"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, November 14, 2016

DON'T PANIC........







Jangan Panik....
Kata ramai bijak pandai dan ustaz di media sosial.

Saya yakinkan diri saya....supaya tidak rasa Gentar.

Orang Muslim yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt tidak panik bila menghadapi masaalah, kecil atau besar. Keyakinan bahawa Allah maha mengetahui akan yang nyata dan yang tersembunyi pastinya akan membuat kita teguh dalam fikiran dan mantap dalam hati bahawa ada kuasa yang maha besar yang sentiasa memerhatikan akan setiap detik perilaku sesiapa jua dan Dia maha melihat apa yang akan berlaku pada Tamadun Manusia esuk dan seterusnya. Biar apa yang dikatakan oleh President Elect USA Donald Trump buat masa ini kerana menang besar dalam pilihan Raya negaranya, kita jangan panik. Allah maha Perancang dan yakinlah bahawa ada sesuatu yang akan menggembirakan hambaNya yang yakin akan keagonganNya. 

Trump dikatakan benci Islam dan pastinya tidak akan memberi laluan mudah pada orang-orang Muslim umumnya. Saya percaya sebenarnya dia amat takut akan prospek Islam akan memerintah dunia sekali lagi seperti yang telah berlaku dalam sejarah dengan turunya alQuran. Ketakutan itulah yang membuat ia berhujah lantang dengan bahasa yang melampau yang disangkanya dapat memporak-perandakan pendirian orang-orang Islam dan negara-negara Islam seluruhnya. Dia sedang merasakan dirinya gagah perkasa kerana Amerika adalah negara yang mempunyai senjata paling canggih di dunia. Trump tidak tahu siapa dirinya yang sebenar dan dia tidak kenal Siapa yang menguasi apa jua yang ada di tujuh lapis langit dan di bumi.

Ingat kita fakta dalam sejarah semasa Rasulullah Sallallahualaihiwasalam berhijarah dari Makkah ke Madinah dan Sayidina Abubakar RA ada bersamanya semasa orang-orang Quraish memburunya. Baginda Nabi saw dan Abu Bakar bersembunyi di gua buat seketika untuk mengatur langkah. Puak Quraish sampai di muka gua itu dan amat hampir dengan Rasulullah berdua. Sayidina Abubakar amat takut dan Rasullah mententeramkannya dan mengatakan yang bermaksud: "Jangan bimbang Allah bersama kita". Peristiwa ini dirakamkan dalam alQuran dan fakta ini seharus dapat membuat setiap Muslim Mukmin rasa bahawa pertolongan Allah itu sentiasa bersama pada pihak yang benar.

Maka...Jangan Panik!

Allah sudah mengatakan bahawa ia akan membenarkan sesiapa juga berkuasa di dunia ini dengan izin dan kehendakNya. Dan Allah juga boleh menarik balik kuasa itu bila-bila masa mengikut PerancanganNya. Maka kita harus bermuhasabah diri mengapa keadaan dunia begini rupanya sekarang. Setiap kita bertanggong jawab mengikut kemampuan yang Allah kurnia dan jangan kita mudah-mudah berfikiran bahawa kita boleh berlepas diri. Di Amerika atau di Malaysia kita harus memainkan peranan yang sewajarnya.

Sayugia diingat bahawa tidak bererti jikalau Hilary Clinton yang menang calun President, orang Islam dan negara Islam akan terjamin keselamatannya. Sebelum ini kita pun sudah melihat karenah President Amerika menzalimi penduduk Islam yang pemimpinannya tidak mengikut telunjuknya. President Bush contohnya. Maka isunya yang tepat bukanlah Trump atau Clinton atau siapa jua yang memerintah Amerika dan siapa jua yang memerintqh negara sekutunya. Isu yang besar adalah mengenai sikap kita orang Islam di mana jua. Kita perbetulkan diri kita dan sedaya upaya mengikut jejak langkah Rsulullah salallahualaihiwasalam. Tidak ada jalan lain.

Janganlah kita "hanya berpeluk tubuh" atau hanya berdoa sahaja tanpa berusaha. Peristiwa Hijrah dan peristiwa Sejarah yang besar-besar telah mengajar orang Islam supaya mempunyai Ilmu yang mencukupi dalam semua bidang, bijak mengatur strategi dan boleh menyediakan segala kelengkapan tanpa mencari alasan yang boleh melemahkan usaha. Tanpa Ilmu kita pasti kandas. Sebab itu ayat yang ulung yang diturunkan dalam alQuran ialah "Iqra'".

Maka kita harus PANIK !......

Kita patut panik jika kita  mengaku diri sebagai Islam tetapi tidak membuktikan kita berakhlak seperti seorang Islam. Setengah ustaz mengatakan ada antara kita yang sudah bersara pun belum pandai membaca alQuran dengan betul. 

Biarlah saya berhenti bicara di sini.....
Kerana isu membuktikan diri sebagai seorang Muslim Mukmin itu  memerlukan ruang yang luas dan masa yang mencukupi. Ilmu saya pun belum mencukupi dan usaha saya pun boleh dikira menepati semua kehendak alQuran. Ayuh kita mengubah diri dan bertindak sewajarnya semoga siapa jua yang memerintah kita atau bolih mempengaruhi hidup kita, kita tidak rasa gentar.....kita tidak bimbang kerana kita mengerti Kebergantungan diri kita hanya pada Allah. Ketaatan kita hanya pada Allah. 

Namun apa yang di mulut harus ada di hati dan terbukti....

Allahua'lam.
Mohon keampunan Mu ya Rabb,
Mohon Perlindungan Mu dan mohon Limpah Rahmat Mu yang tidak terhingga....

Aamiin.


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails