"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Tuesday, July 7, 2020
Kita dengari dulu pendapat ini, jangan nanti di akhir hayat jadi Penyesalan......
Mudah sangat menyebut masa kini ialah fasa Akhir Zaman dalam hidup kita. Kalau kita muda dan kurang ambil peduli mengenai hal-hal Politik Dunia dan hal-hal Kebajikan manusia sejagat kita tidak akan dapat memahami apa yang ada disebalik kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling kita, di Malaysia dan di Luar sana.
Jom kita buka minda dan kita dengari apa yang diperkatakan dalam video di atas ini. Kalau tidak faham sekali lalu pun tidak mengapa. Kita dengari dulu. Subject ini memerlukan banyak pembacaan dan pendengaran semoga Minda dan Hati kita dengan Izin Allah dapat memahami apa yang sebenarnya berlaku sejak Nabi Adam AlaihiSalam di ciptakan hinggalah hari ini.
Kita fahami satu persatu dan sedikit demi sedikit. Kita ikuti secara santai supaya mudah faham. Dahulu pun saya amat tidak memahami peranan Iblis dalam kehidupan manusia sejagat. Kini barulah saya fahami betapa kuatnya Iblis cuba menyesatkan manusia supaya mengengkari Kewujudan Allah dan Kekuasaan Allah. Iblis tidak mahu manusia menghuni Syurga. Tetapi manusia yang beriman bertaqwa pasti Iblis tidak dapat berbuat apa-apa. Itu janji Allah swt jua. Kita mohon Allah kuatkan Hati supaya Iblis duduk tepi.
Jom kita mula. Cara penyampaian dalam video ini mungkin agak "loud/lantang" sedikit. Kita bersabar mendengarinya. Kita ambil iktibar. Semoga Allah mengurnia Taufiq dan HidayahNya buat kita semua. Semoga Allah pelihara kita dari Fitnah Akhir Zaman. Semoga kita sejahtera di dunia dan di Akhirat. Aamiin......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment