Hari khamis minggu lepas kami di SmarTop Subur Fitrah preschool membawa anak- anak kecil kami ke Sengkang, Muar untuk sessi Taddbur Alam bagi anak-anak umur 4-6 tahun. Kami ke ladang sayuran tidak jauh dari sekolah kami. Seronok mereka dapat berada di luar kelas. Penerangan diberi oleh pegawai dari Jabatan Pertanian kerana projek ini adalah di bawah naungan mereka.
Sayuran yang utama ialah sayuran dari jenis dedaun. Sawi, bayam, kucai, pucuk manis dan sebagainya. Kawasan ini luasnya 100 ekar dan pekerjanya majority dari Indonesia.
Tentunya anak-anak tidak dapat memahami semua yang didengar dan dilihat. Tetapi kami memberi penerang semudah mungkin. Biar mereka tahu sedikit sayur yang mereka makan datangnya dari mana. Dihujung penerangan kami sudahi bahawa sayuran-sayuran ini Allah yang menghidupkannya. Manusia menanamnya dengan izin Allah. Kami tidak mengharapkan mereka faham tujuan pembelajaran pada hari itu, tetapi kami yakin bila mereka membesar ada diantara mereka yang akan ingat dan cuba faham.
Melentur buluh dari rebungnya.
Kami membawa makan-minum dan mereka seperti berkelah di kawasan ladang. Kelihatan seronok walaupun cuaca panas. Kami di sana hanya selama sejam lebih sahaja kerana tidak mahu anak-anak kepanasan.
Datin Nuraini mengetuai rmbongan
Sebahagian anak-anak mendengari penerangan guru.
Ladang yang luas.
Pegawai memberi penerangan pada kami usaha
kerajaan negeri Johori.
kerajaan negeri Johori.
Bersamanya ialah En. Zulkifly, Pengerusi Parents Support Group,
PSG sekolah kami.
Beliau yang berkerja keras menjayakan exercise ini.
SmarTop mengucapkan terima kasih.
PSG sekolah kami.
Beliau yang berkerja keras menjayakan exercise ini.
SmarTop mengucapkan terima kasih.
Semua mendapat ole-ole sayuran dedaun termasuk
anak-anak untuk ibu-bapanya.
Teruja semuanya.
Gambar kenangan. Semoga Allah memberkati usaha kecil ini ke arah
membina minda anak-anak dari kecil lagi.
......
No comments:
Post a Comment