"Hai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhan mu,
dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku
dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
INI TAFSIRAN SAYA SENDIRI DAN JUGA DOA SAYA SEMOGA CEPAT TAMAT PEPERANGAN INI. AMAT KASIHAN PADA MEREKA YANG TIDAK BERSALAH DAN BERHARAP SEMOGA PERTOLONGAN ALLAH SWT TURUN DAN SEMOGA KEHIDUPAN INI TIDAK MEMBEBANKAN. DEGAN INI SEMOGA ALLAH SWT LIMPAH TAUFIQ DAN HIDAYAH NYA PADA SEMUA YANG HATINYA MASIH ADA RUANG UNTUK YAKIN BAHAWA HIDUP INI MILIK ALLAH DAN HAK ALLAH SWT SEPENUHNYA.
INI SUATU PENELAHAN BUAT REALITY AKHIR ZAMAN. TANYA DIRI SENDIRI ADAKAH INI SUATU PENELAHAN YANG BERASAS ATAU TIDAK. TAPI WASPADA! JANGAN TERLALU BERFIKIR TETAPI TIADA TINDAKAN KONKRIT UNTUK MENGHADAP REALITI INI.
SAYA POSITIF APA JUA KEKHUATIRAN KITA MENGENAI AKHIR ZAMAN JANGAN AMBIL RINGAN. PERSIAPKAN DIRI ZAHIR DAN BATIN. (INI PESANAN USTAZ). KITA AKAN MASUK MAHKAMAH ALLAH SWT. ITU PASTI WALAUPUN KITA TIDAK PASTI DENGAN APA YANG DIKATAKAN OLEH SHAIKH IMRAN HUSIN.
AKHIR ZAMAN IALAH HARI QIAMAT AKHIRNYA. ALLAHU'ALAM KEADAAN SEBENAR. MUNGKIN IA LEBIH SERIOUS DARI APA YANG DIKATAKAN DALAM VIDEO INI.
JOM MULA BERSEDIA JIKA BELUM MULA. HARI QIAMAT "IS AROUND THE CORNER". PERANG RUSSIA UKARAINE PUN MUNGKIN MERUPAKAN PERMULAAN HARI YANG DAHSYAT INI.
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, KAMI MOHON PERLINDUNGAN MU. KAMI MOHON KASIH SAYANG MU!!!
YA ALLAH BANTULAH MEREKA YANG BENAR. HANYA ENGKAU YA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI YANG TERANG DAN YANG TERSEMBUNYI. SEMOGA KAMI SELAMAT HINGGA KE AKHIR HAYAT DAN HINGGA KE JANNAH. AAMIIN, YA ALLAH.....
TABIAT MANUSIA. YANG SUSAH MENCARI SENANG. YANG SENANG SERONOK MENCARI JALAN SUSAH. DALAM KEHIDUPAN PUN BEGITU.
TIDAK PERANG CARI PERANG. BILA PERANG SUSAH HATI PULAK TAK CUKUP MAKAN DAN RAMAI TERKORBAN.
MAKA KITA HIDUP IKUTLAH APA YANG RASULULLAH SAW AJARKAN.
BUAT BAIK BERPADA-PADA. BUAT JAHAT JANGAN SEKALI. ITU PEPATAH MELAYU.
DALAM ISLAM KITA BUAT BAIK PADA DIRI KITA TETAPI JANGAN TINGGALKAN TEMAN YANG SUSAH YANG KETINGGALAN. ORANG YANG SOLEH MESTI JUGA MOSLEH. BAIK PADA DIRI DAN BAIK PADA MAKHLUK ALLAH YANG LAIN.
PEPERANGAN RUSSIA VS UKARINE TIDAK MUNGKIN TAMAT SELAGI HASRAT POLITIK TIDAK TERCAPAI. ALLAHU'ALAM. KITA IKUTI JIKA INGIN TAHU BAGAIMANA MANUSIA BERFIKIR. YANG NYATA IALAH PEMIKIRAN MANUSIA ADA KALANYA MENGUNTUNGKAN MANUSIA LAIN DAN ADA KALANYA MERUGIKAN. SEBAB ITU APA JUA TINDAKAN YANG KITA LAKUKAN KITA MESTI MOHON PETUNJUK ALLAH SWT. HANYA ALLAH YANG MAHA MEGETAHUI PERKARA YANG NYATA DAN YANG TERSEMBUNYI.