Sekarang ini kita sedang disibukan dengan masaalah menghadapi Wabak "Coronovirus" yang merebak dari negara China dan hampir keseluruh dunia, termasuk Malaysia. Berbagai pendapat dilontarkan tentang strategy membendung wabak ini. Kita boleh baca di carian google. Saya tidak becadang bicara mengenai itu. Cuma saya ingin membawa para pembaca blog ini sekelian untuk memikirkan apa yang Allah dalam AlQuran telah mengatakan mengenai keengkaran manusia mematuhi peraturanNya dan balasan yang Allah turunkan untuk memberi peluang manusia berfikir dan kembali pada jalan yang benar, kembali padaNYA.
Video di atas saya kongsikan semoga kita dapat membaca doa yang diajarkan oleh Ustaz untuk memohon Allah hindarkan kita dari wabak ini. Ada berbagai doa tetapi saya kongsikan yang mudah kerana saya suka yang mudah mengingat.
Antara penyebab Coronavirus ini menjankiti manusia ialah kerana manusia memakan daging-daging binatang liar yang Allah telah melarang akan perbuatan itu. Saya kongsikan di bawah ini apa yang saya difahamkan dalam pembacaan saya yang belum mendalam. Walaupun sedikit saya berharap semoga ia bermunafaat. Walau apa pun hanya Allah yang maha tahu apa yang ada disebalik Wabak ini. Allah maha bijaksana dan padaNYA kita memohon kesejahteraan buat semua.
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
(Al-Maaidah 5:88)
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Baqarah 2:173)
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Ar-Ruum 30:41) Sampai disini sahaja. Semoga apa yang saya kongsikan ini
memberi munafaat bersama.
No comments:
Post a Comment