"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, July 25, 2020

SAYA FIKIR SEMULA.....@Penaklukan Konstantinopel Belum Terjadi? �� Sheikh Imran Hosein



A001
Mohon ambil perhatian.

Perkongsian saya hari ini adalah untuk membetulkan fakta pemahan saya mengenai sejarah Hagia Sophia dalam penulisan saya sebelum ini bertarikh 24 Julai 2020.

Saya sebagai seorang yang tidak banyak Ilmu alQuran dan Hadith sememangnya bolih tersilap fahaman. Sila ikuti Video di atas yang mengatakan keputusan Negara Turkey dan fahaman dunia hari ini tidak tepat bahawa semalam berlaku sejarah besar apabila Hagia Sophia dikembalikan jadi Masjid. Saya kira ia bermaksud 'silap'.

Sila ikuti dan kita berdoa Allah tunjuki yang sebenarnya. Dalam umur saya sekarang (74 tahun) Peperangan  Malhamah yang besar itu (yang disebut dalam video di atas) rasanya saya tidak dapat menyaksikannya untuk tahu Tafsiran yang mana yang tepat dan betul.

Subhanallah.......
Maha Suci Allah.
Kebenaran hanya ada padaNYA.
Semoga Allah ampunkan segala kesilapan.
Allah yang maha Pengampun, Mengetahui dan maha Bijaksana.


Friday, July 24, 2020

Detik Sejarah dalam hidup kini.....@ LIVE from Hagia Sophia.



A001
Alhamdulillah.
Hari ini dalam sejarah amat bermakna buat saya dan saya yakin buat Umat Islam khususnya.
Saya kongsikan Detik Sejarah ini semoga menjadi pendorong kuat semangat perjuangan.


(sedikit nota kaki: Foto di atas ada kesilapan semasa saya "share" dan tajuknya jadi lain sedikit....bukan education tetapai mengenai Hagia Sophia. Maaf dan sila ambil maklum).



Thursday, July 23, 2020

Salam Zulhijjah....buat perkongsian



A001
Perkongsian di bulan Zulhijjah.....
Semoga bermunafaat sekarang dan seterusnya.
Mohon Maaf....



Tuesday, July 21, 2020

Bermenungan suatu petang........


Fenomena petang yang nyaman.....

A001
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Al-Faatihah 1:1) |

A002
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
(Al-Faatihah 1:2) |

A003
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Al-Faatihah 1:3) |




Dalam umur kini saya merasakan waktu berlalu teramat laju.



Suatu petang saya duduk sesaja/bersahaja di bilik komputer saya,
 tidak tahu bagaimana mahu melayani fikiran...
Saya teringat Ustaz Ebit Lew selalu berkata bahawa apa jua yang berlaku pada 
kita dan kita tidak rasa selesa dan nyaman maka itu adalah kerana 
Allah mahu menyatakan Allah sayang pada kita.
Sangat cantik peringatan itu.
Rasa lega dan senyum sendirian....
Ayat-ayat di atas pembukaan AlQuran mengatakan betapa
 Allah itu maha Kasih Sayang.
Amat yakin dan meyakinkan......

Pada pagi hari itu entah bagaimana bermula, saya ceritakan pada suami saya 
riwayat hidup saya semasa kecil hingga tamat sekolah.
Mungkin pada malam sebelumnya saya teringatkan Emak 
dan rasa amat rindu padanya. Saya jarang teringatkan bapak sebab
 bapak meningal saya berumur 16 tahun dan pengalaman hidup tidak
 serapat saya dengan emak saya.
Emak meninggal pada tahun 2004 dan saya berumur 57 tahun.
Umur Emak mungkin sekitar 95 tahun.

Waktu itu saya baru bersara dari perkhidmatan kerajaan.
Rasa belum puas hidup bersama emak 24 jam setiap hari kerana
 dalam persaraan
 Emak tinggal dengan saya sepenuh masa.
Sebelum itu dua orang kakak saya yang menjaganya di kampung
setelah kakak tertua saya meninggal dunia. 
Dia yang banyak sekali menjaga Emak saya.

