"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, May 12, 2013

Kembali dan cuba mencari Perubahan.





Kini sudah kembali dari musafir santai ke Eropah Timur. Suami dan saya kembara dari 28 April hingga 10 Mei. Masih rasa penat tetapi Alhamdulilah sihat dan sedang mengingat kembali apa nilai tambah yang diperolehi dari pengalaman menjelajah negara-negara yang belum pernah saya alami dahulu melainkan negara Jerman.

Eropah Timur yang kami lawati adalah Republic of Czeche, Jerman, Slovakia, Hungary dan Austria bersama 30 peserta lain yang muda dan dewasa seperti suami dan saya. Sepanjang lawatan ada beberapa dari kami yang sentiasa bercerita mengenai keputusan PRU13. Rasa terkilan tidak mengundi pun ada tetapi terdorong lebih untuk kembara. Maka rasa terkilan juga kerana tidak mengalami keseronokan merentasi pengalaman "berkempen" dan menunggu apa perubahan yang akan berlasku.

Kini rakyat telah membuat keputusan. Hati saya dan suami adalah bersama mereka yang berjuang mahu menegakan kebenaran. Parti PAS adalah laluan terdekat dan terhampir yang ada dalam usaha mahu menghayati Islam dari segi politik. Perkongsian PAS dengan Parti lain sememangnya menjadi persoalan besar dan mungkin itu yang menjadi penyebab prestasi rendah yang diperolehinya. Tetapi doa kami terpaku pada memohon semoga PAS akan Allah kurnia kekuatan dan kebijaksanaan untuk menerajui Pakatan ini mencontohi sirah Rasulullah saw dan membuat Perubahan. Seperti kata Tuan Guru Haji Hadi Awang PAS tidak kalah tetapi belum menang. Perjuang Ikhwan Muslimun di Mesir pun baru ini menampakan kejayaan setelah berpuluh tahun melalui berbagai cabaran dan masaalah. Dan sekarang pun mereka masih melalui berbagai cabaran dan masaalah. Di Turkey pun hasrat mulia mahu memertabatkan orang-orang Islam sentiasa dicurigai oleh berbagai pihak. Namun hasrat itu perlu diteruskan demi mencari redha Allah. Perjuangan Islam adalah perjuangan sepanjang hayat. Seperti kata pejuang-pejuang di Palestine: Kami Hidup Mulia atau Mati Syahid.

Istiqamah dalam perjuangan menegakan Kebenaran adalah satu kewajipan. Mungkin ada hikmah yang Allah mahu memperlihatkan pada rakyat Malaysia dalam melaksana tanggongjawab membuat apa yang Allah suruh dan meninggalkan laranganNya. Doa harus berterusan semoga Allah menurunkan pertolongan semoga hidup ini sentiasa dalam landasan yang diredhaiNya.






12 MEI 2013.
Hari ini hari lahir saya. Saya tidak pernah "meraikan" hari lahir. Cuma setiap hari lahir saya teringat lebih pada Emak saya. (Birthdays are never about yourself but about the sacrifices of our mothers). Saya teringat akan harapannya melahirkan saya dan mendidik saya dan bersusah payah berusaha agar saya dapat bersekolah hingga berjaya. Ketika itu arus dan perkembangan politik tidak menekankan pendidikan Islam.Pakcik saya (adik pada Emak) menyuruh emak saya menghantar saya ke sekolah Arab. Tetapi emak saya tidak setuju kerana pendidikan di sekolah Arab ketika itu tidak membawa kejayaan dalam hidup. Dan kejayaan yang dimaksudkan adalah kejayaan kebendaan. Semoga Allah mengampuni tindakannya walaupun ketika itu "nobody was any wiser".

Itu 66 tahun yang lalu. Tetapi kini masih ada yang sangsi Islam dapat membawa kecemerlangan di dunia dan apatah lagi di akhirat. Masih ada blogger yang menuduh Tok Guru yang bukan-bukan menggunakan bahasa yang tidak sewajarnya. Namun saya cuba bertenang, yakin bahawa Allah maha melihat dan maha mendengar dan Allah maha mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.

Maka dalam senario politik yang ada sekaran di dalam dan di luar negara, kepimpinan politik yang diberi tanggong jawab dan amanah oleh rakyat harus membuat Perubahan. Perubahan ke arah kebaikan yang berlandaskan alQuran dan Hadith. Semoga tidak ada lagi dolak-daleh.

Usaha membuat kebaikan dalam apa bidang dan peringkat sekali pun tidak akan berjaya tanpa ILMU, IMAN dan TAQWA. Ia berkait terus menerus dan tidak terpisah-pisah. Ilmu yang merangkumi semua jenis Ilmu.

Semoga Allah merahmati Rakyat Malaysia dan Islam tertegak gemilang dan pengikut agama lain terpelihara di bawah pemerintahan Islam  mengikut lunas-lunas yang Allah tentukan.
Ameen, Ya Rabb.

...

2 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Seronok membaca pengalaman pengembaraan ini. Selamat kembali ke tanah aiar dan Selamat hari ulang tahun kelahiran hari ini..semoga keberkatan dikurniakan buat kak insyaAllah.

Bila difikirkan tentang PRU kali ini hati berkata masih ramai lagi yang tidak mahukan perubahan walaupun beberapa bukti sahih terserlah.

Harapan saya samalah dengan harapan kak iaitu semoga Islam tertegak dengan gemilang dan dengan itu penganut agama lain juga akan turut selamat.

Teringat maksud ayat di bawah:

"Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.(Surah 'Āli `Imrān [3] : 140)

InsyaAllah suatu hari nanti Islam akan menang jua.

ngasobahseliman said...

Terima kasih atas komen Werdah. Akak baru sempat tulis. Cucu sibuk di rumah. Cerita PRU13 memang tidak akan habis hingga ada perubahan. Kita usaha sama-sama semoga Islam akan tertegak megah di bumi Malaysia dan di mana jua. Semoga mendapat redhaNya.

Related Posts with Thumbnails