"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, May 14, 2013

Kembara pautan kasih....





Kembara pautan kasih......itu yang saya ingin rakamkan erti musafir kali ini. Saya tidak minat ke Eropah Timur tetapi demi meraikan hasrat suami tersayang saya mengikuti kehendaknya untuk bersantai melancung ke negara yang belum pernah dijelajahinya sebelum ini. Semasa muda suami saya banyak pergi ke luar negara  kerana perniagaannya yang saya tidak mengikutinya. Dan saya pula pergi  untuk urusan rasmi semasa bertugas dan semasa belajar dahulu. Maka diumur kelapangan sekarang inilah kami bermusafir bersama  mengingati kembali talian kasih di hari-hari yang lalu semoga di hari-hari muka kami Allah kurnia kesejahteraan dan rahmatnya yang tidak terhingga.

Kami bermula dari bandar Frankfurt di Jerman. Dari lapangan terbang terus kami di bawa ke dataran ini, Romerberg Square.  Di sini terdapat banyak gereja-gereja lama dan antara yang menarik perhatian ialah yang disediakan khusus untuk orang-orang Kristian dari Indonesia.


Kemudian ke Prague yang sekarang dikenali juga sebagai Praha. Kebanyakan yang kami lihat-lihat adalah bangunan-bangunan lama dan kami diberi penerangan oleh pemandu pelancung tempatan mengenai sejarah negara dari lebih kurang 300 tahun dahulu hingga kini.


Bandar-bandarraya lain yang kami dibawa adalah Klovary City, Bratislava, Budapest, Salzberg Vienna, Munich, dan Nuremberg. Hebat-hebat belaka tempat-tempat ini dengan pembangunan ekonomi yang pesat berbanding Malaysia. Kami melawat secara Touch-n-Go kerana masa terhad. Begitulah keadaan melancung secara Package. Kami ditunjukan yang indah-indah sahaja. Namun hujan emas di negara orang, Hujan batu di negeri sendiri... lebih baik negara sendiri

Bangunan-bangunan dan Taman-taman Indah tetapi sunyi.










Seperti yang saya katakan di atas, saya hanya ditunjukan yang indah-indah sahaja. Saya rasa semua pelancung secara package pasti hanya melihat yang indah dan cantik sahaja. Pemandu pelancung yang kami dapat hebat memberikan maklumat yang mereka tahu. Tidak banyak masa untuk Q&A. 
Cerita -cerita sejarah berkisar mengenai Empire Rome yang bertahta hingga ke Vienna. Vienna menjadi ibunegara.Mereka berkuasa dari kurun sebelum lahirnya Jesus Christ lagi. 

Saya seperti dengar tak dengar akan cerita-cerita tersebut kerana itu hanya minat sampingan. Saya berbisik dan merungut pada seorang teman mengapa Syarikat Pelancungan yang mengurus kita tidak membawa kita ke tempat-tempat peninggalan warisan Tamadun Islam. Maka kawan saya bertanya terus pada pemandu pelancung tempatan yang hanya berkata: Oh Ya. Ottoman Empire sampai ke daerah ini tetapi bangunan-bangunan masjid mereka telah ditukar menjadi Gereja bila mereka berundur kalah. Itu sahaja maklumat yang diberi. Tidak salah mereka melayan kami hanya setakat itu kerana itu bukan minat mereka,
Syarikat pelancungan kami di Malysialah yang hanya mencari jalan mudah menghiburkan kami dengan pemandangan-pemandangan  yang indah-indah.

Saya membeli buku dari kedai pelancung dan mendapat maklumat yang hanya sedikit. Empire Ottoman Turks membuka Hungary dalam tahun 1526. Tetapi dalam tahun 1697 Empire Islam telah ditewaskan oleh Prince Eugene of Savoy dan hingga hari ini bilangan orang Islam tidak ramai. Kami mendapat tahu katanya ada Islamic Centre di Vienna tetapi tidak dibawa ketempat itu. Kata pemandu pelancung kami ia jauh sedikit dan oleh kerana ia tidak ada dalam jadual lawatan yang awal maka kami tidapat mengunjunginya.

Maka rata-rata kami hanya mendengar cerita-cerita pahlawan-pahlawan asing, Istana raja-raja yang mewah-mewah dan bangunan-bangunan gereja yang cantik-cantik dari segi akiteknya.

Sunyi di hati saya. Tiada laungan suara azan menyeru kembali pada Allah. Selama 170 tahun Islam memerintah, peninggalannya hanya sedikit. Maka saya bertanya hati kecil saya: Dapatkah saya berlepas diri dari tanggongjawab menyebarkan Islam ke negara-negara ini bila ditanya nanti.

Pautan kasih yang sunyi disepanjang perjalanan. Semoga Allah mengampuni.

...

No comments:

Related Posts with Thumbnails