Pagi itu saya cerita pada suami apa yang belum saya cerita 
selama saya berumah tangga dengannya.....( kerana terlalu 
sibuk dengan kehidupan.)
Saya anak bongsu dan pastinya perhatian terbanyak buat saya 
dari semua keluarga. Ini satu keistimewaan yang hanya kini
 saya benar-benar dapat memahami hakikat pertalian Ibu dan anak bongsu.
Ini pengalaman buat saya dan mungkin tidak sama buat orang lain.
Saya ada 6 orang kakak dan seorang abang. Saya sentiasa dimanjakan.......
Rasa sayu mengingatinya.....
Sekarang hanya 2 orang kakak yang nasih ada.
Seorang 80 tahun dan seorang lagi 84 tahun.
Alahamdulillah keduanya Allah masih kurnia kederat untuk
 mengurus diri harian.

Pada petang itu saya menerima whatsapp dari seorang teman yang
 membawa sebuah bicara mengaenai apa yang harus dibuat oleh
 mereka yang berumur lebih 60 tahun.
Mesej seperti itu saya sering terima dari kekawan,
 sahabat dan keluarga dekat.

Saya setuju pada dasarnya apa yang diperkatakan. Cuma ada yang
 menasihatkan supaya dalam umur ini kita jangan susah payah dan
 pening kepala risau tentang cucu
sebab mereka ada ayah ibunya yang harus mengendalikan mereka.
Kita sudah penat dan sekaranglah masanya untuk rehat dan 
berbuat apa yang kita suka dan apa yang di tuntut sebagai bekalan 
untuk pulang ke alam yang kekal selamanya.

Buat saya tanggong jawab atas cucu masih tanggongjawab kita juga.
Saya rasa begitu kerana saya rasa amat peduli apa yang berlaku 
disekeliling kita hinggalah kita tidak berdaya lagi. 
Umur bukan penentuan akhirnya tugas kita buat ummah dan
 cucu adalah mereka yang terdekat.
 Saya bukan pandai tetapi naluri saya begitu.
Saya suka ambil tahu kerana maslahah anak cucu perlu perhatian kita.
Semoga fikiran saya ini betul kerana Allah jadikan kita Khalifah dan
 tugas Khalifah amat luas dan tamat hanya diakhir hayat kita.
Kita ambil tahu semua sekadar yang termampu dan berbagi rezeki apa jua
walaupun kita sendiri rasa kesempitan.
Ustaz kata: Bebagilah rezeki sampai kita kaya dan jangan tunggu kaya
 baru ingin berbagi rezeki. Rezeki dan semuanya sebenarnya
 adalah milik Allah yang diamanahkan pada kita.

Alhamdulillah, petang itu petang yang bahagia walaupun terselit juga rasa khuatir
bagaimana kesudahan semuanya nanti.
Mudah kita mendengari nasihat supaya serah semuanya pada Allah.
Betul..... tetapi hadith mengatakan tambatlah tali unta itu
 sebaiknya sebelum kita lepaskan dari tangan kita.
Masih rasa kekhuatiran kalau-kalau ikatan unta itu tidak cukup rapi.

Setiap detik amat berharga. Di umur kini, ia amat terasa.
 Amat bersyukur Allah kurnia umur untuk dapat membezakan nilai-nilai
 yang kita hayati dahulu dan sekarang.
Semoga Allah kurnia taufiq hidayah untuk memberbaiki diri.
Hidup diumur tua adalah nikmat kalau kita menyedari hakikat bahawa 
diumur inilah kita harus gunakan setiap saat untuk menghayati
kebertanggongan-jawaban kita pada yang maha Pencipta. 
Saya rasa tidak terdaya untuk berbuat semuanya.
Hanya mampu memohon keampunan atas segala kesalan yang mustahil
hilang tanpa Belas Kasihan Allah dan Kasih SayangNya pada kita.
Mohon keampunan yang tidak terhingga.

Manusia sering silap mengukur Iman didada.
Dahulu kita pandai tetapi kita rata-rata tidak bijaksana. Dahulu kita menggunakan
 akal-fikiran bermegah kerana kelulusan akademik berjela-jela.
Kita kurang memahami hakikat bahawa
Jahil atau lupa, jika Allah tidak Izin manusia tiada harga...
Tidak ada kepintaran dan tidak ada kuasa apa jua.

