Saya ke Tangkak Ahad yang lalu untuk mengawasi pengurusan Tadika SmarTop Subur Fitrah SUFI.
Eh...Bukan. Hanya alasan.
Saya teringin mengikut kawan saya kempen PRU13 secara freelance di Tangkak Johor.
Sambil-sambil itu saya 'melancung' ke Air Terjun Ledang berhampiran dengan bandar Tangkak. Tidak ramai orang kerana hari itu Isnin dan semua sibuk kerja. Saya dan teman mengambil kesempatan melihat kawasan resort untuk bertanya kemudahan kolam renangnya untuk kami sewa melatih anak-anak SUFI.
Cantik, tetapi kebersihannya kurang cemerlang. Walau bagaimana pun rimbunan kehijauan amat menarik perhatian saya dan tempat ini eluk dijelajah jika kita ada masa yang panjang terluang untuk menikmati keindahan ciptaan yang maha Pencipta.
Bila bercerita mengenai keindahan,
minda saya pasti terpaku pada
keindahan kurnian Allah dalam semua aspek dan penjuru kehidupan.
Kita semua bertanggongjawab.
Kita semua bertanggong jawab menentukan kurniaan Allah
tidak dicemari dalam apa jua aspek sekalipun.
Maka dalam berkempen secara 'freelance' saya menarik perhatian pada sesiapa jua yang ada disekeliling saya supaya kita kembali kepada "basics". Maka itulah saya kata kita perlu buat U TURN dan kembali pada Fitrah. Allah mencipta manusia supaya mengabdikan diri padaNya semata-mata. Tiada yang lain selain dariNya.Di Timur Tengah "Arab Spring" adalah satu arus kuat yang mahukan perubahan. Bukan sebarang perubahan, tetapi perubahan untuk mengembalikan hak rakyat. Tetapi mengembalikan hak rayat ada cara yang telah digariskan dalam AdDin Islam dan cara itu sahajalah yang valid. Semuanya ini adalah usaha membuat U TURN. Sebagai contoh lihat negara Mesir. Ia mahu kembali pada Fitrah. Banyak buruk sangka telah dilontarkan pada saudara Ikhwan Muslimun kita. Hanya pemimpin yang berilmu, beriman dan bertaqwa sahaja yang dapat mengembalikan keagongan Era Islam.
Negara Turkey tidak termasuk dalam arus "Arab Spring". Tetapi jika kita betul-betul melihat perjalanan pemimpinnya, Turkey juga sedang membuat U TURN walaupu dasar lisannya mengatakan tidak. Kita lihat natijahnya. Allah maha mendengar dan maha melihat dan Allah maha tahu yang nyata dan yang tersembunyi.
Maka di Malaysia, dalam mengembalikan hak rakyat dasar kita seharusnya berlandaskan Islam juga dan perkongsian kita dengan yang bukan Islam seharusnya beraskan prinsip-prinsip yang dihalalkan dalam Islam. Apa yang di kata, mesti dikota. Kita rujuk Ayat 2 dan 3 dalam Surah As Saf dalam al Quran al Karim.
Maka dalam PRU13 ini siapa yang harus kita pilih ?
Seorang warga Johor yang berkempen seorang diri berani membuat perubahan.
Lihat:
Saya tabik kegigihannya.
Tidak mahu mengalah dengan ramai warga Johor yang buat tidak faham bahawa BN sudah habis tempuh hayatnya. UMNO dahulu lain, Umno sekarang lain. UMNO seperti sudah hilang integrity untuk memimpin. Hak rakyat harus dikembalikan.
Saya percaya yang hak itu Hak, yang batil itu Batil. Jangan ada lagi kepura-puraan dalam kepimpinan. Maka saya test pendapat ini semasa saya membeli barang-barang dapur dan ikan serta sayur dari Lori Kecil Kedai Runcit dihadapan rumah saya di Tangkak. Mula-mula taukeh itu takut hendak pandang wajah saya bila saya tanya PRU13 nanti hendak undi siapa. Agaknya kerana saya pakai tudung. Bila saya kata taukeh jual ikan sayur mahal, kita patut tukar kerajaan, dia terus lihat muka saya dan senyum.
"Saya pun tak suka ini biru," dengan tangannya menunjuk pada bendera BN yang banyak sekali berkibaran di kawasan perumahan. Saya senyum lebar, tunjuk ibu jari tanda suka dan kemudian beredar.
Rakyat mahu perubahan. Saya berdoa pemimpin yang berintegrity akan menang, iaitu integrity yang berlandaskan Iman dan Taqwa.
Seorang lagi warga Johor berkata: Saya dari Planet Bumi dan dengan penuh kesungguhan saya menuju Planet Bulan. Semoga Allah sampaikan.
Ameen Ya Rabb...
...
2 comments:
setuju
Kita semua pasti dikembalikan padaNYA. Semoga mendapat redhanya.
Post a Comment