Fenomena petang yang nyaman.....
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Al-Faatihah 1:1) |
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
(Al-Faatihah 1:2) |
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Al-Faatihah 1:3) |
(Al-Faatihah 1:3) |
Dalam umur kini saya merasakan waktu berlalu teramat laju.
Suatu petang saya duduk sesaja/bersahaja di bilik komputer saya,
tidak tahu bagaimana mahu melayani fikiran...
Saya teringat Ustaz Ebit Lew selalu berkata bahawa apa jua yang berlaku pada
kita dan kita tidak rasa selesa dan nyaman maka itu adalah kerana
Allah mahu menyatakan Allah sayang pada kita.
Sangat cantik peringatan itu.
Rasa lega dan senyum sendirian....
Ayat-ayat di atas pembukaan AlQuran mengatakan betapa
Allah itu maha Kasih Sayang.
Amat yakin dan meyakinkan......
Pada pagi hari itu entah bagaimana bermula, saya ceritakan pada suami saya
riwayat hidup saya semasa kecil hingga tamat sekolah.
Mungkin pada malam sebelumnya saya teringatkan Emak
dan rasa amat rindu padanya. Saya jarang teringatkan bapak sebab
bapak meningal saya berumur 16 tahun dan pengalaman hidup tidak
serapat saya dengan emak saya.
Emak meninggal pada tahun 2004 dan saya berumur 57 tahun.
Umur Emak mungkin sekitar 95 tahun.
Waktu itu saya baru bersara dari perkhidmatan kerajaan.
Rasa belum puas hidup bersama emak 24 jam setiap hari kerana
dalam persaraan
Emak tinggal dengan saya sepenuh masa.
Sebelum itu dua orang kakak saya yang menjaganya di kampung
setelah kakak tertua saya meninggal dunia.
Dia yang banyak sekali menjaga Emak saya.
Pagi itu saya cerita pada suami apa yang belum saya cerita
selama saya berumah tangga dengannya.....( kerana terlalu
sibuk dengan kehidupan.)
Saya anak bongsu dan pastinya perhatian terbanyak buat saya
dari semua keluarga. Ini satu keistimewaan yang hanya kini
saya benar-benar dapat memahami hakikat pertalian Ibu dan anak bongsu.
Ini pengalaman buat saya dan mungkin tidak sama buat orang lain.
Saya ada 6 orang kakak dan seorang abang. Saya sentiasa dimanjakan.......
Rasa sayu mengingatinya.....
Sekarang hanya 2 orang kakak yang nasih ada.
Seorang 80 tahun dan seorang lagi 84 tahun.
Alahamdulillah keduanya Allah masih kurnia kederat untuk
mengurus diri harian.
Pada petang itu saya menerima whatsapp dari seorang teman yang
membawa sebuah bicara mengaenai apa yang harus dibuat oleh
mereka yang berumur lebih 60 tahun.
Mesej seperti itu saya sering terima dari kekawan,
sahabat dan keluarga dekat.
Saya setuju pada dasarnya apa yang diperkatakan. Cuma ada yang
menasihatkan supaya dalam umur ini kita jangan susah payah dan
pening kepala risau tentang cucu
sebab mereka ada ayah ibunya yang harus mengendalikan mereka.
Kita sudah penat dan sekaranglah masanya untuk rehat dan
berbuat apa yang kita suka dan apa yang di tuntut sebagai bekalan
untuk pulang ke alam yang kekal selamanya.
Buat saya tanggong jawab atas cucu masih tanggongjawab kita juga.
Saya rasa begitu kerana saya rasa amat peduli apa yang berlaku
disekeliling kita hinggalah kita tidak berdaya lagi.
Umur bukan penentuan akhirnya tugas kita buat ummah dan
cucu adalah mereka yang terdekat.
Saya bukan pandai tetapi naluri saya begitu.
Saya suka ambil tahu kerana maslahah anak cucu perlu perhatian kita.
Semoga fikiran saya ini betul kerana Allah jadikan kita Khalifah dan
tugas Khalifah amat luas dan tamat hanya diakhir hayat kita.
Kita ambil tahu semua sekadar yang termampu dan berbagi rezeki apa jua
walaupun kita sendiri rasa kesempitan.
Ustaz kata: Bebagilah rezeki sampai kita kaya dan jangan tunggu kaya
baru ingin berbagi rezeki. Rezeki dan semuanya sebenarnya
adalah milik Allah yang diamanahkan pada kita.
Alhamdulillah, petang itu petang yang bahagia walaupun terselit juga rasa khuatir
bagaimana kesudahan semuanya nanti.
Mudah kita mendengari nasihat supaya serah semuanya pada Allah.
Betul..... tetapi hadith mengatakan tambatlah tali unta itu
sebaiknya sebelum kita lepaskan dari tangan kita.
Masih rasa kekhuatiran kalau-kalau ikatan unta itu tidak cukup rapi.
Setiap detik amat berharga. Di umur kini, ia amat terasa.
Amat bersyukur Allah kurnia umur untuk dapat membezakan nilai-nilai
yang kita hayati dahulu dan sekarang.
Semoga Allah kurnia taufiq hidayah untuk memberbaiki diri.
Hidup diumur tua adalah nikmat kalau kita menyedari hakikat bahawa
diumur inilah kita harus gunakan setiap saat untuk menghayati
kebertanggongan-jawaban kita pada yang maha Pencipta.
Saya rasa tidak terdaya untuk berbuat semuanya.
Hanya mampu memohon keampunan atas segala kesalan yang mustahil
hilang tanpa Belas Kasihan Allah dan Kasih SayangNya pada kita.
Mohon keampunan yang tidak terhingga.
Manusia sering silap mengukur Iman didada.
Dahulu kita pandai tetapi kita rata-rata tidak bijaksana. Dahulu kita menggunakan
akal-fikiran bermegah kerana kelulusan akademik berjela-jela.
Kita kurang memahami hakikat bahawa
Jahil atau lupa, jika Allah tidak Izin manusia tiada harga...
Tidak ada kepintaran dan tidak ada kuasa apa jua.
Kita lupa akan janji dan persaksian yang kita buat dialam sebelum kita
dilahirkan ke dunia. Allah bertanya:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Al-A'raaf 7:172) |
Mari sama-sama kita beristighfar dan ingat akan asal-usul dan janji-janji kita pada
yang Maha Esa, Maha Pencipta, dan Rabb Alam Semesta.
Maka jangan kita heran diri...
Kita hanya mahu Allah iktiraf kita ini HambaNya.
Kita mahu pulang kepangkuanNya dengan limpah RahmatNya yang
tidak terhingga.
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
(Al-Fajr 89:27) |
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
(Al-Fajr 89:29) |
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
Salam hingga kita jumpa lagi, insha Allah.
No comments:
Post a Comment