"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, January 7, 2021

Orang yang Kuat......


A001
Hari ini (7 Januari 2021) diberitakan bahawa bilangan kes baru Covid19 ialah sebanyak 3027. Ini yang tertinggi hingga kini. Sedih rasanya. 
Hanya mampu berhati-hati dan berdoa.
Mengapa sedih yea ?

Sedih kerana kepimpinan politik katanya mahu bubarkan Parlimen supaya boleh memilih kerajaan baru setelah Pilihan Raya Umum diadakan segera. Rakyat seperti saya pastinya risau takut kalau-kakau jangkitan Covid19 nanti menjadi-jadi lebih tinggi. Teringatkan sanak saudara yang kurang berkemampuan, yang kais pagi makan pagi, petang nanti belum tentu lagi. Saya cuba membantu hanya seadanya. Semoga Allah memelihara mereka yang benar-benar mengharapkan bantuan.

Teringakan pula cucu angkat saya di Indonesia, anak pada 
bekas pembantu rumah saya.
Ia ibu tunggal, di tinggalkan suami. Ia punya seorang anak OKU.
Baru-baru ini saya kumpul-kumpul sedikit kewangan dan hantar bantuan
 untuk beli kerusi roda. Dalam foto di atas ia kelihatan bersama neneknya. 
Ia gembira nampaknya,
Alhamdulilah. Tiada ciptaan dan kurniaan Allah yang sia-sia.

Saya teringat pula apa ustaz saya kata.
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan hawa nafsunya supaya 
tidak berbuat sesuatu yang lebih memudaratkan diri dan juga orang lain.
Dan orang yang sebenar-benar kuat adalah orang yang
 bermunafaat buat dirinya dan bermunafaat buat orang lain.
 Sayu rasa  dihati mendengari kata Ustaz. Saya ingin 
menjadi  orang kuat dan semoga Allah sentiasa menunjuki jalan 
dan mengurnia ruang dan peluang.
Sama-sama kita berdoa semoga Malaysia penuh dengan orang-orang
 yang kuat dan Malaysia sejahtera buat rakyat semua.
Aamiin ya Rabb....



No comments:

Related Posts with Thumbnails