"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, July 5, 2020

Berfikiran dan beranggapan yang bukan-bukan ?.......


A001
Kebelakangan ini saya rasa seperti ada sesuatu yang tidak beres dalam pemikiran saya. Tidak beres dalam rasa dihati yang dan berfikiran bolak balik. Saya di ajar mohon pada Allah yang doanya ramai yang sudah tahu.


Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
Dalam riwayat Ibn Majah pula: Dan Rasulullah SAW berdoa:
يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ
"Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu."


Kata Ustaz diri kita adalah seperti sepohon pokok.
Akarnya Ibarat Iman kita. Akar tunjang terkuat sekali. Batangnya adalah
amalan kita dan buahnya adalah apa yang kita bolih
 kongsikan dengan orang lain.
Kalau Iman tidak kuat maka kebarangkalian suka berbahagi rezeki 
juga tidak kuat. Ustaz kata barbahagilah rezeki.
 Makin banyak kita memberi makin
banyak pula kita menerima. Yakin ini janji Allah.

Cuma kebelakangan ini ada teman mengadu bermasaalah. 
Timbullah isu kita harus solat Istiharah untuk memantapkan hati 
pilihan penyelesaian yang macam mana yang terbaik.

Solat Istiharah adalah amalan Sunnah. Cuma kita manusia biasa mungkin
 tidak dapat berapa tepat dalam mentafsir apa-apa tanda yang Allah kurnia
sebagai panduan setelah Solat Istiharah. 
Yang agak bahaya buat fahaman saya ialah jika seseorang itu sudah
 membuat keputusan buat dirinya dan ia Solat hanya sebagai "syarat"
 biasa sahaja supaya pihak yang sama menghadapi masaalah tidak menempelak dan menyalahkan keputusannya.

Apabila saya fikir-fikir saya khuatir perasaan atas kefahaman saya ini
 tidak betul dan saya rasa takut menasihati teman saya apa langkah terbaik untuk penyelesaian masaalahnya.
Saya berfikiran yang bukan-bukan dan seperti menaruh "curiga"
atas siapa jua yang menggunakan Solat Istiharah sebagai "senjata" buat
mempertahankan diri. Isu keikhlasan amat sukar untuk
diyakini kerana kita semua adalah manusia biasa.
Hanya Allah yang maha Mengetahui. Maka saya katakan pada teman saya ini untuk banyak bersabar dan kita serah bulat pada Allah Tiada apa yang akan dan boleh berlaku tanpa IzinNYA. Makata tawakal dan mohon yang terbaik buat kita disisiNYA.
Semoga kita akan berpuashati dan bahagia menerima apa saja ujian 
kerana Allah hanya Uji mereka yang Allah sayang dan Allah maha Mengetahui bahawa kita mampu menghadai masaalah itu.
Saya mohon maaf pada teman saya keran tiada upaya menolongnya.
Hanya doa yang dapat dipanjatkan semoga kita redha apa jua ketentuan Allah dan semoga Allah Redha buat kita. Aamiin ya Rabb.....




Semoga hati-hati kita sentiasa ceria apa jua laluan
 yang Allah tentukan buat kita.
Ceria ibarat dedaun yang menghijau dan mententeramkan hati-hati
yang gundah gulana.
Aamiin.....


No comments:

Related Posts with Thumbnails