Kita lupa akan janji dan persaksian yang kita buat dialam sebelum kita 
dilahirkan ke dunia. Allah bertanya:

A172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Mari sama-sama kita beristighfar dan ingat akan asal-usul dan janji-janji kita pada 
yang Maha Esa, Maha Pencipta, dan Rabb Alam Semesta.
Maka jangan kita heran diri...
Kita hanya mahu Allah iktiraf kita ini HambaNya.
Kita mahu pulang kepangkuanNya dengan limpah RahmatNya yang
tidak terhingga.

A027
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -


A028
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -


A029
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -


A030
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

Salam hingga kita jumpa lagi, insha Allah.




Thursday, July 16, 2020

Mengapa sentiasa rasa khuatir.......


A001








Di kawasan perumahan saya sinar matahari terbit sentiasa indah. Saya menikmati keindahan kurniaan Allah. Alhamdulillah.........

Namun di hati masih ada rasa khuatir.....
Khuatir tidak dapat menghadapi ujian hidup sewajarnya...
Khuatir di akhir hayat Allah tidak kurnia ketenangan.....
Khuatir belum dapat menyelesaikan hutang piutang dan garis penamat dalam hidup sudah sampai......
Khuatir tidak sihat dan tidak  dapat mengurus diri tanpa banyak pertolongan hingga ke akhir hayat.....

Banyak lagi yang saya khuatirkan.
Belum lagi hal-hal yang sekarang ini saya sudah rasa penyesalan kerana tidak lakukan apa yang seharusnya telah saya lakukan.

Saya sudah rasa menyesal kerana tidak peka  sewajarnya mengenai hal-hal kejiranan dan masyarakat semasa muda dahulu. Saya amat kurang membuat kerja-kerja kebajikan luar.
Bukan sahaja pada sesama manusia tetapi saya rasa amat menyesal juga tidak membawa kucing-kucing gelandangan yang dahulu berkeliaran diperumahan saya di Petaling Jaya. Kini saya tinggal di Putrajaya atas kehendak adik-adik suami saya kerana mudah menjaga abangnya (suami saya) yang kini sudah banyak kurang keupayaan. Di Putrajaya tidak ada kucing terbiar di kawasan perumahan saya. Semoga Allah tidak kira saya menzalimi binatang.......

Apa lagi?........tanya seorang teman bila sesekali dapat "bersembang".....

Selalunya saya diam senyum sahaja. Tidak dapat saya katakan semuanya kerana ada yang menjadi Rahsia Hati yang kita hanya mahu Allah sahaja yang tahu akannya. Cuma saya  berdoa semoga di alam Barzah nanti saya tidak ada penyesalan seperti yang Ustaz ingatkan dalam tafsir surah At Taghabun (alQuran 64). Manusia banyak penyesalan.

Kalau di fikir-fikir banyak hal yang saya khuatir. 

Sekarang ini kemelut politik di Malaysia pun sudah cukup buat saya khuatir bukan sahaja buat diri sendiri tetapi untuk anak cucu juga. Di luar dunia sana pun kemelut politik makin menjadi-jadi. Bukan sahaja antara negara-negara Islam tetapi juga antara Islam dan bukan Islam dan antara yang bukan Islam pun. Semua mahu berkuasa mutlak di dunia ini. Kalau kita ikuti cerita negara China cuba "membohongi" dunia tentang kezaliman mereka, kita akan rasa takut. Semoga ketakutan itu membuat kita insaf betapa kita sebagai manusia yang Allah jadikan setiap kita sebagai "khalifahnya" belum dapat kita sempurnakan sepenuhnya. Antaranya kerana kita tidak cukup sibuk menimba Ilmu, tidak cukup memahami sepenuhnya Ilmu yang ada dan kalau tahu pun kita tidak cukup komitmen untuk melaksanakannya. Kita sekadar melihat kezaliman atas umat Islam di India, di Amerika di China di Palestine dan yang lain lagi yang kita tidak sedar. Kita tidak cukup memohon ampun atas kelemahan kita dan amat kurang berdoa semoga Allah kurnia pertolongan dan kesejahteraan atas mereka ini. Semoga kita dapat ingatkan diri kita supaya jangan sibuk berhibur, sibuk bermewah-mewah. Semoga kita dapat gunakan semua yang Allah kurnia sebagai amanah dan kita gunakan untuk maslahah kemanusia dimana jua.

