"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, January 5, 2021

Kita berasal dari Tanah, Berbakti pada Tanah....@ Permulaan Tahun Baru 2021

 A001


Tahun baru musim hujan. Banjir di sana sini. Saya tidak dapat ikut anak saya ke kebun yang baru percubaannya untuk berbakti pada Tanah. InsyaAllah saya kata pada anak saya bahawa berbakti pada Tanah tidak rugi.

Tanah mula di bersihkan lebih kurang 6 bulan yang lalu. Anak saya bekerjasama dengan sebuah NGO yang mengusahakan tanah wakaf dengan kebenaran Baitulmal. Tanah diatas ini di Lenggeng di bawah kerajaan Negeri sembilan. Saya pernah sebut sedikit dalam blog saya yang terdahulu.



Cuma kali ini saya teruja untuk berbuat sesuatu cepat sebelum masuk bekalan api dan air.  Proses mendapatkannya agak lambat juga. Mungkin sebab musim Covid19. Tidak mengapa kami bersabar dan buat sebaik mungkin.



Saya minta anak saya cari batang ubi kayu. Saya ikuti google bagaimana mahu mendapatkan Ubi yang banyak. Saya cuba sahaja. Arwah bapak saya bertanam ubi keladi dan keledek untuk jualan. Tetapi saya tidak tumpu belajar bagaimana. Bapak saya meninggal ketika saya berumur 16 tahun.


Saya minta anak saya gali tanah dan saya cucukan batang ubi yang saya beli on line dari sebuah nursery. Dalam suasana wabak saya beli sedikit sahaja untuk mencuba di kebun yang belum sempurna perancangan jenis pertanian apa anak saya ingin menumpu. Saya hanya seronok-seronok sahaja kerana sentimental jadi anak pekubun dan dalam umur emas sekarang saya tumpang seronok dalam perusahan anak saya.




 Saya yang mencucuk batang seperti diatas dan semalam anak saya kekebun tunjuk pada saya batang ubi sudah mula segar tumbuh pucuk. Saya rasa amat teruja dalam suasana Covid19 sekarang. Saya target makan daunnya kalau Ubi kurang menjadi. Mohon doa kalian percubaan saya berbakti pada tanah menjadi.




Seperti saya kata sebelum ini....kita di jadikan dari Tanah maka kita hargai hakikat itu.
Semoga Allah sentiasa tunaikan doa kita untuk tahun ini yang makin lama 
makin nyata bahawa kita sudah amat dekat dengan akhirnya zaman.
 Namun usaha kita wajib diteruskan.
 Allah kurnia pahala pada usaha dan bukan pada hasilnya.



No comments:

Related Posts with Thumbnails