"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, February 29, 2020

Hari ini 29hb Februari @ 4 tahun lagi belum tahu jumpa.



BENDERA MALAYSIA
Foto hiasan ehsan carian Google

29 FEBRUARI 2020.
Alhamdulillah Allah masih pertemukan. Empat tahun
lagi belum tahu.

Esuk insyaAllah (atau mungkin selepas esuk) akan diketahui 
rupa bentuk senario politik Malaysia.
 Dari kelmarin lagi sibuk diperkatakan oleh beberapa lapisan masyarakat
 yang cuba membuat penelahan apa yang akan terjadi 
dengan sistem demokrasi di Malaysia ini.

Saya rasa penat mendengari berbagai pendapat dikalanganan kekawan, keluarga dan pendapat netizen di dalam UTube. Saya lebih suka
 membaca / mendengari  apa yang akan terjadi dengan merebaknya 
Coronavirus ke seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Yang lebih membuat saya duduk terpegun ialah berita yang mengatakan
 bahawa kerajaan Arab Saudi akan menetup buat sementara
 Pintu Umrah ke Makah dan Madinah kerana wabak Coronavirus  tidak dapat dibendung. Rasa tersedih juga.

Ia membuat saya berfikir berdebar-debar kerana hal ini tidak pernah
 berlaku dalam sejarah modern Dunia.
 Saya rasa amat insaf. Kekayaan dan kekuasaan politik belum bolih 
memastikan Allah terima  siapa yang boleh ziarah ke Makah dan Madinah.
Saya mula tertanya-tanya sendirian.
 Adakah fenomena ini disebabkan Allah murka
 kerana di Saudi sekarang ini pembangunan bandar raya nya sudah 
sama seperti yang ada di negara-negara maju di dunia luar sana.
 Saya melihat dalam Utube adanya Konsert besar-besaran
 seperti di Barat, Disco, tempat perjudian dan berbagai lagi 
yang saya amat takut hendak menyebutnya.

Subhanallah.
 Hanya Allah yang maha tahu dan hanya Allah yang maha menentukan.
Manusia tiada kuasa jika Allah tidak menghendaki.
Tetapi manusia harus berfikir tentang tujuan Allah mencipta manusia
 di dunia ini dan manusia harus yakin dengan wahyu yang Allah
 turunkan melalui Nabi Muhammad saw dan wajib mentaatinya.
Adanya Coronavirus hanyalah satu petanda sahaja pada hemah saya 
supaya manusia muhasabah diri dan bertaubat dan
 kembali pada KEBENARAN yang mutlak.

Semoga Allah kurnia saya umur yang bermunafaat, semoga sihat 
dan masih dapat berusaha membantu ke arah kesejahteraan ummah.
Semoga bila samapai masanya nanti saya tidak menanggung
 penyesalan kerana kesudahan hidup manusia tiada U Turn.
Mohon keampunan Mu ya Rabb....


Thursday, February 27, 2020

Anak-anak yang ditinggalkan.....


A001

In pics: Left behind children in China

Foto hiasan (atas dan bawah) ehsan carian Google

Twelve out of the 18 children in Poqi Village, Guizhou province, were left behind with their relatives during the Chinese New Year. There are a total of 85 million left-behind children in China, according to an estimate by Deutsche Welle.(Weibo.com)


Alhamdulillah kebelakang ini saya banyak masa untuk mengikuti cerita
 Coronavirus di uTube.
Saya rasa khuatir mendengari cerita-cerita ini dan saya buat dengan tujuan
 untuk menasihati keluarga saya apa yang harus dilakukan untuk
 menjaga diri supaya tidak dijangkiti Virus ini.
Saya bukan pandai sangat cara yang saintifik tapi  saya rasa memadai 
menasihati supaya jangan keluar rumah selalu jika tidak amat perlu
 dan harus menjaga kebersihan diri terutamanya membasuh tangan dengan sabun kerap kali.

Saya dengari juga hal-hal yang berkaitan dengan fakta bagaimana negara China cuba membendung wabak ini. Saya dengari juga apa WHO kata dan berbagai sumber lagi supaya saya tahu lebih sedikit kaitannya dengan sistem pentadbiran negara-negara yang dilanda teruk dengan virus ini.

Saya rasa tidak perlu sangat untuk saya kongsikan semua yang saya dengari di uTube kerana pengikut blog saya boleh cari sendiri. Cuma saya ingin kongsikan sedikit apa yang saya baca dan dengari mengenai sistem politik dan pentadbiran negara China dari dahulu hingga sekarang. Tidaklah mendalam apa yang saya baca dan dengari tetapi saya rasa cukup untuk faham apa perbezaannya dengan Malaysia negara tercinta ini.

Negara China mementingkan kuasa Politik dari kebajikan Rakyatnya. Saya kesal tidak dapat beri rujukan tepat mengenai hal ini. Tetapi saya rasa itu fakta betul. Sebab itu ramai pihak yang mengatakan China tidak mengeluarkan maklumat dengan tepat dan terbuka. Ada yang disembunyikan. Sedih saya membacanya kerana fakta itu menjadi salah satu sebab Virus ini merebak keseluruh dunia dengan lajunya. Malaysia antaranya.

Maka saya cuba memahami mengapa begini sekali sifat pemimpi China yang beridelogikan Communism. Mereka percaya yang penting Pemimpin Negara harus terus berkuasa dan rakyat harus patuh walaupun tidak sesuai dengan prinsip sosial berkaitan dengan fakta kasih sayang keluarga dan kebajikan rakyat umumnya. Kita sudah pun tahu bagaiman di zaman Chairman Mao Tze Tung dahulu ramai yang dipaksa kerja kuat di ladang-ladang tanpa memikirkan kebajikan dan kesihatan rakyatnya. 
Sekarang ini tidaklah begitu ganas tetapi prinsip dan falsafah pemerintah hampir sama. China dilihat sebagi negara yang hebat membangun dan ekonominya boleh setanding dengan negara Demokrasi yang maju di dunia ini. Tetapi cerita-cerita dibelakang tabir kita tidak tahu dan tidak menyedarinya. Betapa ramai rakyatnya yang hidup sengsara.

Tajuk Blog saya berkait terus dengan fakta ini. Ramai anak-anak kecil (ada yang dari bayi) yang ditinggalkan oleh ibu bapanya kerana mereka mesti keluar bekerja di ladang-ladang, di kilang-kilang dan dimana sahaja yang mereka dituntut bekerja. Anak-anak ini di jaga oleh Atuk dan Nenek atau waris terdekat yang ada disekeliling mereka. Kebanyakannya duduk di pendalaman. Ada yang di pergunungan dan berbagai tempat yang agak mundur dari segi kemudahan awamnya.

Sedih saya membaca dan mendengari cerita anak-anak ini. Kalau dapat jumpa emak ayah setahun sekali pun sudah dikira beruntung. Ramai yang membesar tanpa kasih sayang. Ramai juga yang membesar tanpa mengikuti sistem pendidikan yang teratutr.

Sememangnya ada  program yang dianjurkan Kerajaan China dan anak-anak ini ditempatkan dirumah kebajikan dan dijaga makan minum dan diberi pelajaran dan pendidikan yang pihak atasan tentukan.
Yang ini sering ditunjukan pada sesiapa yang menjadi pelancung resmi atau tidak resmi. Maka saya antara orang-oarng yang kagum melihatnya dari filem yang ditunjukan.

Rupa-rupanya ini adalah filem propaganda yang menampakan kehebatan negara China.
Siatem Communism tidak berasaskan kepercayaan pada Tuhan walau sedikit pun. Fakta ketuhanan melembamkan pembanguanan negara. Mereka tidak kisah hal-ahal kemanusiaan. Yang pentiang Kepimpinan China mahu menawan seluruh dunia jika boleh.
 Semoga mereka membuat perubahan yang positif untuk kemanusiaan.
Teringat saya cerita-cerita Firaun disebut dalam alQuran. Rupanya hingga kini fakta sifat Firaun masih wujud dan berleluasa.

Sampai setekat ini sahaja perkongsian saya kali ini. InsyaAllah jumpa lagi. 
Sama-sama berdoa Malaysia sejahtera walaupun kini sedang dilanda kemelut politik. 
Semoga Allah bukakan jalan dan akhirnya pemerintah negara Malaysia ini terdiri dari
 mereka yang berIman dan berTaqwa. Kita tidak boleh lari dari Fakta ini.
 Contohi dan santuni Rasulullah saw dan semoga Allah akan memudahkan segala urusan
 dan negara membangun mematuhi paradigma Tauhid.

Memohon keampunan Mu ya Rabb.....
Aamiin....

Tuesday, February 25, 2020

Steve Bannon: Pandemic! Coronavirus Is Out of Control In China



A001
Subhanallah.....
Saya sangat risau mengenai cerita-cerita berkaitan Coronovirus yang hingga kini belum reda. Bukan sahaja ia belum reda tetapi ada yang mengatakan seperti uTube diatas bahawa ia makin bertambah serious. Saya kongsikan di sini hanya dengan maksud semoga dapat kita fikirkan bersama dan ambil iktibar dari apa yang berlaku di sekeliling kita. Walaupun negara China itu jauh, kesannya seperti amat dekat kerana Malaysia juga adalah antara negara yang terbabit dengan Virus itu walalupun tidak serious seperti apa yang berlaku di China.

Walau bagaimanapun kata pendapat dalam uTube di atas kita tidak boleh ambil ringan kerana ia sudah sampai ketahap yang tidak dapat dibendung. WHO mengatakan negara China masih berupaya membendung wabak ini. Tetapi ada pendapat lain yang mengatakan Negara China tidak mengatakan apa sebenarnya yang dialami kerana ia tidak mahu dilihat sebagai negara yang lemah dan tidak cukup keupayaan untuk membendung sesuatu yang sudah dianggap sebagai "Pandemic".

Saya memang seorang yang mudah takut dan mudah bingung serta sentiasa berdebar-debar bila mendengari beria seperti ini. Saya tidak bertujuan mahu mempengaruhi orang lain supaya sentiasa takut tetapi hanya ingin kongsikan ketakutan saya ini. 

Semoga ada fakta-fakta di luar sana yang boleh menjadikan saya rasa tenteram dan rasa selamat.

Banyak fakta yang disebut dalam uTube diatas yang harus kita dengari dan berfikir-fikir kedudukan hidup kita sekarang ini kerana wabak ini tidak mengenal bangsa, warna kulit agama dan kaya atau papa. Virus ini "Buta Hati" buta segalanya. 

Selamat mendengari uTube ini dan mengambil iktibar dan sama-sama kita berdoa Allah selamatkan semua dari Wabak ini dan semoga mereka yang belum mengerti kaitannya dengan hakikat kewujudan Allah dan Kuasa Mutlaknya, Allah akan turunkan hidayah. Tiada kuasa yang lebih besar dan lebih kuat dari kuasa Allah. Jika benar pemimpin negara China hanya mementingkan kuasa politiknya dan tidak sayang pada rakyatnya dan tidak sayang pada kemanusiaan maka semoga Allah palingkan  hati-hati mereka semoga mereka menyedari kewujudan dirinya yang sebenaarnya. 

Mohon keampunan Mu ya Rabb......


Friday, February 21, 2020

APOCALYPTIC EVENTS IN 2020



A001

Alhamdulillah, samapi lagi ke Hari Jumaat....hari penuh barakah dalam seminggu. Sejak dua hari dahulu saya tidak lagi ke hospital untuk membantu suami saya mengurus patah kaki dilututnya kerana jatuh terserempat carpet dan wire telefon di rumah. Hampir 2 bulan saya tumpu pada tugas-tuga mengurus luka setelah pembedahan dilakukan pada lutut. Alhamdulillah sekarang saya banyak masa untuk layan diri sendiri pula.

Malam tadi saya tidur agak lewat membaaca apa yang saya rasa ketinggalan dalam mencari ilmu yang sedang menggeledak di dunia yang fana ini. Maka saya terlihat tajuk di atas dalam Utube dan saya ikuti penuh konsterasi. Saya menginsafi diri kalu bertemu ilmu sebegini dan rasa terpanggil untuk saya kongsikan di sini.

Terasa amat kerdil........

Mohon perkongsian membacanya dan tegur saya mana yang tidak seharus saya percayai. Sebelum ini saya ada juga melihat sedikit-sedikit perkongsian dari orang lain. Maka saya rasa perkongsian saya hari ini akan memberi kesan yang lebih jika kita mahu berfikir-fikir dan mahu merujuk pada mereka yang lebih arif mengenainya.

