Kebelakangan ini saya ikuti babak-babak peprangan Russia vs Ukraine. Tidak pernah dalam hidup saya saya mengikuti babak perang seperti ini.
Saya ikuti apa yang diperkatakan oleh kedua individu dalam video ini. Scott Ritter cuba menjadi seorang yang sangat faham dan adil dalam memberi pendapat mengenai peprangan, mengenai siapa yang patut menang dan siapa yang patut mengalah. Scott Ritter ini pun memberi pendapat mengapa peperangan ini harus di tamatkan.
Cuma pada saya pendapat mereka adalah berasaskan prinsip-prinsip keadilan kemanusiaan pada pendapat manusia. Sekali imbas semacam satu pendapat yang benar. (Untuk yang belum tahu saya ada share pendapat Scott Ritter sebelum ini. Ia pernah menjadi kosultant UN dalam menasihati US sebelum berperang dengan Iraq. Maka saya ada share beberapa perbicangan mengenai peperangan ini dalam entry sebelum ini). Mohon semak.
Tetapi semakin saya berfikir mengenai betul atau salah ideologi peperangan ini, semakin pula saya marah pada diri saya kerana pada mulanya saya hanya melihat dari segi prinsip keadilan yang amat supeficial. Prinsip yang saya pegang hanya saya landaskan pada kebenaran atau kesalahan dalam pengalaman hidup saya selama ini yang banyak dipengaruhi oleh pemikiran negara Barat.
Hari ini saya mula menyoal diri saya. Saya sememangnya mirip suka pada President Putin berbanding dengan President Biden dan President Zelensky. Ini semata-mata atas perinsip zionist lawan bukan zionist. Tetap makin hari makin saya berkata-kata dalam hati bahawa peperangan ini hanya merugikan nyawa manusia. Saya mula bertambah yakin bahawa prinsip saya tidak tepat kerana hanya berasaskan ilmu yang ada dalam aqal saya yang sememangnya amat terhad dalam semua aspek.
Maka saya renungkan lagi perihal pemikiran saya dan perasaan saya. Saya mula berfikir semula.......
Semua dilemma hidup yang dilalui oleh seseorang, termasuk saya, pastinya kerana asas pemikiran yang ada tidak bargantung pada kebenaran sebenar. Dengan lain perkataan, saya tidak meletakan prinsip peperangan yang ada dalam koteks KEBENARAN alquran dan hadith dan pengajaran yang ditunjukan oleh Rasulullah saw. Saya terlepas pandang bahawa dalam apa jua peperangan ia harus mengikut prinsip-prinsip yang Baginda telah gariskan. Cara kepimpinan juga harus mengikuti prinsip yang Baginda tentukan. Berperang hanyalah berobjektif untuk keredhaan Allah semata-mata.
Maka saya berfikir semula. Kalaulah semua manusia mendokong prinsip kehidupan dan kematian seperti yang Allah swt tentukan, pastinya huru-hara yang kita lihat hari ini tidak akan berlaku.
Namun saya terfikir juga satu fakta yang mengatan bahawa Rukun Iman mesti percaya pada Qadha dan Qadar.
Bagaimana sebenarnya ?
Pada fahaman saya dalam sedikit pengajian yang saya tahu, iaitu jika sesuatu itu berlaku walaupun tidak baik, tetapi Allah iazin berlaku, maka pasti ada hikmahnya. Ini kerana tidak ada sesuatu boleh berlaku kalau Allah tidak izinkan berlaku. Kerana kita tahu Allah itu maha Pencipta dan Allah itu maha berkuasa atas segalanya.
Maka hari ini saya akan 'pause'- iaitu 'berhenti sebentar' di sini dalam perkongsian saya mengenai peprangan ini. Saya ingin berfikir-fikir lagi semoga apa yang saya kongsikan itu tidak akan mengeruhkan pemikiran orang yang saya kongsikan. Semoga Allah akan membantu saya berfikir dan semoga Allah swt mengajar saya memahami erti 'Hikmah' dalam ayat saya di atas tadi. (Mungkin saya sambung perkongsian saya setelah saya lebih rasa selesa dalam pemikiran dan hati saya).
Doakan saya menamatkan pemikiran saya dengan Kebenaran, ia itu Kebenaran Allah swt semata-mata. Aamiin.......
..........
No comments:
Post a Comment