"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, September 22, 2021

MENGINGAT KEMBALI DENGAN KEINSAFAN .....@Salt, Sewage and Sinkholes: The Death of the Dead Sea | Foreign Correspo...



Basmalah.svg

Hari ini saya santai-santai melihat apa ada dalam utube. Rasa teruja melihat
 satu cotent berkaitan dengan 
The Dead Sea atau Laut Mati di Jordan.
Kini Laut Mati ini menghadapi banyak masaalah keberadaannya
 di muka bumi ini.

Saya pernah ziarah negara Jordan dalam tahu 1995 lama dahulu
dalam perjalanan pulang dari UK.
Saya dengan seorang teman menyewa sebuah teksi
 untuk ke Laut Mati.
Pemandu itu amat baik dan santai orangnya tetapi beliau
 tidak berapa minat untuk membawa kami ke Laut Mati.
 Kami pujuk-pujuk dan akhirnya beliau bawa juga.
Beliau mengatakan orang tempatan tidak seronok 
ke Laut Mati kerana itu lambang kemurkaan Allah swt 
di zaman Nabi Allah Lut AS
di mana rakyat waktu itu kaum lelaki amat cenderung
 dengan kaum lelaki,ia itu suka sesama jenis. 
" Maka Allah terbalikan Bumi dan jadi Laut mati"
Ini cerita emak saya tetapi al Quran menyebutkan seperti berikut:

A074

Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.

(Al-Hijr 15:74



Laut Mati suatu ketika dahulu pernah mencatatkan beberapa peristiwa penting dalam riwayat peradaban manusia. Kesan peninggalan itu masih dapat dilihat sehingga kini.

Peristiwa paling sinonim dengan Laut Mati ialah kemusnahan kaum sodomi iaitu kaum Nabi Luth yang mengamalkan gaya hidup songsang dan menafikan kenabian Nabi Luth.

Justeru, Allah telah menurunkan bencana yang amat dahsyat, membenam kaum ini ke dalam tanah seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran. Peristiwa tersebut dianggarkan berlaku kira-kira pada 1800 tahun sebelum Masihi.

“Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar”. (Surah Al-Hijr : Ayat 74)

(Saya petik artikel di atas ini dari UTUSAN TV)

LAUT MATI : Lembah terendah di muka bumi yang membenam kaum Nabi Luth dan saksi kekalahan bangsa Rom

.......................................................................................


Wahai pengikut budiman....ikutilah sendiri perkongsian video di atas untuk maklumat tambahan pada apa yang kita sudah tahu. Semoga bermunafaat. Aameen.......



No comments:

Related Posts with Thumbnails