Belalang pula sama merbahayanya.......
Alhamdulillah saya menjumpai rencana dalam Utube yang saya kongsikan di atas ini. Cuba sama-sama kita ikuti dan semoga kita dapat berfikir-fikir mengenai fenomena ujian hidup yang Allah turunkan buat manusia. Apa jua yang Allah lakukan bukan kerana ia zalim tetapi kerana Allah mahu manusia kembali padaNYA kerana dengan caraNYA sahaja hidup ini akan aman damai dalam apa keadaan sekali pun.
Di Malaysia kita tidak banyak didedahkan dengan fenomena bahawa ada di bumi ini yang dikuasai oleh belalng.... iaitu Locust seperti yang diceritakan diatas. Ketika ini kita disibukan memikirkan fenomena wabak Corona Virus atau Covid-19. Ia menjadi seperti itu kerana ada 22 orang {setakat ini) di Malaysia yang dijangkiti virus ini. Diluar sana bilangannya sudah melebihi 50,000 dan yang mati sudah melebihi 1600 orang. (angka ini mungkin sudah berubah). Kebanyakannya adalah di Wuhan China seperti penulisan rengkas saya sebelum ini.
Kita tidak amat merasai bahaya wabak Locust kerana orang Malaysia selamat. (Alhamdulillah). Cuma yang terkesan hanya negara-negara di Afrika Timur buat masa ini. Locust ini tidak mematikan manusia serta merta seperti virus yang disebut oleh setengah pihak sebagai Ninja Virus. Tetapi kesan buruk serangan Locust ini hanya dirasai setahun dua selepas itu kerana Locust ini hanya memakan dan merosak tanaman di ladang-ladang yang diusahakan oleh manusia.
Ramai manusia mati kebuluran akibat belalang.....
Kecil-kecil kawan bila sudah berjuta banyaknya ia menjadi lawan......
Kesannya tidak sangat didengari oleh Rakyat sebelah dunia sini. Kita mendengari diberita media massa sahaja dan tidak menimbulakan kecemasan seperti wabak Virus Covid-19 ini. Banyak diperkatakan bagaimana negara Chian bermati-matian cuba menyelesai masaalah. Negara lain cuba membantu sekadar kemampuan sahaja. Negara terkuat USA menerusi CDC (Centre for Disease Control) mahu membantu tetapi China mengatakan tidak perlu buat masa ini kerana mereka masih dapat bertahan dengan masaalah yang ada.
Mengapa China enggan membenarkan CDC USA adalah kerana tahap kerahsiaan yang mahu di pertahankan. Ini dua negara yang tidak 'sebulu' dalam banyak hal. Maka mana mungkin badan CDC Amerika mahu bebas beroperasi membantu kerana pastinya ada Rahsia-Rahsia Penyelidikan dalam hal-hal Pertahanan Negara yang mahu dirahsiakan terutamanya mengenai senjata ketenteraannya termasuk senjata biologynya.
Tetapi apa sebenar yang betul dari segi fakta saya hanya menyangka sahaja. Allah yan maha tahu.
Namun apa yang terdetik dihati saya mengenai fenomena kedua jenis wabak ini ialah perangai manusia di akhir zaman ini yang sama seperti manusia berzaman lamanya dahulu yang setengahnya tercatat terus dalam alQuran dan bukan sahaja di dokumen sejarah dunia.
Sekarang kuasa-kuasa besar berebut kuasa kerana mereka mahu menguasai segala sumber-sumber yang ada di dunia ini. Mereka akan berperang secara langsung atau secara tidak langsung semata-mata kerana mahu harta kekayaan menerusi penjualan senjata dan mahu menguasai sumber makanan dunia.
Adat kata manusia akan mati jika tidak makan.
Amerika mahu menubuhkan The New World Order. Sebenarnya kuasa lain mahu juga demikian, tetapi caranya berlainan mengikut falsafah politik mereka dan citarasa nafsu mereka.
Mereka tidak tahu atau pu tidak mahu mempercayai cerita Firaun yang Allah sebut dalam alQuran. Firaun amat kuat di dunia waktu itu hingga ia mengaku dirinya Tuhan. Qarun pula mengumpul harta hingga tidak terdaya mahu mengurusnya. Tetapi akahirnya binasa juga dirinya. Tetapi kuasa-kuasa besar (termasuk juga yang tidak besar) hari ini mereka ketepikan AlQuran dan hanya menggunakan akal fikiran sahaja.Mereka tidak percaya bahawa hidup ini akan ada penamatnya dan manusia akan dipertanggongjawabkan dengan perbuatan mereka di hadapan Mahkama Allah yang maha Agong di di Hari Qiamat nanti.
Ini ayat yang menyatan Firaun itu merasai ia yang amat berkuasa. Dia sahaja yang betul dan yang benar.
"Wahai kaumku! Pada hari ini kepunyaan kamulah kuasa memerintah dengan bermaharajalela di muka bumi (Mesir dan sekitarnya; tetapi kiranya keadaan bertukar) maka siapakah yang akan membela kita dari azab Allah kalau azab itu datang menimpa kita?" Firaun berkata: " Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku pandang (elok dijalankan), dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar".
(Ghaafir 40:29) | Dalam kumpulan Firaun ialah Qarun. Mereka berkerjasama rapat untuk menunjukan kekuasaan.
Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
(Al-Qasas 28:76) |
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
(Al-Qasas 28:77) | Kesimpulan yang kita harus ingat ialah bahawa bahawa apa yang berlaku sekarang bukan suatu yang berlaku secara kebetulan. Allah itu amat Memerhati dan amat Mengetahui dan Allah yang menentukan segalanya kerana Allah yang maha Bijaksana dan Adil atas segala penciptaanNya.
Marilah sama-sama kita beringat-ingat bahawa hidup ini ada tujuan yang khusus di sisi Allah. Jangan terpengaruh dengan kuasa dan kekayaan. Di Malaysia hari ini saya merasai ada fenomena yang mahu pergi kearah itu. Ada orang Malaysia yang mengambil prinsip Islam jika ia sesuai dengan citarasanya. Jika tidak ia akan berhujah secara logik semata-mata. Saya takut mendengarinya tetapi hanya mampu berdoa senyap-senyap semoga Allah pelihara Malaysia dan tidak terpenrangkap dalam kedustaan fitnah Akhir Zaman. Allahua'lam.
Semoga Allah memelihara kita semua dan membuka hati-hati mereka yang belum meyakini ke Wujudan Allah swt bahawa hanya Allah yang layak disembah dan Allah yang menguasai segala se3suatu.
Aamiin ya Rabb......
No comments:
Post a Comment