BENDERA MALAYSIA
Foto hiasan ehsan carian Google
29 FEBRUARI 2020.
Alhamdulillah Allah masih pertemukan. Empat tahun
lagi belum tahu.
Esuk insyaAllah (atau mungkin selepas esuk) akan diketahui
rupa bentuk senario politik Malaysia.
rupa bentuk senario politik Malaysia.
Dari kelmarin lagi sibuk diperkatakan oleh beberapa lapisan masyarakat
yang cuba membuat penelahan apa yang akan terjadi
dengan sistem demokrasi di Malaysia ini.
Saya rasa penat mendengari berbagai pendapat dikalanganan kekawan, keluarga dan pendapat netizen di dalam UTube. Saya lebih suka
membaca / mendengari apa yang akan terjadi dengan merebaknya
Coronavirus ke seluruh dunia, termasuk Malaysia.
membaca / mendengari apa yang akan terjadi dengan merebaknya
Coronavirus ke seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Yang lebih membuat saya duduk terpegun ialah berita yang mengatakan
bahawa kerajaan Arab Saudi akan menetup buat sementara
Pintu Umrah ke Makah dan Madinah kerana wabak Coronavirus tidak dapat dibendung. Rasa tersedih juga.
Ia membuat saya berfikir berdebar-debar kerana hal ini tidak pernah
berlaku dalam sejarah modern Dunia.
Saya rasa amat insaf. Kekayaan dan kekuasaan politik belum bolih
memastikan Allah terima siapa yang boleh ziarah ke Makah dan Madinah.
memastikan Allah terima siapa yang boleh ziarah ke Makah dan Madinah.
Saya mula tertanya-tanya sendirian.
Adakah fenomena ini disebabkan Allah murka
kerana di Saudi sekarang ini pembangunan bandar raya nya sudah
Adakah fenomena ini disebabkan Allah murka
kerana di Saudi sekarang ini pembangunan bandar raya nya sudah
sama seperti yang ada di negara-negara maju di dunia luar sana.
Saya melihat dalam Utube adanya Konsert besar-besaran
seperti di Barat, Disco, tempat perjudian dan berbagai lagi
yang saya amat takut hendak menyebutnya.
Subhanallah.
Hanya Allah yang maha tahu dan hanya Allah yang maha menentukan.
Manusia tiada kuasa jika Allah tidak menghendaki.
Tetapi manusia harus berfikir tentang tujuan Allah mencipta manusia
di dunia ini dan manusia harus yakin dengan wahyu yang Allah
turunkan melalui Nabi Muhammad saw dan wajib mentaatinya.
Adanya Coronavirus hanyalah satu petanda sahaja pada hemah saya
supaya manusia muhasabah diri dan bertaubat dan
kembali pada KEBENARAN yang mutlak.
Semoga Allah kurnia saya umur yang bermunafaat, semoga sihat
dan masih dapat berusaha membantu ke arah kesejahteraan ummah.
Semoga bila samapai masanya nanti saya tidak menanggung
penyesalan kerana kesudahan hidup manusia tiada U Turn.
Mohon keampunan Mu ya Rabb....

No comments:
Post a Comment