"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, April 15, 2013

".....sentimental feeling even in politics".




Suatu pagi selepas solat subuh di Masjid......

"Mana boleh kita buang sahaja. Kita kumpul berapa puluh tahun, tiba-tiba kita nak buang. Tak kan nak bagi kat orang."  Rungut seorang teman bila saya kata kita dah tua ni tak perlulah simpan barang-barang lama di rumah walau secantik mana sekalipun. Simpan sikit-sikit sudahlah. Pada saya kalau terlalu banyak, ia boleh menambah kerja kita mengurusnya. Masa itu ibadah......rugilah kita kalau dok belek barang-barang lama.

Mula asalnya saya bercerita akan berpindah rumah tak lama lagi. Teman saya kata ia tidak akan berpindah rumah kerana sayang pada barang-barang lama yang terkumpul sejak muda lagi, terutamanya barang-barang kenang-kenangan dibeli semasa melancung luar negara.

"Alah.....bukan nak bawa ke mati. Anak-anak kita pun sudah tidak sama citarasa di hati. Banyak benda yang dia orang sudah tidak heran lagi...." jawab saya selamba dan santai. Teman saya tak menjawab tetapi air mukanya nyata kelihatan tidak bersetuju dengan saya.

Itulah rakaman secebis perbualan saya dan teman semasa keluar dari masjid untuk  pulang ke rumah. Dia menegur saya dahulu dan bertanya mengapa sudah lama tidak kelihatan di Masjid. Saya katakan saya sibuk sedikit kerana banyak hal yang perlu dibuat sebelum berpindah. Dalam umur senja ramai kawan sebaya tidak sanggup berpindah rumah kerana rasa canggong hidup di kawasan perumahan baru. Kita mesti cari kawan-kawan baru dan terpaksa pula menyesuaikan diri denagan gaya hidup di tempat baru. 

Lagi pulak kita kena kemas rumah dan terpaksa buat pilihan barang mana yang hendak dibawa ke rumah baru. Saya mengatakan supaya kita tinggal semua yang ada dan bawa sahaja yang perlu untuk kegunaan harian. Kita bukan nak hidup lama lagi. Sekarang sudah masuk umur dalam zon penentuan dan giliran ke garis penamat akan tiba bila-bila masa sahaja.

"Eh....jangan kata gitu." kata kawan saya. "Banyak barang sentimental yang saya sayang. Saya nak simpan untuk anak cucu."

Kawan-kawan saya ramai yang sentimental. Dalam suasana PRU13 ini pun mereka sentimental. Bila saya tanya kita nak pilih siapa, katanya: "Undi itu rahsia..."

"I tetap BN," kata seorang teman yang lain. "Kita dah lama bawah BN,  apa pasal pulak kita nak tukar. Tak ingat ke dulu kita macam mana, sekarang kita macam mana. Emak-emak kita pun dulu BN. Semua ok. Sobah, you jangan nak suruh I tukar."

"Siapa kata suruh tukar, saya tanya saja apa yang ada dalam hati kita sekarang. Oh ya, Tapi kalau tukar pun mungkin lebih baik. Jangan sentimental sangat." saya mencuit suatu yang sensitif. Dalam keadaan sekarang ramai yang suka lihat dan dengar.

"Betul lah tu....," kata seorang teman yang lain. Saya terkejut mendengar katanya dan saya pandanag ke belakang ingin tahu siapa kawan saya yang berani mengatakan sesuatu yang saya tak sangka."Eh... sungguh ke ?" saya cuba menguji pendapatnya.

"Kita mesti hadapi reality, berpijak kat bumi nyata. Tak perlu sentimental. Yang dulu, cerita dulu. Sekarang, cerita sekarang. Pasal MERDEKA kita bolehlah sentimental. Kita sayang Tunku, Tun Razak, Tun Dr Ismail dan yang lain macam tu. Tapi sekarang  sudah lain.....sangat lain. Sekarang kenyataan hidup sudah banyak beza. Kita dah Merdeka hampir 60 tahun. Ramai kita pun dah umur 70 lebih.  Kita kena tanya benarkah kita ni sekarang sudah di atas landasan yang betul? Wawasan seterusnya apa? Kaya raya kat dunia saja tak cukup. Saya takut....." kata kawan saya dengan rupa serious.

Saya tercegat dan senyap seketika berfikir arah mana "perbualan" ini akan diteruskah.
Tiba-tiba.....
"Alah.....sudahlah. I tetap BN. You nak tukar, tukarlah. Tapi jangan tak mengenang budi. Maaf, saya nak balik sekarang." kata teman BN saya yang awal tadi  seperti rasa tak puas hati tidak dipersetujui. Saya senyum dan perbualan habis setakat tu saja. Masing-masing masuk kereta dan balik.

Saya rasa teruja dan balik cerita pada suami. Teruja dalam maksud mendengari berbagai pendapat yang disuarakan. Di Kg Tunku tempat saya tinggal tidak terdapat kibaran bendera apa jua yang boleh mencabar minda. Kg Tunku adalah kawasan pesara perkhidmatan awam. Ramai yang terbiasa dengan suatu pendapat dalam menjalani kehidupan dan saya dapati politik sudah jadi suatu yang "sentimental". Mereka rasa selesa dan pada pendapat saya ramai yang terperangkap dalam zon selesa dan rasa terhutang budi pada BN.  Saya belum membuat keputusan muktamad. Banyak yang masih meragukan saya. Tetapi ada beberapa perkara yang saya yakin.

