"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, January 3, 2021

Memahami yang Ghaib........@ "Semadikan diri dengan Tanah"


Calligraphic rendition of the Bismillah

Kali ini saya ingin bercerita santai mengenai sesuatu yang saya banyak fikirkan kebelakangan ini tetapi belum membuat apa-apa pendirian yang jelas buat diri sendiri. Saya tulis dan kongsikan di sini sebagai "thinking aloud" sahaja. Tegurlah saya jika fahaman saya ini menyimpang dari yang Benar.

Jangan lihat video diatas sebelum membaca catatan saya dahulu supaya tidak keliru.

Dalam hal ini saya merasai seperti masuk gerbang baru dalam mencari Ilmu dalam usia yang sudah lanjut ini. Semoga Allah tunjuki jalan dan semoga saya tidak tersasar.

Di dalam alQuran jelas di sebut:

A002

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

(Al-Baqarah 2:2



A003

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

(Al-Baqarah 2:3



A004

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

(Al-Baqarah 2:4


Saya lihat semula fakta "ghaib" dalam ayat di atas dalam memahami tajuk cacatan saya kali ini.Apa yang saya belajar mengenai yang ghaib amat sedikit sekali. Dalam duduk terkurung sebab covid19, saya jelajah video di Utube dan tertarik pada fakta yang berkaitan dengan yang ghaib. Tetapi bukan cerita Jin dan Sayitan sahaja. Saya tertarik mengenai Ciptaan Allah yang ghaib yang ada kaitan langsung dalam perjalanan hidup manusia biasa yang mahu berfikir-fikir.


Dalam berfikir-fikir elemen Ghaib, saya menemui pula fenomena yang berkaitan dengan TANAH. Seperti ada kaitan kedua elemen ini. Bagaimana ia berkait saya belum dapat bercerita dengan mendalam. Cerita-certa seperti ini perlu pada panduan seorang Guru yang bertauliah, Mursyid dan berpengalaman. Baik lagi jika guru itu mewarisi Ilmu-Ilmu para WaliAllah.


Dalam saya merenong kaitan Tanah dan kesejahteraan fisik manusia biasa, saya teringatkan apa seorang kawan saya pernah sebut pada saya semasa saya muda dan aktif dalam sukan. Katanya satu cara untuk menjaga kesihatan selain dari jogging ialah kita perlu berjalan atas tanah dan rumput tanpa memakai kasut.


Sehubungan ini saya kongsikan sedikit maklumat yang saya jumpai di Utube mengenai hakikat bahawa adalah baik bagi kita manusia berjalan atas bumi/tanah tanpa alas kasut. Jom baca di bawah ini: (Ehsan carian Google)



Antara kebaikannya yang pasti anda akan terkejut apabila mengetahui kelebihan berkaki ayam atau ‘earthing’ semasa berjalan.

  •  Tidur Malam Akan Bertambah Baik

Journal Altenatif Perubatan Amerika menyatakan orang yang mengalami masalah tidur akan lebih baik sekiranya melakukan perkara ini. ‘Barefoot’ dipercayai menstabilkan pengaliran tekanan darah pada kaki dan seterusnya akan mengubati seseorang untuk tidur dengan baik.

  •  Menguatkan Sistem Imunisasi

Dalam laporan komprehensif yang diterbitkan dalam Journal of Environmental and Public Health, para penyelidik mendapati bahawa berjalan kaki tanpa kasut sebenarnya dapat menurunkan jumlah sel darah putih dan meningkatkan jumlah sel darah merah, menunjukkan tindak balas imunisasi yang positif.

  • Melonggarkan Otot Yang Tegang Dan Menghilangkan Sakit Kepala

Seorang atlet akan berjalan kaki tanpa kasut di atas padang rumput kerana untuk mengelakan kesakitan otot selepas melakukan senaman fizikal.

Jadi walaupun anda bukan seorang atlet, anda juga disarankan untuk melakukan hal ini kerana anda menggunakan kaki sepanjang untuk berjalan melakukan kerja sehinggakan kaki anda tidak mempunyai masa untuk berehat.

  • Mengurangkan Kemurungan

Apabila anda berjalan kaki tanpa kasut di rumput membantu anda mengurangkan masalah kemurungan sebanyak 62 % dan meningkatkan tahap hormon positif dalam badan anda.

  • Membantu Meningkatkan Tenaga

Ramai orang menyedari bahawa apabila melakukan senaman ini akan menigkatkan tenaga dan melawan keletihan sepanjang anda bekerja.  Ini boleh menjadi satu kesan sampingan untuk tidur yang lebih baik tetapi juga disebabkan oleh peningkatan hormon dan tahap keradangan yang lebih rendah.

.......................................................................................................................................

