Sejak musim PRU13 ini saya lihat hampir semua saluran berita. Tetapi saluran kegemaran saya, tetap saya lihat juga.
Bila selesai serba rinkas melihat berita di CNN atau di BBC atau di Al Jazeerah, biasanya saya akan melihat juga kes-kes jenayah di saluran Astro 732. Saya suka siri 'Medical Detectives". Saya berfikir-fikir bertanyakan diri mengapa kerana harta dunia anak sanggup membunuh ibu- bapa sendiri, atau isteri membunuh suami dan sebaliknya dan berbagai lagi kes-kes jenayah yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak disangka-sangaka akan berbuat sesuatu yang kejam seperti itu....semata-mata kerana mencari kepuasan hati.
"Mereka Buta-Hati," kata seorang teman bila saya berkongsi cerita.
Saya rasa hairan mengapa manusia ada yang bersifat demikian.
Kebanyakan kes-kes jenayah seperti itu melibatkan sifat tamak terhadap harta kekayaan atau wang ringgit atau tidak dapat membendung ego berkaitan hubungan antara sesama manusia. Atau jennyah berlaku kerana persainagn dalam kerjaya dan persainagan untuk berkuasa mengendali sesebuah syarikat atau organisasi.
Dengan lain perkataan, jenayah berlaku di mana jua dan didorong oleh perasaan hasad dengki atau kasih sayang yang keterlaluan yang tidak mengenal erti. Mithalnya, manusia akan sanggup membunuh jika pasangan hidup mereka bermain kayu tiga.
Apabila EGO terguris, manusia sanggup berbunuhan. Perilaku ini tidak mengira seseorang itu tua atau muda, kaya atau miskin, berkuasa atau tiada kuasa, (termasuk kuasa politik) dan pandai atau bodoh dan berbagai lagi. Namun jika ini berlaku pada golongan elite, kita akan tertanya-tanya dan terpinga-pinga kerana orang golongan elite seharusnya menunjukan tauladan yang baik pada golongan yang lain.
Sifat tamak, hasad dengki dan yang seperti dengannya ini wujud di mana jua. Sebab itu diturunkan alQuran kerana Allah maha mengetahui, maha bijaksana, maha mengasihani dan maha adil dalam semua perkara.
Dalam satu kelas pengajian mingguan, Ustaz saya menekankan fakta bagaimana manusia boleh jadi buta-hati. Banyak sebab-sebab yang telah dibuat kajian oleh pakar sosiologi dan anthropologi dan berbagai pakar lain yang berkaitan.
Manusia tetap manusia.
Mengapa manusia ramai yang bersikap hasad dengki dan justru mudah menjadi buta-hati. Sebabnya mudah, kata Ustaz. Manusia tidak yakin sepenuhnya dengan janji-janji Allah termasuk tentang harta kekayaan. Allah maha penentu tentang rezki, semua jenis rezki.
Manusia ramai yang hanya menggunakan akal fikiranan yang sifatnya sempit dan tidak jauh pandangan. Ramai juga manusia yang bergantung hanya pada akal dan kehebatan diri.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Adz-Dzaariyaat 51:56)
(Adz-Dzaariyaat 51:56)
Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
(Adz-Dzaariyaat 51:57) |
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Adz-Dzaariyaat 51:58) |
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah
sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan
balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah
Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah
kamu semua dikembalikan.
(Al-Baqarah 2:245) |
(Al-Baqarah 2:245) |
Oleh kerana sekarang ini "musim berpolitik" saya pun ingin tumpang semangkuk. Dalam politik buta- hati wujud juga. Dan kebelakangan ini di Malaysia bukan sahaja ada yang buta-hati, ramai juga yang buta-warna.
Di mana jua dalam dunia, kuasa politik berkait rapat dengan kedudukan status sosial. Lebih penting dari itu kuasa politik membawa kepada kuasa ekonomi, terutamanya kekayaan diri dan keluarga dan teman rapat yang ada. Ini sering dinafikan. Kita lihat sendiri.
Maka tidak hairanlah rebuatan atau persaingan kuasa politik sering membawa kepada pembunuhan maruah kalau bukan pembunuhan nyawa. Strategy politik wang dan politik lucah membuat saya rasa mual dan kesal dengan hala tuju pemikiran orang Malaysia kini yang berpegang pada prinsip "Tujuan Menghalalkan Cara." Lebih kesal bila fenomena ini dianggap lumrah oleh sesetengah pihak dan membiarkan budaya suka mencaci sesama manusia berleluasa.
Tidak sanggup saya hendak berkata lebih dari itu. Sedih melihat fenomena orang-orang Islam tidak melihat contoh Rasulullah saw dalam perjuangan. Adik beradik boleh berkerat rotan berpatah arang. Saya khuatir kekuatan Jemaah Islam di Malaysia kian hari kian reput dan menunggu bobrok.
Ke mana rakyat hendak di bawa......
Kita jawablah sendiri.
Ya Allah tunjukilah kami jalan yang benar.
Kurniakanlah kemenanagan pada yang beriman dan bertaqwa dan jauhkanlah kami dari musang yang berbulu ayam.
Ameen, Ya Rabb.... ..
3 comments:
Assalamu'alaikum kak
Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT
Bercakap tentang TV, saya sudah bertahun-tahun tidak menonton berita di TV .. hati jadi tidak seronok. Banyak lagi berita yang boleh didapati dari sumber lain.
Terasa sangat letih hadapi suasana politik yang begitu meriah dengan hal-hal yang amat jijik.
Mudah-mudahan kita tetap berada di atas jalan yang lurus dan mendoakan agar segala yang tidak keruan ini segera berakhir.
Waalaikumussalam. Betul Werdah. Akak pun gitu juga. Tapi sikit-sikit dengar juga untuk tahu bagaimana mahu berlepas diri dan bagaimana nak tolong orang berlepas diri dari hal-hal yang jijik itu. Sama-sama kita doa. Ameen.
Waalaikumussalam. Betul Werdah. Akak pun gitu juga. Tapi sikit-sikit dengar juga untuk tahu bagaimana mahu berlepas diri dan bagaimana nak tolong orang berlepas diri dari hal-hal yang jijik itu. Sama-sama kita doa. Ameen.
Post a Comment