Sendirian
jauh renungan...
tidak perlu bimbang
Allah sentiasa dekat di sampingan
Memerhati,
Mendengari.
Memberi
segala apa jua yang terlintas di hati.
Semoga Dia menerima
segala kelemahan dan segala kekurangan
Semoga Dia mengampuni segala kesalahan
walau menggunung dosa tanggungan
Kerana kebergantungan kita hanya padaNya
Tiada siapa mengganti, tiada siapa boleh
mengambil tempatNya.
Bisik bisikan padaNya....
kita akan cuba patuhi segala janji dan
ikrar yang termetri
Segala yang dituntut dengan tekad mahu berbakti
pada keluarga, negara dan Ummah di jagat ini
demi Allah yang maha Pencipta, maha Mengasihi.
Mahu tunjuk bukti hati ini jitu mengabdi
redha atas segala ketentuan pada diri
Tetap bersyukur apa jua yang kita diberi, yang kita hadapi.
Melutut sujud saban hari melaruti dinihari
Hamba kerdil ini mahu diiktiraf hamba sejati
Semoga dapat masuk ke Syurga FirdausNya
tanpa bicara bukti
kekal di sana bersama emak ayah dan
semua yang kita kasihi.
Dengan Rahmatnya yang tidak bertepi.
Aameen ya Rabb....
Engkau Tuhan maha Tinggi.
......
foto ehsan carian google
.........