ALHAMDULILLAH.
Telah
berlalu Ramadhan dan Eidulfitri 1443 / 2022.
Allah kurnia kesihatan. Maka saya dapat melaluinya
tanpa banyak masaalah.
Cuma kali ini saya banyak mengikuti cerita-cerita peperangan
Russia dan Ukaraine melalui google.
Hati saya berbelah bagi mengambil tindakan itu kerana
biasanya
saya ikuti nasihat ustaz supaya banyak beramal
yang berkaitan terus dengan pembersihan hati nurani kita.
Entah bagaimana hati saya terpaku untuk memahami
perihal peperangan itu.
Sebenarnya saya dan seorang teman wanita dan suami saya ingin
melakukan Ibadah Umrah di bulan Ramadhan. Tetapi karenah peraturan
di musim Covid19 membuat kami batalkan sahaja niat itu dan memujuk
hati semoga Allah ambil kira niat sebenar.
Sememangnya rindu ingin ziarah juga maqam Rasulullah saw.
Sudah terlalu lama tidak ziarah. Maka apabila saya memperbaharui
apa yang saya dahulu pelajari sedikit Ilmu Tassawuff maka
tergerak hati ingin ziarah Rasulullah saw.
Rindu, tetapi belum terubat kerinduan.
Sejak 5 tahun dahulu saya berpindah ke Putrajaya dari Petaling Jaya.
Adik suami saya memujuk kami pindah kerana suami saya
adalah yang tertua dan
mereka mengatakan mudah buat keluarga ziarah abang yang tua
yang kini sudah berumur 75 thun.
Ini pemandang Putrajaya Precint 8 dari tingkap belakang rumah saya.
Tetapi di umur tua kami sudah tidak banyak dapat mengatur hidup yang
mengambil kira kemudahan-kemudahan yang ada di sekeliling.
Kekadang teringat rumah dahulu lebih baik kerana
boleh berjalan kaki ke Masjid Kg. Tunku.
Saya tenangkan hati kerana apa yang Allah izin berlaku itu
pasti ada Hikmahnya.
Pemikiran saya belum dapat menjelajah hikmah yang tersembunyi.
Ala kuli hal, Alhamdulillah.
Suami saya bertanya pada saya apa yang terpaut sangat cerita Perang
Russia vs Ukraine itu.
Jom saya cuba senaraikan.
1. Dari lahir hingga kini saya tidak pernah mengikuti cerita perang.
Tidak ada kemudahan IT. Saya ikuti untuk tahu
keburukan peperangan sebenarnya.
2. Kan ada Ustaz yang mengatakan bahawa peperangan ini ada
kaitannya dengan fakta Akhir Zaman.
Katanya ada kemungkinan Russia itu ialah Rum seperti
yang di sebut dalam Surah ArRum yang ada dalam alQuran.
3. Saya ikuti cerama Ustaz Ihsan Tanjung dalam Utube.
Beliau Ustaz Indonesia.
Tetapi saya teruja mengikutinya.
4. Saya mengikutinya ini sebagai penjelasan buat diri sendiri apa itu
"permulaan Peperangan akhir zaman."
ini kata fikiran saya bukan kata Ustaz.
Saya memandai-mandai sahaja.
5. Tetapi oleh kerana sememangnya kita sekarang sudah berada
di Akhir Zaman,
maka saya curious ingin berfikir-fikir apa kaitan perang
dengan kehidupan manusia sekarang ini.
6. Peperangan bukan sahaja menggunakan senjata seperti bom
dan sebagainya, tetapi peperangan menggunakan juga fakta ekonomi.
7. Fakta ekonomilah yang mungkin menjejaskan semua negara termasuk Malaysia. Contohnya harga barangan akan naik kerana bekalan barangan akan berkurangan.
Yang menakutkan ialah barangan asas seperti pertrol dan makanan.
8. Di umur tua ini saya sensitif mengenai pengaruh cara berfikiran negara maju yang sentiasa membohongi negara kurang maju. Saya yakin Malaysia tidak terkecuali.
9. Maka saya ingin tahu negara maju yang mana yang sememangnya "Penyangat" besar. Dalam alQuran kita sentiasa diingat kan bahawa Bangsa Yahudi itu adalah bangsa yang tidak pernah bersyukur pada Allah yang maha Pencipta. Mereka amat percaya mereka makhluk terpilih dan mahu sentisa menguasai makhluk yang lainnya.
10. Di dunia ini ramai yang sudah terpengaruh dengan Yahudi terutamanya Yahudi yang Zionists. Siapa mereka itu? Maka saya ikuti Peperangan Russia Ukaraine ini untuk lebih meyakinkan diri. Semoga saya boleh bercerita pada anak cucu sendiri.
ini adalah adalah sebahagian besar mengapa saya ikuti perang ini. Setelah selesai Ramadhan dan peperangan tidak nampak pengakhirannya, saya terfikir juga mungkin saya merugikan diri kerana ruang masa untuk mencari Malam LailatulQadar
seperti saya abaikan. Semoga Allah mengampunkan
pemikiran saya yang bercampur-campur.....
Apabila menjelang Eidulfitri, saya banyak termenung dan berfikir-fikir sendirian. Bila saya cuba berkongsi maklumat perang tidak ada dalam keluarga saya jauh dan dekat yang menggunakan masa seperti saya. Saya berfikir untuk bertenang.
Saya tidak banyak berziarah keluarga kerana suami dan saya sudah tidak mampu memandu kereta sendiri, terutamanya untuk jarak jauh. Mujur ramai
yang mengunjungi saya dan suami kerana kami sudah dikira keluarga tetua. Alhamdulillah, saya dan suami Allah kurnia tua hingga kini.
Semoga Allah terus kurnia umur yang bermunafaat, kesihatan yang bermunafaat,
rezeki yang bermunafaat dan semuanya
yang terbaik sahaja di sisi NYA. Aamiin...
Itu sahaja dulu "My Story". Kalau masih ada peluang saya sambung di lain entry pula.
Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan.
Mohon Redha MU Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.....
Aamiin....
No comments:
Post a Comment