Banyak sudah diperkatakan mengenai isu vaksin
sebagai ikhtir untuk menangani
bahaya Covid 19. Masih agak ramai yang sangsi kebaikan vaksin.
Saya antara yang tidak mahu di vaksin apabila mengikuti
maklumat di google pada mula-mula serangan virus ini
berlaku di China hampir 2 tahun dahulu.
Tetapi saya sudah selesai vaksin sekarang.
Saya mendengari ceramah-ceramah sana sini di utube dan membuat
keputusan sendiri mengikut Ustaz yang kata "Janganlah takut
sangat hal akhir hayat kita.
Semua yang hidup pasti mati. Maka kita ambil fakta yang positif."
"Kematian adalah pintu untuk kita dibawa masuk bertemu Allah".
Hanya itu pintunya. Semoga kita dapat buat sebaik persiapan dan
semoga Allah kurnia Syurga Firdaus tanpa hisab
dengan RahmatNya jua.
Aameen ya Rabb....
No comments:
Post a Comment