"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, September 11, 2021

Keberanian Perlu Bukti ! .....@TAK ADA SATUPUN ORANG YANG BERANI.. HANYA BELIAU YANG BERANI LAKUKAN HAL...


Basmalah.svg

NOSTALGIA !!!
Allahyarham Presiden Soekarno adalah Idola Allahyarham Bapak saya.
Saya ingat semasa saya kecil bapak saya akan marah apabila kita
 terkeluar cerita orang Malaysia tidak suka Pak Soekarno kerana
 Pak Soekarno membantah pembentukan Malaysia.
Ganyang Malaysia dasar Negaranya waktu itu.
Saya diam dan tenguk kakak-kakak saya tersenyum.
Kami tidak mahu lukakan hatinya.

Ikuti video ini. Presiden Soekarno seorang yang berjati diri dan berani.
Betul lah bapak saya. Hebat Presiden Soekarno.
Bapak saya sayang Sokarno tetapi ia behijrah ke Malaysia
 (waktu itu Malaya) kerana keperluan hidup.
Dulu pernah saya ceritakan bapak saya datang sini dan mula dengan
membuka hutan. Kemudian di tanam pokok getah.
Saya membesar dengan hasil pokok getah itu.
Semoga Allaryarham bapak sentiasa Allah kasih padanya kerana berani 
merentasi lautan demi membangunkan kehidupan.

Saya tidak ada keberanian macam bapak saya.
Senang sahaja cakap di mulut kita berani.
Kita padai itu lah dan pandai ini lah.
Kita kata kita tahu apa yang baik untuk negara dan apa yang tidak baik.
Cakap senang, hebat dibibir sahaja. Tetapi mana bukti.

JOM perikasa diri demi warisan keberanian keluarga dan negara.
Ikuti video ini semoga bermunafaat.


No comments:

Related Posts with Thumbnails