"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, February 9, 2020

Masih rasa dendam......


A001

DENDAM.......alahai

Semoga saya dapat berkata  sesuatu mengenai satu penyakit hati yang jarang-jarang kita perkatakan. 

Manusia sering rasa berdendam jika rasa kemarahan atas sesuatu isu tidak dapat dilepaskan dari bekuan hati. Tetapi bukan semuanya manusia begitu. Ada yang mempunyai kesabaran dan berhemah tinggi dan mereka dapat mengatasi rasa kemarahan dengan mengalihkan perhatian ke sesuatu yang positif bagi dirinya dan bagi pihak yang lain. Ini sifat seperti "malaikat". Rasanya seperti begitu yang dapat saya katakan.

Jika bercerita mengenai "kesabaran" saya sering teringat dua orang cucu saya yang dilahirkan istimewa. Daya kesabaran mereka agak rendah berbanding anak-anak yang normal. Disebelah kiri ini saya simpan foto mereka semasa mereka berumur 6/7 tahun dan sedang dididik dan dilatih oleh seorang yang perofessional dalam pendidikan khas untuk anak-anak ini memahami perilaku yang normal dan dengan itu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang ada disekeliling mereka.


Alhamdulillah kini mereka sudah berumur 13 dan 15 tahun dan sudah banyak menunjukan perbezaan. Sudah jarang-jarang "mengamuk tunjuk perasaan". Semoga seterusnya menjadi "normal". Walau apa pun saya yakin apa jua yang Allah kurnia pasti ada hikmahnya. Kita hanya perlu bersabar jika ada keluarga yang demikian dan dengan siapa jua yang Allah tentukan demikian.

Sehubungan dengan sifat yang "sensitif" seperti ini saya ingin kongsiakan di sini sebuah pengalaman yang saya lalui mengenai rasa hati anak-anak semasa kecil, semasa remaja dan hingga dewasa yang merasai dirinya tidak puas hati dengan cara mereka dididik dan diurus oleh ibu bapa atau dewasa yang ditugasjkan menjaganya. Ada satu kes yang saya ada peluang memerhati di mana apabila ia dewasa ia masih menyimpan dendam tentang satu dua perkara yang ia berfahaman lain dari apa yang ia terima.


Saya memerhati fenomena ini dan membuat analisa sendiri dan saya berkeyakinan bahawa fenomena ini mungkin disebabkan kerana ia tiada talian darah dengan ibuyang mengasuh. Secara senyap-senyap ia "mengasingkan" diri tanpa disedari oleh mereka yang rapat disekelilingnya hingga ke satu hari yang mengejutkan. Hari itu saya dapati ia mengatakan bahawa ibu bapa yang menjaganya tidak benar-benar menyanginya kerana enggan menolongnya dalam menyelesaikan masaalah kewangan dalam perniagaannya. Ia amat mengejutkan tetapi tidak ada peluang untuk meredekan perselisihan faham ini. Tahap kemarahan dan kekecewaan amat tinggi dan diam itu menjadi lebih baik. 

Pagi ini pula saya diceritakan oleh seorang sahabat bahawa anak angkatnya yang diasuh dari bayi lagi kini tidak berapa ambil berat tentang kewujudannya dalam hidupnya. Ia tidak bertanya khabar pun walaupun berdekatan. Saya sering dengar cerita-cerita seperti ini. Agaknya sudah jadi lumrah hidup sekarang dimana manusia akan hanya menyibukan diri jika ia ada kepentingan atas sesuatu hal. Jika tidak maka hidup ini jadi nafsi-nafsi.

Entahlah.....Allahua'lam.

Cuma saya ingin menginsafi diri jika fenomena dendam dari siapa jua wujud dalah senario kehidupan sendiri. Dalam hidup ini macam-macam ujian yang Allah turunkan walaupun dalam hidup ini kita mahukan kebaikan dan kesejahteraan. 

Semoga ujian akan meningkatkan keimanan dan ketagwaan. Kita harus bersabar dan menahan kemarahan dan kekecewaan. Kita memohon doa semoga Alla kurnia kebaikan bagi semua yang berkaitan dengan hidup kita. Hanya Allah yang boleh mengubah hati manusia. Semoga Allah menerima doa-doa kita.

Di bawah ini ayat-ayat alQuran untuk kita sama-sama renungi.......

  
A134

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(A-li'Imraan 3:134


Rasulullah saw bersabda:


لَيْسَ الشَّدِيْدُ باِلصُّرْعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Orang-orang yang kuat bukan yang banyak mengalahkan orang denagan kekuatannya. Orang yang kuat hanyalah yang mampu menahan dirinya disaat marah. (tercicir rujukan).

A014
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(At-Taghaabun 64:14) |

Ayat di atas ini pula akan membuat kita rasa insaf, sayu dan lega kerana tiada masaalah yang lebih besar dari Keampunan Allah, dari Rahmatnya dan dari kasih sayangNya.

Sampai di sini dulu......



No comments:

Related Posts with Thumbnails