Ini yang saya khuatirkan buat diri saya. Dalam umur yang sudah tinggal sedikit ini banyak lagi yang belum dapat saya sempurnakan dan saya khuatir Allah tidak mengiktiraf saya sebagai hambanya yang sejati. Mohon ampun ya Rabb.....

Dalam saya berfikir-fikir dan cuba berbuat sesuatu mencari redha Allah, terdapat cerita-cerita betapa dunia kita ini sudah banyak menghadapi musibah keruntuhan bumi  yang berbagai rupa di sana sini. Sudah banyak Allah tunjuk gempa bumi, letupan gunung berapai, hujan lebat berterusan dan banjir yang diluar jangkaan kita, cuaca dunia yang sudah tidak seperti yang dijangka dan berbagai lagi. Wabak virus yang kita sedang lalui ini pun sudah cukup membuat saya khuatir. Belum lagi deserang makhluk perosak tanaman seperti belalang dan sebagainya. Ramai para ulamak yang mentafsir kita sudah hampir sangat dengan Akhir Zaman. Tetapi kita masi belum percaya hakikat ini.( still in self denial) mengenai fakta ini dan masih sibuk tanpa memikirkan persiapan apa yang kita harus lakukan di detik-detik Akhir Zaman ini. Ada Ustaz kata kalau pun belum sampai Akhir Zaman, umur kia bila-bila masa sahaja Allah boleh tamatkan mengikut Perancangan dan KebijaksanaanNYA. Maka kita diingatkan untuk hidup berwaspada dan membuat persediann untuk kembali kealam yang kekal. Semoga tidak ada penyesalan......

Cukuplah samapai di sini. Saya amat khuatir memikirkannya. Malahan saya amat takut.....

Tetapi apakan daya.....
Saya nak sambung sikit lagi fikir-fikir saya ini.
Saya bukan mahir, langsung tidak mahir hal-hal artificial intelligence. Baru sekejap tadi terlihat video on USA nak Ban (haramkan) Tik Tok. Sebelum ini sudah sibuk dengan isu 5G dalam membincangkan AI dimana kalau disalah guna macam-macam boleh berlaku dari segi keselamatan individu. Kalau diolah masuk vaksin pun lagi parah kesannya. (Carilah sendiri maklumat lanjut. Kita harus tahu walaupun sedikit.....)

Belum tuntas di fikiran mengenai isu ini sekarang naik pula kontrovesi  mengenai soal menjadikan Hagia Sophia balik semula menjadi masjid. Ada Ilmuan Islam yang tidak setuju. Ini buat saya tercengang-cengang buat masa ini.

Nanti kita cerita berasingan..... 
Saya nak berhenti berfikir sejenak sekarang ini. Maaf dan insyaAllah jumpa lagi.
Semoga saya dapat mengawal cara yang betul dan mententeramkan "rasa khuatir" ini.
Mohon doa dan Salam.


Monday, July 13, 2020

Rasa teruja dengan nama Quraish Shihab.....



A001
Lebih 10 tahun dahulu saya belajar sedikit mengenai memahami alQuran secara Harfiah. Lebih kurang dalam tahun 2007 saya berhenti tetapi tidak tamat secara khusus. (tidak khatam). Suatu yang saya agak kesali hingga kini.....

Semasa itu antara rujukan tafsir alQuran yang Ustazah saya perakukan ialah hasil Terjemahan alQuran karangan Shaikh Quraish Shihab. Beliau pernah menjadi Menteri Agama Indonesia di zaman President Suharto. (Lihat Encycopedia Indonesia untuk maklumat lanjut).

Saya suka mengikuti bicara beliau. Kini beliau berusia 76 tahun.