Saya kongsikan fenomena dalam Utube di atas buat anak-anak saya dan anak buah yang suka mengikuti blog saya. Saya rakam juga di sini buat peringatan saya dan menginsafi hakikat bahawa saya sudah samapi kepenghujung jalan kehidupan ini. 

Saya katakan pada anak-anak supaya selain melihat Utube  di atas lihatlah juga ayat-ayat alQuran yang saya turunkan di bawah ini. Ia ada kaitan dengan fakta Hari Qiamat. Ini fahaman saya dan semoga saya tidak lagi lalai dalam menjalani hidup ini.

Carilah lagi tafsir ayat-ayat dari surah adDukhaan ini kerana ia adalah petanda hampirnya Hari Qiamat. Terngiang-ngiang mendengari nasihat ustaz supaya beringat-ingat mengenai kuasa mutlak Allah swt. Tidak kira umur. Semua akan sampai ke penghujung hidup ini. Sama-sama kita berdoa semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat. Aamiin.....

Inilah sebahagian ayat-ayat surah AdDukhaan.
Semoga Allah memberi Taufik dan HidayahNya dan mengurnia kita Syurga FirdausNya tanpa hisab dengan RahmatNya jua.
Aamiin ya Rabb.......


A010
Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),
(Ad-Dukhaan 44:10)


A011
Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".
(Ad-Dukhaan 44:11


A012
(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".
(Ad-Dukhaan 44:12

Tuesday, February 18, 2020

WHAT TO DO IF THERE IS A PLAGUE?!



A001
Saya insaf mendengari video di atas. Maka saya kongsikan di sini semoga membawa munafaat bersama. Allah sahaja yang maha Mengetahui dan maha Bijaksana dan maha Adil.

Salam.



Monday, February 17, 2020

Tidak ada para Malaikat bersama ?......

A001






Sejak berpindah ke Putrajaya saya sering di rumah sahaja. Tidak lagi hadhir di mana-mana  kelas pengajian yang saya hadhiri seperti dahulu semasa saya di Petaling Jaya. Anak saya sering datang dengan anak-anaknya untuk menghiburkan hati saya dan ayahnya.

Alhamdulillah. Allah masih beri saya ruang dan peluang untuk belajar dari ustaz-ustaz di laman media massa terutamanya melalui uTube. Cuma kata setengah kekawan mendapat ilmu seperti itu tidak "dira'i" oleh Malaikat. Di kelas dimana tuan guru duduk bersama, beribu Malaikat akan bersama dan majlis Ilmu seperti itu banyak rahmatNya.

Tersedih juga mendengarinya. Saya terima sahaja kerana saya sudah tidak banyak ruang untuk hadir kelas seperti dahulu.

Hadith dari Sahih Muslim ada mengatakan:


وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ


Barangsiapa yang menempuh suatu perjalanan dalam rangka untuk menuntut ilmu maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke surga. Tidaklah berkumpul suatu kaum disalah satu masjid diantara masjid-masjid Allah, mereka membaca Kitabullah serta saling mempelajarinya kecuali akan turun kepada mereka ketenangan  dan rahmat serta diliputi oleh para malaikat. Allah menyebut-nyebut mereka dihadapan para malaikat.”

.................................................

Saya amat kurang ke Masjid dalam umur yang sudah melepasi 70an. Semoga Allah mengurnia lauan alternatif buat kami dalam golongan ini. Yang penting kita terus sahaja menuntut ilmu hingga ke akhir hayat. Semoga saya tergolong dalam kumpulan yang Allah akan tambah Ilmu. Saya turunkan ayat alQuran di bawah ini dengan penuh harapan.
A114
Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".
(Taha 20:114) |


Dua Ayat di bawah ini juga memberi inspirasi buat saya. Semoga saya akan dapat menambah Ilmu walaupun tidak ke Masjid.


A011
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
(Al-Mujaadalah 58:11


A009
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Az-Zumar 39:9


Maka saya katakan pada anak-anak saya dan keluarga saya jauh dan dekat supaya tidak mensia-siakan umur masa muda. Carilah Ilmu di mana jua. Kalau di Masjid ia ada munafat yang tidak kita sangkakan. Semoga Allah memilih kita sebagai hamba-hambanya yang  benar-benar  mahu mengabdikan diri padaNYA.
Aamiin ya Rabb.........


Sunday, February 16, 2020

LOCUST PLAGUE | The most under reported Global Calamity




A001

Belalang pula sama merbahayanya.......

Alhamdulillah saya menjumpai rencana dalam Utube yang saya kongsikan di atas ini. Cuba sama-sama kita ikuti dan semoga kita dapat berfikir-fikir mengenai fenomena ujian hidup yang Allah turunkan buat manusia. Apa jua yang Allah lakukan bukan kerana ia zalim tetapi kerana Allah mahu manusia kembali padaNYA kerana dengan caraNYA sahaja hidup ini akan aman damai dalam apa keadaan sekali pun.

Di Malaysia kita tidak banyak didedahkan dengan fenomena bahawa ada di bumi ini yang dikuasai oleh belalng.... iaitu Locust seperti yang diceritakan diatas. Ketika ini kita disibukan memikirkan fenomena wabak Corona Virus atau Covid-19. Ia menjadi seperti itu kerana ada 22 orang {setakat ini) di Malaysia yang dijangkiti virus ini. Diluar sana bilangannya sudah melebihi 50,000 dan yang mati sudah melebihi 1600 orang. (angka ini mungkin sudah berubah). Kebanyakannya adalah di Wuhan China seperti penulisan rengkas saya sebelum ini.

Kita tidak amat merasai bahaya wabak Locust kerana orang Malaysia selamat. (Alhamdulillah). Cuma yang terkesan hanya negara-negara di Afrika Timur buat masa ini. Locust ini tidak mematikan manusia serta merta seperti virus yang disebut oleh setengah pihak sebagai Ninja Virus. Tetapi kesan buruk serangan Locust ini hanya dirasai setahun dua selepas itu kerana Locust ini hanya memakan dan merosak tanaman di ladang-ladang yang diusahakan oleh manusia.

Ramai manusia mati kebuluran akibat belalang.....
Kecil-kecil kawan bila sudah berjuta banyaknya ia menjadi lawan......

Kesannya tidak sangat didengari oleh Rakyat sebelah dunia sini. Kita mendengari diberita media massa sahaja dan tidak menimbulakan kecemasan seperti wabak Virus Covid-19 ini. Banyak diperkatakan bagaimana negara Chian bermati-matian cuba menyelesai masaalah. Negara lain cuba membantu sekadar kemampuan sahaja. Negara terkuat USA menerusi CDC (Centre for Disease Control) mahu membantu tetapi China mengatakan tidak perlu buat masa ini kerana mereka masih dapat bertahan dengan masaalah yang ada.

Mengapa China enggan membenarkan CDC USA adalah kerana tahap kerahsiaan yang mahu di pertahankan. Ini dua negara yang tidak 'sebulu' dalam banyak hal. Maka mana mungkin badan CDC Amerika mahu bebas beroperasi membantu kerana pastinya ada Rahsia-Rahsia Penyelidikan dalam hal-hal Pertahanan Negara yang mahu dirahsiakan terutamanya mengenai senjata ketenteraannya termasuk senjata biologynya.

Tetapi apa sebenar yang betul dari segi fakta saya hanya menyangka sahaja. Allah yan maha tahu.

Namun apa yang terdetik dihati saya mengenai fenomena kedua jenis wabak ini ialah perangai manusia di akhir zaman ini yang sama seperti manusia berzaman lamanya dahulu yang setengahnya tercatat terus dalam alQuran dan bukan sahaja di dokumen sejarah dunia.

Sekarang kuasa-kuasa besar berebut kuasa kerana mereka mahu menguasai segala sumber-sumber yang ada di dunia ini. Mereka akan berperang secara langsung atau secara tidak langsung semata-mata kerana mahu harta kekayaan menerusi penjualan senjata dan mahu menguasai sumber makanan dunia.

Adat kata manusia akan mati jika tidak makan.

Amerika mahu menubuhkan The New World Order. Sebenarnya kuasa lain mahu juga demikian, tetapi caranya berlainan mengikut falsafah politik mereka dan citarasa nafsu mereka.

