Kezaliman boleh berlaku dalam berbagai bentuk. Mungkinkah
apa yang berlaku
keatas sejarah Ulamak di Malaysia yang disembunyikan
itu merupaka satu Kezaliman? Allahu'alam.
Saya rasa kesal tetapi tidak ada kemampuan dahulu dan sekarang
untuk berbuat apa-apa
melainkan berkongsi video ini dalam blog saya.
Semoga akan timbul kesedaran dalam hati
orang-orang Islam di Malaysia
untuk memperbetulkan perilaku politik kini semoga
akan terdiri KEBENARAN
dan mendapat redha Allah sepenuhnya.
Saya rasa amat kagum dan sedih teringat betapa gigih perjuangan
Ulamak dulu untuk
menjadikan negara Malaysia (dulu Malaya) patuh pada
alQuran dan Hadith.
Sejarah tidak dapat diubah. Semoga Allah kurnia kejayaan
dalam masa terdekat untuk
menjadikan Malaysia Negara yang sempurna patuh pada Islam.
Sama-sama kita berdoa. Aamiin.
Terdetik dihati saya rasa "berpuas hati" saya menjadi
ahli party politik PAS
dalam tahun 1986 semasa Allahyarham Ustaz Nik Abdul Aziz
menjadi Menteri Besar Kelantan.
Saya rasa seronok mengikuti pemikiran
Allahyarham hingga kini. Semoga saya dapat
Sanad POLITIK yang sohih.
Semoga akan ada ramai lagi yang seperti Allahyarham.
Kini kita sudah berada di Akhir Zaman.
Jom sama-sama kita berbuat ssuatu
walau kecil sekalipun untuk mengembalikan semangat mereka
yang disebut dalam Video ini. Saya hanya mampu
mendidik cucu-cucu sekarang
untuk lebih berhemah dengan niali-nilai Islam
yang tidak ada bandingannya.
Jangan kita katakan semua Agama serupa. Jangan!
Saya suka mengikuti Penceramah ini Prof Dr Mat Rofi.
Semoga Allah panjangkan umurnya dan dapat terus
berbakti mendidik manusia
semoga mengenal Allah swt dengan sempurna, (termasuk saya).
Semoga di akhir hayat Allah Redha dan kita
bahagia hingga ke Jannah.
Aamiin Ya Rabb.....
.....
No comments:
Post a Comment