Dalam video di atas ada dijelaskan sedikit mengenai kebaikan luar biasa menjejakkan kaki di atas bumi/tanahn iaitu berjalan tanpa alas kasut. Disebut dengan jelas lagi bahawa manusia sujud meletakan muka diatas bumi/tanah. Elemen Tanah amat luar biasa pada jasad manusia. Dalam alQuran ada ayat yang jelas mengenainya seperti berikut:


A071

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: " Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah;

(Saad 38:71)



A072

" Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".

(Saad 38:72



Manusia semuanya dari TANAH.


Kita dari Tanah dan hakikat berikutnya pula kita makan dari tanah, (iaitu dari tanaman-tanaman dan apa-jua yang ada dalam tanah). Walaupun tanah bercampur-adur kotoran, kita makan dari Tanah. Tanah amat berfaedah buat manusia. Kemudian kita mati dan diabadikan pula dalam Tanah. Jadi janganlah kita menyombong. Kita harus mencontohi tanah. Jangan bersifat langit. Kita Tanah.Dari tanah kita contohi apa erti bebesar hati dan berlapang dada. Dari tanah Allah kurnia kekuatan dan berbagai lagi.


Apabila kita sujud, kita "menghormati"  tanah, kerana dari Tanahlah Allah jadikan manusia. Apabila kita menyedari siapa kita ini vis-a vis Allah, maka kita tidak mendabik dada bila Allah Allah kurnia sedikit kuasa. Apa jua yang Allah izin kita dikurnia segala kesenangan, maka janganlah kita lupa hakikat bahawa kita ini Tanah. Jika kita mengerti dan menghormati hakikat Tanah, maka apabila kita dikuburkan nanti kita akan "dapat penghormatan/simpati" dari Tanah.

Ini yang kita harapkan dengan Izin Allah. 



....................................................................................................................



Sebenarnya sedikit sahaja yang saya fahami dari Video di atas. Bukan mudah memahami fakata dari sekilas melihat dan mendenar sahaja. Kita kuatkan doa semoga apa yang kita lihat dan dengar bermunafaat dan mendapat barakah dari Allah.


Sekarang pembaca budiman bolehlah buka pula video dan dengari sendiri. Saya akui video itu sangat advance dari segi konsep hamba, tanah, dan kejadian manusia vis-a-vis yang maha Pencipa. Saya tidak dapat memahami kesemua yang saya dengari. Jadi saya pun berharapan pembaca budiman maafkan saya kerana membawa satu catatan yang saya tidak ada kemahiran sebenar. Saya cuba berfikiran seluas mungkin dan semoga terhidayah.


Maaf, maaf yea........


Ikutilah sahaja  video diatas sebab dalam prinsip umum kesemua yang kita tahu dan menjadi pakar bermula dengan tidak tahu. Video ini mungkin lebih mencabar minda kaum muda kerana otak masih geliga, masih kuat dan masih ada daya ketahanan dalam usaha mahu memahami Ilmu yang agak susah seperti ini dan agak sulit kerana adanya elemen ghaib......


Saya rasa latarbelakang pemahaman kita dipengaruhi elemen Ghaib tanpa kita sedari dan saya rasa ramai dikalangan kita yang belum terbiasa dengan fenomena ini sepenuhnya.


.........................................................................................................................


Dalam video di atas ada disebut sedikit maklumat mengenai adanya anasir besi dalam diri kita. Besi dalam tanah adalah fenomena yang besar. (walaupun besi berasal dari langit. Ini disebut dalam surah al Hadiid)  seperti di bawah:


A004

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

(Al-Hadiid 57:4) (lihat tafsir yang sepenuhnya).



Itu kekuatan yang boleh diterjemah dengan nyata untuk kegunaan manusia dengan Ilmu yang khusus yang seseorang itu harus berguru jika mahu kemahiran itu ada pada dirinya.Saya berfahaman ini juga adalah fakta Ghaib yang saya rasa kita ingin berfahaman sepenuhnya. Semoga satu ketika ini Allah kurnia kefahaman ini dengan RahmatNya jua.


OOoooops......sampai di sini sahaja. Saya cuma berkongsi dan saya khuatir cara saya berkongsi ini tidak sesuai dan tidak wajar untuk semua lapisan masyarakat. Saya terima apa jua teguran. Dalam Umur seperti saya ini, saya rasa amat tidak selesa kerana banyak yang saya tidak tahu mengenai hakikat kejadian saya sebagai keturunan Nabi Allah Adam AS. Baki masa dalam kehidupan saya tinggal amat sedikit. Semoga Allah mudahkan saya dan kita semua mendapat RedhaNYa di akhir hayat ini.

Aamiin ya Rabb.........




No comments:

Related Posts with Thumbnails