"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, September 30, 2021

Sudut Pandang Memelihara Anjing .......@Muslimah Bercadar Merawat Anjing | Buya Yahya Menjawab



Bismillah Calligraphy 53.svg

Kita masyarakat Melayu Islam ramai juga lagi yang rasa
 tidak selesa dengan anjing.
Maka saya kongsikan video di atas buat kita semua semak semula
 pendirian kita mengenai membela anjing.
Allah tidak mendiscriminatae mana-mana makhluk ciptaannya.
Allah bersifat Ar Rahman pada semua makhluknya.
Bukan sahaja manusia tetapi juga haiwan dan tumbuhan.



Saya suka anak saya bela anjing untuk membantunya menjaga keselamatan di kebun yang diusahakannya di Lenggeng Negeri Sembilan.
Anjing ini anjing gelandanagn dan datang ke kebun suatu hari seperti minta disayanagi.
Anak saya beri makanan lebihan yang ada di pondok kecil kami
dan dari hari itu ia amat senang datang menunggu anak saya.
Sekarang sudah rasmi ia jadi anjing di kebun.
 "SKYE" namanya kami rasmikan.
Kami pastikan semua hukum hakam yang berkaitan dengannya diikuti.

No comments:

Related Posts with Thumbnails