CERITA ADIK ARIFF
Peristiwa dalam perjalanan bermusafir ada yang menyentuh hati membuat diri insaf betapa kasih sayang Ilahi itu merentasi segala yang terfikir oleh diri.
Seorang anak muda ada bersama rombongan kami. Ia istimewa. Usianya lewat remaja tetapi ia kelihatan seperti hanya awal belasan tahun sahaja. Keluarganya nampak amat kasih padanya. Ia bersama ibunya, dua orang kakanya dan seorang anak saudara yang masih kecil yang berumur kelas Tadika. Layanan keluarga luar biasa terutama bila bermasaalah mahu dirinya selesa.
Arif namanya dan saya rakam foto bersama suami saya. Ia nampak bijak cuma lisannya agak berbeza tetapi cukup jelas untuk kami memahaminya. Adab perangainya saya perhati dan memuji dalam hati. Saya suruh ia panggil saya 'nenek' tapi ia lebih selesa panggil saya 'untie'. Seronok saya berkomunikasi. Teringat akan cucu-cucu saya yang juga dalam kategori istimewa. Kurniaan Allah anak istimewa hanya pada ibu bapa istimewa. Alhamdulilah anak saya peka dan tekun melayani anak-anaknya.
Ini Ariff dan Iman. Saya minta ia beraksi seperti patung disebelahnya. Karenahnya amat melucukan, satu-satunya saat yang menggembirakan hati saya kerana saya rasa dapat melayani anak istimewa.
Rasa bahagia.
Iman disampingnya juga cuba bergaya. Iman anak kecil yang pandai bermain bersama Ariff dalam perjalanan yang kadang-kadang boleh membosankan kerana lama di dalam bas dari satu destinasi ke satu destinasi. Saya teruja dengan Iman, anak kecil yang sudah pandai membaca. Saya teringatkan Tadika SUFI saya di Tangkak, Johore. Ingin cerita nanti dengan teman seperjuangan saya.
Sejambak bunga untuk ibu dan keluarga Ariff.
Semoga Allah memudahkan segalanya dan hidup dalam redhaNya.
Ameen.
CERITA DATO' RAHIM.
Saya dan suami seronok dapat berkenalan rapat denagn Dato' Rahim dalam musafir kali ini. Ia jiran sekampung dan qariah masjid Kg Tunku juga tetapi bila bermusafir sama barulah menjalin kemesraan yang dapat megeratkan lagi hubungan silaturrahim. Alhamdulilah.
Ia suka bercerita mengenai pengalamannya semasa berkerja dalam berbagai jawatan dalam perkihidmatan awam dan swasta. Cerita-ceritanya berkaitan dengan pembanuanan negara yang relevan dengan pengalaman kita bermusafir terutamanya di negara Jerman. Negara itu tidak asing baginya. Semasa bekerja dengan Syarikat Steadler yang mengexport teknologi membuat pensil ia selalu berulang alik ke Nurenberg, Jerman. Kini teknologi itu sudah outdated kerana semua orang sudah tidak menggunakan pensil seperti dahulu. Teknologi IT mengambil alih semua kepentingan yang berkaitan.
Cerita-cerita sampingannya mengisi masa yang terluang dalam perjalanan. Kadang-kadang melucukan. Ia punya "sense of humour" yang luar biasa bagi saya.
Seperti saya dan suami ia juga kurang minat mengikuti setiap penerangan mengenai bangunan-bangunan sejarah. Maka bila saya mengeluh cepat-cepat ia mencadangkan kita duduk relax minum kopi dan tunggu berhampiran dengan tempat perhentian bas pelancung. Kami sembang-semban pengalaman berkerja dan musfir di luar negara. Terisi juga masa yang bermunafaat bagi saya. By the way, Dato Hashim is a cancer survivor. Sebahagian sembang santainya adalah berkenaan ujian Allah dengan sakit.
Duduk rehat sembang di cafe. Cuaca agak panas maka kami duduk di dalam.
Di luar pelancung sibuk berkeliaran. Kadang-kadang tercetus dalam hati kecil saya: Apa agaknya yang saya cari di sini !
CERITA DATO' ADNAN.