Mereka tidak tahu atau pu tidak mahu mempercayai cerita Firaun yang Allah sebut dalam alQuran. Firaun amat kuat di dunia waktu itu hingga ia mengaku dirinya Tuhan. Qarun pula mengumpul harta hingga tidak terdaya mahu mengurusnya. Tetapi akahirnya binasa juga dirinya. Tetapi kuasa-kuasa besar (termasuk juga yang tidak besar) hari ini mereka ketepikan AlQuran dan hanya menggunakan akal fikiran sahaja.Mereka tidak percaya bahawa hidup ini akan ada penamatnya dan manusia akan dipertanggongjawabkan dengan perbuatan mereka di hadapan Mahkama Allah yang maha Agong di di Hari Qiamat nanti.

Ini ayat yang menyatan Firaun itu merasai ia yang amat berkuasa. Dia sahaja yang betul dan yang benar.

A029
"Wahai kaumku! Pada hari ini kepunyaan kamulah kuasa memerintah dengan bermaharajalela di muka bumi (Mesir dan sekitarnya; tetapi kiranya keadaan bertukar) maka siapakah yang akan membela kita dari azab Allah kalau azab itu datang menimpa kita?" Firaun berkata: " Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku pandang (elok dijalankan), dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar".
(Ghaafir 40:29) | 




Dalam kumpulan Firaun ialah Qarun. Mereka berkerjasama rapat untuk menunjukan kekuasaan.


A076
Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
(Al-Qasas 28:76) |


A077
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
(Al-Qasas 28:77) | 


Kesimpulan yang kita harus ingat ialah bahawa bahawa apa yang berlaku sekarang bukan suatu yang berlaku secara kebetulan. Allah itu amat Memerhati dan amat Mengetahui dan Allah yang menentukan segalanya kerana Allah yang maha Bijaksana dan Adil atas segala penciptaanNya.

Marilah sama-sama kita beringat-ingat bahawa hidup ini ada tujuan yang khusus di sisi Allah. Jangan terpengaruh dengan kuasa dan kekayaan. Di Malaysia hari ini saya merasai ada fenomena yang mahu pergi kearah itu. Ada orang Malaysia yang mengambil prinsip Islam jika ia sesuai dengan citarasanya. Jika tidak ia akan berhujah secara logik semata-mata. Saya takut mendengarinya tetapi hanya mampu berdoa senyap-senyap semoga Allah pelihara Malaysia dan tidak terpenrangkap dalam kedustaan fitnah Akhir Zaman. Allahua'lam.
Semoga Allah memelihara kita semua dan membuka hati-hati mereka yang belum meyakini ke Wujudan Allah swt bahawa hanya Allah yang layak disembah dan Allah yang menguasai segala se3suatu.
Aamiin ya Rabb......


Friday, February 14, 2020

Wuhan: is this the Chicago of China?



Bismillah
COVID-19 (coronovirus)
WUHAN........Apakan Daya !

Apakan daya Wuhan !.......
Belum sempat pergi musafir ke sana, Wuhan sudah dilanda musibah. Hanya Allah yang maha tahu apa hikmahnya. Manusia di mana jua mereka berada hanya boleh mengguna fikiran yang Allah kurnia. Manusia hanya boleh membuat telahan. Namun Allah yang maha tahu apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.

Saya hanya pernah melawat Beijing lebih 10 tahun yang lalu.Rupanya Wuhan satu bandar raya yang hebat juga. Saya kongsikan video di atas bagi siapa yang belum sempat ke sana. Penduduk 11 juta orang. Kuala Lumpur amat kecil dibanding dengannya. Semoga Allah kurnia kesejahteraan pada Malaysia dan apa jua ujian yang Allah turunkan semoga rakyat Malaysia dapat menerima penuh Redha dan Allah kurnia kepintaran dan kebijaksanaan untuk mengatasinya. Semoga Rakyat China juga mengambil iktibar sepenuhnya dengan penuh bijaksana bahawa walau sebesar mana kemewahan yang di capai dan sekuat mana kekuatan tentera yang dapat dikumpulan semoga mereka sedar Kuasa Allah itu menguasai segalanya. Allah yang maha Pencipta semua yang ada di langit dan di bumi. 

Manusia hakikatnya adalah amat kerdil dan amat fakir. Jangan hendaknya sombong melangit.......