Maka saya kongsikan video diatas mengenai konsep kasih sayang dalam Islam. 
Jom ikuti sebagai Ilmu tambahan kerana subject ini banyak juga dibicarakan oleh Ulamak ternama yang lain.Bicara di sini mudah difahami dan amat berkesan buat saya.Semoga begitu buat kita semua.

Salam semua dan semoga bermunafaat......



Friday, July 10, 2020

Sihir yang bermula dari hayalan minda.....



A001
Kebelakangan ini saya suka mendengari hal-hal berkaitan sihir. Dahulu semasa muda saya mendengari cerita dari mulut ke mulut hal-hal penyembunyian anak-anak kecil oleh 'Hantu Raya'. Hebuh cerita dikalangan jiran-jiran kampung saya. Waktu itu cerita sihir kita hanya dengari melalui mereka yang mengenali ustaz-ustaz yang berilmu agama yang dikira pandai juga menyembuhkan pesakit yang di ganggu Hantu Raya.Semua itu sebenarya adalah Jin dan Syaitan.

Kemudian ilmu saya meningkat sedikit (alhamdulillah) mengenai Jin dan Iblis dan Syaitan bila belajar sedikit tafsir alQuran yang berkaitan penciptaan manusia oleh Allah. Peranan Iblis makin saya belajar makin saya mengerti bahawa merekalah yang sebenarnya memporakperandakan dunia dahulu dan sekarang hinggalah hari Qiamat.

Cerita betapa bahayanya pengaruh makhluk durjana ini kita tidak akan tahu tanpa mendengarinya dari mereka yang mengaji dalam hal ini. Di Malaysia sudah ramai bijak pandai yang beriman dan bertaqwa yang kita boleh rujuk mengenai makhluk ini. 

Sehubungan ini suka saya katakan bahawa seperti ilmu lain yang rumit-rumit termasuk sains dan teknology, memahami pengaruh jin dan iblis ini sememangnya memakan masa.

Tetapi saya ambil jalan mudah. Belajar sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Tujuan saya cuba berlajar adalah untuk mengetahui bagaimana mahu melindungi diri. Dalam alQuran pun ada Surah Al Jinn. Kita harus tahu sedikit sebanyak supaya tidak tergelincir dan tertipu.

Maka dengan itu suka saya kongsikan Video di atas semoga ia menjadi sebahagian dari usaha kita untuk memahai  sihir yang dikuasi oleh makhluk durjana ini. Tetapi kekuasaan mereka tidak mutlak. Allah yang maha Berkuasa.Yakin akan hakikat itu barulah kita boleh mengatasi tipu helah mereka.

Jom ikuti......
Ini semua ada kaitannya dengan fakta akhir zaman, termasuk hakikat bahawa Dajjal akan turun dan mahu menguasi manusia supaya engkar pada Allah swt.

Jangan susah hati kalau kita rasa masa buat kita terlalu singkat dan mungkin tidak tercapai untuk memahami semua. Tidak mengapa. Kita ikuti satu-satu dan kita boleh belajar secara tebuk-tebuk. Semoga Allah nanti kurnia taufik dan hiayahNYA dan kita bolih memahami secukupnya untuk mempertahankan diri sendiri dan juga keluarga dan kemudian masyarakat dan seterusnya. Semoga Allah izin.

Jom kita ikuti..........



Tuesday, July 7, 2020

Kita dengari dulu pendapat ini, jangan nanti di akhir hayat jadi Penyesalan......



A001
Mudah sangat menyebut masa kini ialah fasa Akhir Zaman dalam hidup kita. Kalau kita muda dan kurang ambil peduli mengenai hal-hal Politik Dunia dan hal-hal Kebajikan manusia sejagat kita tidak akan dapat memahami apa yang ada disebalik kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling kita, di Malaysia dan di Luar sana. 

Jom kita buka minda dan kita dengari apa yang diperkatakan dalam video di atas ini. Kalau tidak faham sekali lalu pun tidak mengapa. Kita dengari dulu. Subject ini memerlukan banyak pembacaan dan pendengaran semoga Minda dan Hati kita dengan Izin Allah dapat memahami apa yang sebenarnya berlaku sejak Nabi Adam AlaihiSalam di ciptakan hinggalah hari ini.