Dato' Adnan amat ngam dengan suami saya apabila cerita mengenai mencari hidangan istimewa tempatan untuk tukar selera. Jalan berbatu pun tak mengapa. Dalam keadaan hujan renyai pun tidak mengapa. Dato Adnan mudah memilih menu kerana sudah amat terbiasa memilih makanan idaman, terutama masakan arab yang berkaitan dengan kambing. MasyaAllah. Allah kurnia minat seseorang berlainan.
Suatu ketika kami ke Restaurant Lebanon makan kambing. Jangan kira berapa kosnya kerana kita melancung dan mencari pengalaman yang unique di sana. Dibawah ini sebahagian tempat-tempat yang Dato' Adnan berkongsi pendapat mengenai menu makanan.
Di tempat yang sama ada juga makanan Turkey dan suami saya tidak lepas peluang untuk beli bawa balik ke hotel. Package pelancungan ini menempah hotel di luar bandar maka peluang untuk explore peristiwa tempatan amat terhad. Jika mahu puas hati maka mesti pergi melancung sendirian.
Saya dan Dato' Adnan tidak membawa makanan yang cukup dalam package pelancungan 'Half Boarding' ini. Maka sentiasa minta Tour Leader untuk berhenti di tempat-tempat sesuai. Ramai ahli yang lain tidak bermasaalah seperti kami. Lain kali saya akan berfikir dua kali untuk jenis melancung makan sendiri ini kerana saya tidak minat jenis ini. Saya lebih suka "explore" cusine tempatan. Kan kita melancung.....!
Ini hidangan kambing di restoran Syria dihidang bersama nasi arab atau nasi putih bersama
sejenis masakan seperti kari. Alhamdulilah. Lazat sekali.
(Senyap-senyap saya pasti teringat orang di Syria ada yang tidak makan
dan tidak minum berhari-hari kerana peperangan belum berhenti.
Ada rasa bersalah tetapi hanya simpan di hati).
dan tidak minum berhari-hari kerana peperangan belum berhenti.
Ada rasa bersalah tetapi hanya simpan di hati).
CERITA PEKERJA BANGSA MAGHRIBI.
Saya dan suami teruja bila bertemu dengan pekerja dari Maghribi bila tersesat mencari bilik air. Ia bekerja di situ. Amat bersih tempatnya dan ia amat bersedia membantu. Ia boleh berbahasa Jerman tetapi kami berbahasa Inggeris. Maka kami memberanikan diri bertutur dalam bahasa Arab yang kami boleh sediki-sedikit tu. Alhamdulilah kami dapat berfahaman dan ia menunjukan arah mendapatkan makanan halal. Tetapi kami tidak lama di Frankfurt. Mungkin lain kali.
Dalam saya rasa teruja, saya rasa tersedih juga kerana orang Islam berhijrah ke sini hanya mengambil tugas-tugas bawahan. Walaupun pendapatan di sini lebih baik dari di Maghribi ia harus mencetus fikiran kita bagaimana mahu memertabatkan orang-orang Islam di mana jua ia berada. Kita fikirkan bersama. Saya di maklumkan juga di Jerman ramai orang Turkey. Mungkin lain kali ada kesempatan untuk berhubung Islam dengan Islam demi menjalin ukhuwah sedunia demi menegakan agama.
...
2 comments:
Melayari beberapa posting dalam lawatan kali ini saya tertarik dengan kenyataan ini "... Dalam saya rasa teruja, saya rasa tersedih juga kerana orang Islam berhijrah ke sini hanya mengambil tugas-tugas bawahan ...
Satu masa datanglah melawat 'bandaraya' yang diwawa kan sebelah pantai timur ini. Saya anak negeri dan amat sedih kerana tanpa berhijrah pun orang Islam sudah menjadi hamba. Inilah satu satunya sebab yang mendorong saya mengabdikan masa dan tenaga kepada segelintir anak anak seugama agar mereka dapat mengelok diperhambakan.
Ini kenyataan yang munkiun 'sensitive'. kalau tertarik dalam kenyataan ini hubungi saya : almanar@pd.jarin.my
Munkin diperingkat kita ada kesefahaman. Wassalaam
Salam. Terima kasih singgah. Topik bicara buat saya senyum. Nanti saya cerita panjang di email alManar. Semoga rakyat pantai Timur mendapat keadilan yang sewajarnya.
Post a Comment