangan dan keseorangan.
Maka apa jua keperluan, kita mohon doa dariNya.
Jika tiada keperluan sekalipun, kita juga berdoa....doa memuji dan bersyukur.
Tetapi mana mungkin manusia tidak punya keperluan. Kita perlu pada Allah setiap detik pernafasan kita.
Maka berdoalah mudah-mudahan kita dapat merasai erti pengabdian diri pada yang maha Esa.
(A-li'Imraan 3:195)
Selangkah demi selangkah kami mengasuh dan mendidik anak-anak SUFI semoga bila dewasa akan megerti dan menghayati Islam sepenuhnya. Semoga anak-anak ini akan menjadi orang-orang yang berilmu, beriman dan bertaqwa yang akan menyemarakan bumi Malaysia.
Ya Allah, jadikanlah kami bertaraf hamba yang Engkau redhai.
Ameen, Ya Rabb.
....
No comments:
Post a Comment