Ada beberapa pendapat yang saya baca mengenai puncanya tersebar Virus ini. Mula-mula katanya akibat dari keracunan makanan yang berasaskan makan binatang-binatang liar yang kecil dan yang besar, yang di muka bumi dan yang dalam lautan dan yang berterbangan. Sebenarnya orang-orang China sudah berabad dan bertahun makan seperti demikian. Saya tertanya-tanya mengapa baru sekarang ia jadi masaalah.....

Tetapi jika difikir-fikir secara waras memang tidak mustahil ini boleh berlaku kerana dalam alQuran pun Allah telah nyatakan bahawa manusia harus makan yang halal dan baik sahaja. (Halalan Toiban). Jika manusia engkar maka Allah akan menunjukan sesuatu supaya manusia berfikir semula mengapa sesuatu musibah itu boleh berlaku. 

Allah tidak pernah menzalimi segala ciptaannya. Subhanallah........maha Suci Allah.

Ada juga pendapat lain yang saya baca. Virus ini terlepas dari makmal penyelidikan dan merebak hingga susah untuk dikawal. Katanya kerajaan China tahu mengenai ini tetapi ia tidak menyatakan apa yang sebenarnya berlaku. Dengarnya ini ada kaitan dengan "biological weapons" Entahlah..... Allah yang maha Tahu.

Saya amat jahil dalam hal ini dan hanya tertanya-tanya sendirian kerana sudah tidak ada ruang untuk bertanya dan memberi pendapat dan cadangan. Katanya bukan negara China sahaja yang membuat kajian seperti itu. Semua negara besar dipercayai menjalankan kajian seperti ini untuk tujuan-tujuan yang hanya mereka yang tahu..... (mungkin untuk menguasai dunia sepenuhnya)......

Maka ada pendapat yang mengatakan kita harus berwaspada dan beringat dan berjaga-jaga supaya mengambil tindakan sewajarnya untuk mempertahankan diri dan keluarga dan pastinya juga negara. Katanya banyak berita-berita yang tidak jelas. Pasti ada muslihat mengapa ada perkara-perkara yang dirahsiakan.

Maka kita bersabar dan yakin bahawa Allah akan memberi pertolongan. Kebergantungan kita dan semua manusia seharusnya tertumpu pada Allah yang maha Pencipta. Manusia merancang dan Allah juga merancang, Allah itu maha Perancang dan perancangan Allah itu mengatasi segala perancangan yang lain. Walauapa pun Allah tidak menzalimi CiptaanNya. Fikirkan........

Itu sahaja fikir-fikir saya....
Mungkin ini adalah antara tanda-tanda Akhir Zaman......
Kes mangsa virus di Malaysia ketika saya menulis ini ialah 19 orang..
Semoga Allah melindungi Malaysia dan semua dari bencana yang sedang melanda. 

Semoga Allah membuka hati-hati mereka yang belum menyedari kesahihan kewujudan Allah yang maha Pencipta, maha Pengasih dan maha Penyayang dan menerima syahadah Tauhid yang satu.

Aamiin ya Rabb......


Tuesday, February 11, 2020

Rahasia Doa Antara 2 Sujud - Ust Adi Hidayat Lc, MA



A001
Hari-hari kebelakangan ini saya "mengurung" diri di rumah kerana cerita-cerita mengenai Coronavirus amat menakutkan saya. Malam tadi saya banyak berfikir-fikir dan tidak lenyak tidur. Maka saya bangun dan antara yang saya lakukan ialah melihat-lihat apa yang ada di Utube.

Maka saya terdetik hati untuk kongsikan video di atas. Semoga sedikit sebanyak ia bermunafaat. 

Semoga berjumpa lagi.......................


Sunday, February 9, 2020

Masih rasa dendam......


A001

DENDAM.......alahai

Semoga saya dapat berkata  sesuatu mengenai satu penyakit hati yang jarang-jarang kita perkatakan. 

Manusia sering rasa berdendam jika rasa kemarahan atas sesuatu isu tidak dapat dilepaskan dari bekuan hati. Tetapi bukan semuanya manusia begitu. Ada yang mempunyai kesabaran dan berhemah tinggi dan mereka dapat mengatasi rasa kemarahan dengan mengalihkan perhatian ke sesuatu yang positif bagi dirinya dan bagi pihak yang lain. Ini sifat seperti "malaikat". Rasanya seperti begitu yang dapat saya katakan.

