Setiap kali hujan, hati ini akan rasa redup dan dingin.
Rindukan kedamaian.....
Alhamdulillah.
Panas itu Rahmat dan hujan juga Rahmat dariNYA.
Cuma kita manusia yang hanya suka memilih mengikut keselesaan diri.
Sering mengatakan hujan itu cuaca yang buruk
Dan panas keterlaluan itu suatu yang tidak menyeronokan.
Tanpa hujan....
Bumi akan kering kontang,
Tiada tanaman dan haiwan yang dapat bertahan.
Maka manusia juga akan diuji dengan serba kekurangan.
Hujan yang keterlaluan juga Allah turunkan
Supaya manusia beringat bahawa padaNYA segala kuasa dan harapan.
Jangan manusia sombong bongkak punya teknologi dan kemewahan.
Jika Allah kehendaki manusia akan kecundang
Hanya dengan hujan.....
Hujan pun boleh membawa keriangan...
Asalkan kita bersangka baik pada Tuhan yang maha Menentukan.
Allah yang maha Pengasih dan maha Penyayang
Tidak mungkin zalim pada hamba-hambanya yang taat Menyaksikan
Yang taat Mendengari dan taat dalam segala peri laku perbuatan.
Ayuh kita sentiasa mengingatiNYA
Kembali padaNYA setiap saat jantung kita berdegup mentaatinya.
Semoga di hujung hidup ini Allah mengasihi dan merdhai
Dan di Syurga Firdaus kita berkumpul atas rahmatNYA yang infiniti.
Aameen ya Rabb...Engkau Tuhan maha Tinggi.
......
foto ehsan carian google.
.......
000
No comments:
Post a Comment