"Hai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhan mu,
dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku
dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Friday, May 20, 2022
TIDAK ADA HUKUM ADIL DALAM PEPERANGAN ? ....@Mariupol - The War Crime Cars
Saya tidak ada jawapan untuk soalan di atas. Kasihan rakyat biasa. Saya tertanya-tanya bagaiman rakyat Malaysia semasa peperangan dunia ke 2 dahulu.
Saya teringat cerita boss saya semasa bekerja dahulu. Beliau "benci" keturunan Cina kerana semasa zaman Komunis memerintah Ibu Bapak boss saya di bunuh kejam di hadapan rumahnya sendiri. Dia baru berumur dewasa Remaja dan takut untuk berbuat sesuatu. Saya tetap ingat cerita boss saya itu. Beliau sudah lama meninggal dunia. Semasa bekerja dulu ia rasa "bengkek" kerana kesan kekejaman Komunis yang ketika itu keturunan Cina.
Dalam video di atas saya kongsikan bagaimana warga biasa dibunuh kejam semata-mata kerana mahu melarikan diri untuk keselamatan. Cuba anda lihat. Itu tanggapan saya.
Mengapa manusia mesti mahu beperang. Ada undang-undang tertentu antara bangsa untuk mengendali warga dan tangkapan perang. Katanya banyak juga peristiwa yang tidak di ikuti.
Peperangan dalam Islam ada peraturan ketat. Pokok dan binatang pun tidak boleh dimusnah tanpa sebab. Inikan pula manusia......
No comments:
Post a Comment