Kita fahami satu persatu dan sedikit demi sedikit. Kita ikuti secara santai supaya mudah faham. Dahulu pun saya amat tidak memahami peranan Iblis dalam kehidupan manusia sejagat. Kini barulah saya fahami  betapa kuatnya Iblis cuba menyesatkan manusia supaya mengengkari Kewujudan Allah dan Kekuasaan Allah. Iblis tidak mahu manusia menghuni Syurga. Tetapi manusia yang beriman bertaqwa pasti Iblis tidak dapat berbuat apa-apa. Itu janji Allah swt jua. Kita mohon Allah kuatkan Hati supaya Iblis duduk tepi.

Jom kita mula. Cara penyampaian dalam video ini mungkin agak "loud/lantang" sedikit. Kita bersabar mendengarinya. Kita ambil iktibar. Semoga Allah mengurnia Taufiq dan HidayahNya buat kita semua. Semoga Allah pelihara kita dari Fitnah Akhir Zaman. Semoga kita sejahtera di dunia dan di Akhirat. Aamiin......


Sunday, July 5, 2020

Berfikiran dan beranggapan yang bukan-bukan ?.......


A001
Kebelakangan ini saya rasa seperti ada sesuatu yang tidak beres dalam pemikiran saya. Tidak beres dalam rasa dihati yang dan berfikiran bolak balik. Saya di ajar mohon pada Allah yang doanya ramai yang sudah tahu.


Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;
ÙŠَا Ù…ُÙ‚َÙ„ِّبَ الْÙ‚ُÙ„ُوبِ Ø«َبِّتْ Ù‚َÙ„ْبِÙŠ عَÙ„َÙ‰ دِينِÙƒَ
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
Dalam riwayat Ibn Majah pula: Dan Rasulullah SAW berdoa:
ÙŠَا Ù…ُØ«َبِّتَ الْÙ‚ُÙ„ُوبِ Ø«َبِّتْ Ù‚ُÙ„ُوبَÙ†َا عَÙ„َÙ‰ دِينِÙƒَ
"Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu."


Kata Ustaz diri kita adalah seperti sepohon pokok.
Akarnya Ibarat Iman kita. Akar tunjang terkuat sekali. Batangnya adalah
amalan kita dan buahnya adalah apa yang kita bolih
 kongsikan dengan orang lain.
Kalau Iman tidak kuat maka kebarangkalian suka berbahagi rezeki 
juga tidak kuat. Ustaz kata barbahagilah rezeki.
 Makin banyak kita memberi makin
banyak pula kita menerima. Yakin ini janji Allah.

Cuma kebelakangan ini ada teman mengadu bermasaalah. 
Timbullah isu kita harus solat Istiharah untuk memantapkan hati 
pilihan penyelesaian yang macam mana yang terbaik.

Solat Istiharah adalah amalan Sunnah. Cuma kita manusia biasa mungkin
 tidak dapat berapa tepat dalam mentafsir apa-apa tanda yang Allah kurnia
sebagai panduan setelah Solat Istiharah. 
Yang agak bahaya buat fahaman saya ialah jika seseorang itu sudah
 membuat keputusan buat dirinya dan ia Solat hanya sebagai "syarat"
 biasa sahaja supaya pihak yang sama menghadapi masaalah tidak menempelak dan menyalahkan keputusannya.