Saya tidak sentimental mengenai politik. Saya tidak takut pada perubahan kerana perubahan adalah sebahagian dari rencana hidup. Roda kehidupan perlu berpusing terus.
Ramai antara kita yang hanya nampak "the small picture", dan rasa  seperti tidak perlu tahu apa yang harus kita lakukan untuk menentukan kehidupan waris-waris tinggalan kita nanti sejahtera walaupun kita sudah tidak ada.

"Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..." Pernah seorang kawan berkata pada saya bila saya kata saya suka negara Turkey kerana pemimpinnya berjiwa pejuang. Dia berani pada tempatnya.

Dia tidak setuju dan mengatakan saya tidak patriotik. Saya katakan padanya tidak mengapa nampak seperti tidak patriotik, tetapi Tuhan tahu Qiblat saya kat mana.Pepatah ini pada saya ada makna yang tersurat dan ada makna yang tersirat. Ia bukan pepatah yang mempunyai logik yang simplistik. Kita lihat.......






Rakyat Malaysia harus mensyukuri kurniaan Allah dalam kehidupan ini tidak mengira tahap umur dan kedudukan dalam masyarakat. Sewajarnya kita sama-sama membina negara dan meraih hasilnya dengan adil dan saksama. Kata pepatah "Hati gajah sama dilapah, Hati kuman sama dicecah." Itu pun yang dituntut dalam Islam dan yang termaktub dalam Rukun Islam yang 5, ia itu menunaikan Zakat. Malahan umat Islam di seru menginfakan harta semasa senang dan semasa susuah. Banyak contoh-contoh yang telah disebut dalam seerah dan kita dididik dengan berbagai nilai murni berteraskan akhlak yang berpaksikan pada Iman dan Taqwa.

Maka sepatutnya membuat pilihan dalam PRU13 ini bukan suatu yang harus dipertikai hingga ketahap kehilangan akal yang waras. Matlamatnya bukan mahu berkuasa kerana keuntungan diri dan teman-teman, tetapi mendapatkan  kuasa untuk menegakan kebenaran yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Nowaitu kita semata-mata kerana Allah, melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.(period...).

Selepas melakukan usaha yang terbaik, kita mohon pada Allah jua, tiada yang selain dariNya..

Ya Rabb, Engaku maha Pengampun, maha Penyayang, maha Bijaksana, maha Berkuasa atas segala sesuatu.....
Kasihanilah kami dan kurniakanlah pada kami  apa yang terbaik di sisi Mu. Kami pohon Rahmat Mu dan Redha Mu jua, Ya Rabb. Ameen.

4 comments:

Makbonda61 said...

Assalamualaikum Puan,

Ada beberapa individu mempersoalkan,mengapa kita perlu tebang pokok yang telah ditanam,yang selama ini telah menaungi banyak makhluk lain,mengeluarkan buah dan sebagainya. Tapi kita bukan mahu tebang,cuma mahu menukar pengurusannya,mencantas yang tidak diperlukan agar lebih cantik dipandang dan naik subur,mennyesuaikan jenama baja kerana tanah telah berubah kandungan nutriennya. Membuang bahagian dahan yang telah dicemari kulat. Jika dibiarkan seterusnya pohon itu akan mati sendiri. Sesungguhnya kita sangat sayang kepada pokok ini.

Mengapa pula perlu bertukar pengurusnya?

Kerana orang pengurus lama sudah tersasar.

Wallahuaalam.

ngasobahseliman said...

Salam Simah. Setuju penuh. Tapi kita boleh ambil juga risiko bulldoz seluruh pokok. Pokok yang baru mungkin lebih baik keseluruhannya kerana akar umbinya pun baru. Bukan yang mengurusnya saja yang baru. Walau apa pun Allah yang maha tahu yang nyata dan yang tersembunyi. Kita doa yang terbaik di sisiNYA.

noraini said...

SALAM SOBAH

Good observation. Pokok yang di tanam oleh tangan manusia memang boleh di tebang ganti pokok yang lebih baik, benih yang lebih baik, macam program "Tanam semula' yang melonjakkan ekonomi negara. Masalah pokok lama ia berulat, membahayakan (kalau patah rapuh) dan kurang cantik sekalipun di cantas rapi. Sebabnya masa pokok di tanam dulu tidak di sertai benih dan akar umbi bersumberkan KETUHANAN, its more natioalistic, divide and rule, tidak adil dll. renungkan. saya mahu pokok baru in the next generation,it takes 40 years to materialize, sabar..janji we are doing something to nurture the new tree. TQ

ngasobahseliman said...

You are right. Kita sudah dimomokkan dengan logik songsang. Takut nak tukar. Allah dalam alQuran pun gantikan kaum yang zalim dengan kaum yang baru. Kita setakat tukar pemimpin negara dan institusinya.Memang tak sama tindakan Allah dengan tindakan manusia. Tetapi Allah suruh manusia guna akal yang diberiNya.Kita doa pada Allah semoga ia kurnia yang terbaik.

Related Posts with Thumbnails