"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, November 11, 2016

Jangan sampai kucing tak makan.......






Ini salah satu kucing yang berada di rumah saya. Saya ada 4/5 ekor mengikut keselesaan kucing-kucing itu sendiri. Saya tidak membela kucing secara rasmi tetapi saya beri makan kucing-kucing yang mendatang (kucing2 yang gelandangan) menagih rezki dari manusia. Allah jua yang memberi rezki dan manusia diuji sama ada mahu berkongsi apa yang Allah kurnia dengan makhluk Allah yang lain. Kucing-kucing ini berkampung di dapur luar rumah saya dan mereka bebas ke mana sahaja. Saya tidak membenarkan mereka ke dalam rumah kerana tidak ada kemampuan tenaga menjaga kebersihan bersama.

Menyatuni haiwan adalah juga tanggong jawab kita, dan setiap Muslim harus peduli akan fakta ini. Saya susah hati kini bajet keluarga berkurangan lantaran ekonomi negara merudum. Harga barangan keperluan rumahtangga semuanya naik dan rakyat (termasuk saya) perlu membuat perubahan drastik jika mahu terus berusaha mempertahankan keselesaan hidup yang ada. Semoga Allah mengasihani dan menurunkan pertolonganNya. Saya tersedih kerana kepimpinan politik tidak cukup peka membela kebajikan rakyatnya terutama sekali mereka yang miskin-miskin, manakan pula mereka mahu ambil tahu tentang kebajikan haiwan umumnya.

Saya mengikuti perkembangan ekonomi dan keselamatan negara dari media sosial. Amat menakutkan prospek negara kita ini akan menjadi "a failed state" seperti negara  Greece dan Zimbabwe, antaranya. Kita sudah hampir mencapai negara membangun yang terulung untuk diiktiraf sebagai negara maju tetapi kini seperti akan kantaoi dan terkandas jika tidak berlaku apa-apa perubahan pada sikap pemimpin-pemimpin negara yang menerajui kerajaan. 

Saya rasa khuatir dan langsung penat memikirkan kebarangkalian masa depan cucu-cicit akan menjadi tidak menentu. Pihak kerajaan tetap akan mempertahankan diri dengan hujah-hujah yang jika didengari sekali imbas seperti betul dan ramai yang terperangkap dalam pemikiran yang tidak sempurna. Dijangk ramai yang masih kagum dengan parti politik yang memerintah dan menyokong kerana tidak faham atau faham tetapi ada kepentingan-kepentingan tertentu yang harus dipertahankan. Maka prospek negara kita akan terus selamat, maju dan makmur nampak tipis sekali sekarang. Semoga akan tercapai sesuatu usaha untuk memperbetulkan apa yang tidak betul dalam masa yang terdekat ini sebelum kita ditelan kesengsaraan.Na'uzubilah. Semoga Allah jauhkan.

Kita harus berusaha kuat sebelum pasrah pada Allah. Ada sebilangan ustaz yang saya dengari di utube  yang hanya menyuruh bersyukur atas apa yang ada dan tidak memotivasi untuk berusaha kuat dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Saya tidak menafikan kewajiban bersyukur atas limpah kurnia rahmatnya yang tidak terhingga, tetapi kita diwajibkan juga berusaha keras. Sunatullah tetap berjalan. Kalau kita menerima sahaja apa jua tanpa menegur dan tanpa berusaha maka mereka yang sepatutnya berhenti bersikap menzalimi akan terus demikian kerana menyangkakan rakyat menerima dengan redha hati dan mereka akan terus bertindak ikut hati mereka dan boleh menyukarkan kehidupak rakyat. 






Saya sekeluarga sudah mula menukar keutamaan berbelanja, termasuklah bajet makanan kucing. Dahulu kami membeli sahaja makanan kucing di Supermarket kerana mudah dan cepat dan kami kira kami mampu. Tetapi sekarang kami kena fikir cara lain, cara yang tidak menjejaskan qualiti makan, (seboleh-bolehnya) tetapi dalam bajet yang boleh dikurangkan. Seorang teman saya menyuruh saya membeli ikan segar di pasar dan gaul dengan nasi. Kucingnya suka dengan syarat kita rebus dahulu ikan-ikan itu dengan sedikit garam. Pastinya ini akan menambah kerja harian tetapi ia harus dilakukan demi peduli pada kebajukan haiwan. Ikan tongkol adalah anatara alternatif yang boleh difikirkan kata kawan saya kerana ia murah berbanding yang lain. Esuk saya akan kepasar dan insya Allah saya akan ambil tindakan jimat cermat ini.

Semoga Allah mengasihani rakyat Malaysia dan menurunkan pertolonganNya dan menjauhkan dari musibah akibat sikap-sikap negatif yang ada pada mereka yang bertanggongjawab dan penyokongnya yang hanya mementingkan diri sendiri. Semoga Allah menerima doa-doa rakyat yang dizalimi dan semoga timbul sikap pada pemimpin negara untuk pulang ke pangkal jalan.

Ampunilah dosa-doasa kami ya Rabb......


.......

2 comments:

muhaini said...

Aamiinn Aamiin Aamiin ya robbal alamin. Setuju sgt dgn Pn Ngasobah. Kucing2 kat rumah ni pon dah makan nasi gaul ikan. Kat kelate ikan sardin murah n ikan tongkol mahal. Pg je beri makanan kucing paket tu.
Btw ... saya ex staff Puan masa di Kem Pendidikan, Bhgn Pembangunan n Bekalan. Saya dr unit Bank Dunia 1982 - 1987. Alhamdulillah Puan sihat dan aktif lg.

muhaini said...

Aamiinn Aamiin Aamiin ya robbal alamin. Setuju sgt dgn Pn Ngasobah. Kucing2 kat rumah ni pon dah makan nasi gaul ikan. Kat kelate ikan sardin murah n ikan tongkol mahal. Pg je beri makanan kucing paket tu.
Btw ... saya ex staff Puan masa di Kem Pendidikan, Bhgn Pembangunan n Bekalan. Saya dr unit Bank Dunia 1982 - 1987. Alhamdulillah Puan sihat dan aktif lg.

Related Posts with Thumbnails