Apabila saya fikir-fikir saya khuatir perasaan atas kefahaman saya ini
 tidak betul dan saya rasa takut menasihati teman saya apa langkah terbaik untuk penyelesaian masaalahnya.
Saya berfikiran yang bukan-bukan dan seperti menaruh "curiga"
atas siapa jua yang menggunakan Solat Istiharah sebagai "senjata" buat
mempertahankan diri. Isu keikhlasan amat sukar untuk
diyakini kerana kita semua adalah manusia biasa.
Hanya Allah yang maha Mengetahui. Maka saya katakan pada teman saya ini untuk banyak bersabar dan kita serah bulat pada Allah Tiada apa yang akan dan boleh berlaku tanpa IzinNYA. Makata tawakal dan mohon yang terbaik buat kita disisiNYA.
Semoga kita akan berpuashati dan bahagia menerima apa saja ujian 
kerana Allah hanya Uji mereka yang Allah sayang dan Allah maha Mengetahui bahawa kita mampu menghadai masaalah itu.
Saya mohon maaf pada teman saya keran tiada upaya menolongnya.
Hanya doa yang dapat dipanjatkan semoga kita redha apa jua ketentuan Allah dan semoga Allah Redha buat kita. Aamiin ya Rabb.....




Semoga hati-hati kita sentiasa ceria apa jua laluan
 yang Allah tentukan buat kita.
Ceria ibarat dedaun yang menghijau dan mententeramkan hati-hati
yang gundah gulana.
Aamiin.....


Saturday, July 4, 2020

Sekadar ketagih sembang ......

A001

Mata hari baru mula menyinsing. Saya baru mahu ambil angin pagi
 dan berjalan cepat demi kesihatan.
 Maka saya pendekan program, balik rumah untuk
 persediaan kekawan sekolah suami saya dahulu yang akan  datang ziarah
 untuk early lunch di rumah saya.
Sudah lama ia dirancang dan hanya dapat dibuat baru-baru ini sesudah PKPP.
Saya tidak bersedia banyak kerana saya katakan pada suami kita beli sahaja nasi Arab dari kedai makan berdekatan di Ayer8, Putrajaya.
Kekawan ini tidak datang serentak dan akhirnya makan jam12.30 tengah hari.
Saya tidak masuk bercerita kerana saya tidak dari sekolah yang sama.
Mereka dari Sekolah Menengah di Sungai Petani.
Mereka ditingkatan lima sains tahun 1966.


Sebenarnya mereka ketagih bersembang yang amat sangat kesan dari PKP
akibat kovid 19. Saya pula tidak begitu  kerana kegemaran saya berlainan.
Bila umur meningkat  fakta kekawan amat mengambil peranan penting.
 Subject sembang tidak sama seperti orang muda.
 Saya hanya senyum mendengari
kisah masing-masing dahulu dan sekarang.
 Siapa yang masih muda tidak mudah faham karenah warga tua. 
Diumur ini mereka suka bercerita semasa di sekolah dahulu, 
semasa dimarahi guru dan semasa mula-mula mengenali kawan sekelas yang
cantik rupawan. Mereka tidak bercerita menganai kerjaya mereka.
 Saya terus senyum sahaja di celah-celah gelak ketawa mereka....

Kami makan dan bersembang hingga pukul 3 petang dan berhenti kerana
 menyedari sudah terlalu lewat untuk solat Dzohor.
Selepas solat sambung lagi dengan minum kopi panas dan sedikit kuih muih.
Ada yang tidak daya untuk terus sembang dan masa pun hampir waktu Asar.
Maka berhentilah bersembang, ambil foto kenangan.
Hingga bertemu lagi....insyaAllah, mereka pamit pulang.


Hingga Allah izin bertemu lagi.......



Wednesday, July 1, 2020

Pentingnya Ibu dalam usaha menghapus dosa......



A001
Amat berat dosa yang kita tanggung jika dalam hidup ini kita abaikan Ibu kita. Mudahnya dosa terhapus jika dalam hidup ini kita sentiasa ambil peduli atas Ibu kita. Kita sayang Ibu kita tanpa mengira sama ada Ibu sayang pada kita. 

Setiap kali saya mendengari betapa pentingnya Ibu dalam hidup kita, saya terus menyesali diri takut kalau-kalau Allah masih belum mengiktiraf saya bahawa saya sayang padanya dan telah sempurna tindakan saya dalam mengambil peduli tentang kesejahteraannya.Saya hanya mampu sentiasa memohon ampun untuknya. Semoga Allah memuliakan Ibu di sisiNYA.

Jom kita ikuti ceramah Ustaz Adi Hidayat .........
Amat bermunafaat buat kita semua.



Related Posts with Thumbnails