Jika bercerita mengenai "kesabaran" saya sering teringat dua orang cucu saya yang dilahirkan istimewa. Daya kesabaran mereka agak rendah berbanding anak-anak yang normal. Disebelah kiri ini saya simpan foto mereka semasa mereka berumur 6/7 tahun dan sedang dididik dan dilatih oleh seorang yang perofessional dalam pendidikan khas untuk anak-anak ini memahami perilaku yang normal dan dengan itu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang ada disekeliling mereka.


Alhamdulillah kini mereka sudah berumur 13 dan 15 tahun dan sudah banyak menunjukan perbezaan. Sudah jarang-jarang "mengamuk tunjuk perasaan". Semoga seterusnya menjadi "normal". Walau apa pun saya yakin apa jua yang Allah kurnia pasti ada hikmahnya. Kita hanya perlu bersabar jika ada keluarga yang demikian dan dengan siapa jua yang Allah tentukan demikian.

Sehubungan dengan sifat yang "sensitif" seperti ini saya ingin kongsiakan di sini sebuah pengalaman yang saya lalui mengenai rasa hati anak-anak semasa kecil, semasa remaja dan hingga dewasa yang merasai dirinya tidak puas hati dengan cara mereka dididik dan diurus oleh ibu bapa atau dewasa yang ditugasjkan menjaganya. Ada satu kes yang saya ada peluang memerhati di mana apabila ia dewasa ia masih menyimpan dendam tentang satu dua perkara yang ia berfahaman lain dari apa yang ia terima.


Saya memerhati fenomena ini dan membuat analisa sendiri dan saya berkeyakinan bahawa fenomena ini mungkin disebabkan kerana ia tiada talian darah dengan ibuyang mengasuh. Secara senyap-senyap ia "mengasingkan" diri tanpa disedari oleh mereka yang rapat disekelilingnya hingga ke satu hari yang mengejutkan. Hari itu saya dapati ia mengatakan bahawa ibu bapa yang menjaganya tidak benar-benar menyanginya kerana enggan menolongnya dalam menyelesaikan masaalah kewangan dalam perniagaannya. Ia amat mengejutkan tetapi tidak ada peluang untuk meredekan perselisihan faham ini. Tahap kemarahan dan kekecewaan amat tinggi dan diam itu menjadi lebih baik. 

Pagi ini pula saya diceritakan oleh seorang sahabat bahawa anak angkatnya yang diasuh dari bayi lagi kini tidak berapa ambil berat tentang kewujudannya dalam hidupnya. Ia tidak bertanya khabar pun walaupun berdekatan. Saya sering dengar cerita-cerita seperti ini. Agaknya sudah jadi lumrah hidup sekarang dimana manusia akan hanya menyibukan diri jika ia ada kepentingan atas sesuatu hal. Jika tidak maka hidup ini jadi nafsi-nafsi.

Entahlah.....Allahua'lam.

Cuma saya ingin menginsafi diri jika fenomena dendam dari siapa jua wujud dalah senario kehidupan sendiri. Dalam hidup ini macam-macam ujian yang Allah turunkan walaupun dalam hidup ini kita mahukan kebaikan dan kesejahteraan. 

Semoga ujian akan meningkatkan keimanan dan ketagwaan. Kita harus bersabar dan menahan kemarahan dan kekecewaan. Kita memohon doa semoga Alla kurnia kebaikan bagi semua yang berkaitan dengan hidup kita. Hanya Allah yang boleh mengubah hati manusia. Semoga Allah menerima doa-doa kita.

Di bawah ini ayat-ayat alQuran untuk kita sama-sama renungi.......

  
A134

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(A-li'Imraan 3:134


Rasulullah saw bersabda:


لَيْسَ الشَّدِيْدُ باِلصُّرْعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Orang-orang yang kuat bukan yang banyak mengalahkan orang denagan kekuatannya. Orang yang kuat hanyalah yang mampu menahan dirinya disaat marah. (tercicir rujukan).

A014
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(At-Taghaabun 64:14) |

Ayat di atas ini pula akan membuat kita rasa insaf, sayu dan lega kerana tiada masaalah yang lebih besar dari Keampunan Allah, dari Rahmatnya dan dari kasih sayangNya.

Sampai di sini dulu......



Related Posts with Thumbnails