"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, November 16, 2016

Waspada Ibu-Bapa......


A001
Tugas Ibu-Bapa paling penting.

A006
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(At-Tahriim 66:6) | 

Beberapa minggu kebelakangan ini ahli qariah Masjid kampung saya (melalui Whatsapp) sibuk berbicara mengenai masaalah ekonomi negara. Antara yang dibincangkan ialah mengenai kelemahan orang-orang Melayu dalam bidang-bidang teknikal dan bahasa yang sekarang ini dikuasai oleh orang-orang keturunan asing. Saya rasa penat membacanya kerana jarang sekali ada cadangan yang konkrit bagaimana kita dapat mengatasinya tanpa bergantung pada kerajaan. 

Ibu bapa yang berjaya menghantar anak-anak hingga keperingkat University di dalam berbagaqi bidang teknikal dan professional janganlah pula berasa sudah memadai kerana anak-anak sudah berjaya mendapat tempat dalam bidang kerjaya yang diminatinya. Untuk mengukur kejayaan, kita harus peka kepada tuntutan alQuran dalam bidang pendidikan. Bacalah dan taddabur di hadapan seorang guru/ustaz untuk memahami falsafah pendidikan yang sebenarnya. Ustaz menyebutnya sebagai Wasit Luqman pada anaknya dan antara perkara terpenting dalam pendidikan ialah Akhlak. Iaitu akhlak yang merangkumi semua aspek kehidupan dan yang terpenting ialah isu tauhid dan keimanan pada Allah swt yang maha Pencipta.

Saya pendekan cerita di sini iaitu kita tidak dikira berjaya dalam pendidikan anak-anak jika akhlaknya tidak seperti yang dituntut oleh alQuran. Maka saya turunkan ayat di atas yang diulas panjang lebar oleh ustaz saya dalam satu kelas pengajian.

Yang utama dan terpenting pada ibu bapa ialah memastikan anak kita dan keluarga kita tidak beakhir kecundang di akhirat nanti. Kita kena pelihara diri kita dan keluarga kita jangan sampai dibakar apai Neraka. Na'uzubilah. Jangan kita berpuashati dengan kejayaan di dunia tetapi mendapat tempat yang amat buruk di akhirat.

Maka Ustaz sentiasa mengingatkan supaya sentiasa berpegang teguh pada al Quran. Ikut setiap perintahNya dan tinggalkan segala laranganNya.

A007
Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".
(At-Tahriim 66:7) |


Sampai di sini dahulu. Baca sekali lagi ayat-ayat alQuran diatas. Sama-sama kita bertekad untuk menghayatinya. Saya juga ibu dan tidak terkecuali. Sama-sama kita bina kekuatan dan nasihat menasihati. Sama-sama kita mencari Redha Allah swt dan semoga kita bertemu akhirnya di Syurga Firdaus tanpa hisab dengan RahmatNya jua.

Aameen ya Rabb....


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails