"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, December 22, 2022

BERGETAR HATI MENDENGARI CERAMAH INI. @ Othmaniah dalam kenangan | Dr Mat Rofa










SAYA SEMEMANGNYA TIDAK TAHU BANYAK SEJARAH. 
ILMU SEJARAH BUKAN MATA PELAJARAN YANG SAYA MINATI.
RASA KESAL DI HATI KERANA RUPA-RUPANYA 
DENGAN ILMU SEJARAH IA DAPAT MEMBANTU MEMBENTUK
 PERIBADI KITA KEARAH YANG LEBIH POSITIF.

ALHAMDULILLAH.
 SAYA MULA MENGIKUTI PERISTIWA SEJARAH SELEPAS
 MULA BEKERJA DAN MENGHADIRI SEDIKIT-SEDIKIT 
 KELAS ILMU PENGAJIAN ISLAM.
 AMAT MALU SAYA NAK CERITA KERANA HANYA
 PADA TAHUN 1984 SAYA MULA SERIOUS MENGIKUTI
 PENGAJIAN ISALM.

SAYA IKUT SEORANG TEMAN MENGAMBIL
 DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
 DI UNIVERSITY KEBANGSAAN MALAYSIA
 SETIAP PETANG SABTU SELEPAS PEJABAT DAN
 PULANG KE RUMAH SELEPAS MAGHRIB UNTUK MENGELAK 
KESESAKAN JALAN RAYA.

AMAT BERSYUKUR ADA SEORANG TEMAN YANG
 MENGHERET SAYA UNTUK TUMPU SETIAP PETANG SABTU 
SELAM 2 TAHUN.
SELEPAS ITU DENGAN MENGINSAFI DIRI, SAYA CUBA
 BERGERAK SENDIRI. SAYA AMBIL PULA 
DIPLOMA ISLAMIC STUDIES 
DI DI UNIVERSITY ISLAM ANTARABANGSA BERSEORANGAN.

BARULAH SAYA MERASAI BETAPA RUGINYA MASA SAYA SEBELUM INI. MAKA SAYA PULUN PULA BELAJAR BAHASA ARAB 
WAKTU MALAM  PADA PERTENGAHAN TAHUN 1988.
KEMUDIAN SAYA IKUTI CERAMAH-CERAMAH DI MASJID DAN
DI RUMAH ORANG PERSEORANG YANG AMAT BERUSAHA 
MENGEMBANGKAN ILMU.

WALAUPUN NAMPAK SEPERTI BANYAK MENGHADIRI KELAS, 
SAYA RASA AMAT TIDAK MENCUKUPI KERANA
 SAYA PELAJAR YANG TIDAK HEBAT DARI 
SEGI KECERDASAN MENTAL.
 SEPERTINYA MASUK 10 HAL, SAYA INGAT 5 SAHAJA.
 SEPERTINYA BEGITU.
NAMUN ALHAMDULILLAH, ALLAH IZIN SAYA MEMAKSA DIRI.

SAYA MEMAKSA MENGHADIRI ILMU HARFIAH ALQURAN
 SETELAH BERSARA. WAKTU ITU BERSARA UMUR 56 TAHUN.
 SAYA BERSUKUR ADA SAHAJA TEMAN YANG "MEMAKSA DAN MENGHERET" SAYA IKUT MEREKA  MENCARI ILMU 
KERANA BANYAK SANGAT
 SAYA  SUDAH KETERTINGGALAN.

SEPERTI SAYA "DITARIK TELINGA" UNTUK IKITI MEREKA

SEMOGA ALLAH SWT MENGAMPUNI SEMUA
 KELEMAHAN DAN KEKURANGAN SAYA.
SEMOGA DENGAN ILMU YANG SEDIKIT INI ALLAH IZIN SAYA MEMANAFATKANNYA.

MENYEDARI BETAPA SAYA KETERTINGGALAN
 BELAJAR ILMU ISLAM, 
SAYA KATAKAN PADA SESIAPA SAHAJA YANG SAYA BERTEMU DAN BERPELUANG CAKAP SUPAYA JANGAN BERSARA
 UMUR 60 TAHUN JIKA DIRI BELUM MULA MENGAJI TENTANG ISLAM.
SEBAB UMUR 60 TAHUN UPAYA FISIKAL KITA SUDAH BANYAK KEKURANGAN.
DUIT DI DUNIA TIDAK PERNAH MENCUKUPI 
BANYAK MANA SEKALIPUN KITA ADA.
SAYA AMAT YAKIN HAKIKAT INI WALAUPUN AGAK TERLAMBAT.

SAYA AMAT TERLAMBAT MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK
 HIJRAH KE ALAM YANG KEKAL. 
SEMOGA ALLAH MEMBERI PELUANG DAN RUANG BUAT
SAYA  MENGGUNAKAN MASA DAN KESIHATAN
 KE ARAH YANG LEBIH POSITIF.
SAYA BELAJAR MENGINSAFI DIRI.
BELAJAR MENGINSAFI DIRI ADALAH SUATU YANG AMAT BERAT.
SEMOGA ALLAH SWT MEMUDAHKAN
DAN MEREDHAI SAYA SEADANYA.
AAMIIN........


......................................................


APABILA MENGIKUTI CERAMAH DI VIDEO
 DR MATT ROFFA INI BARULAH SAYA TAHU BANYAK HAL. 
SEMOGA SAYA DAPAT BERCERITA DENGAN ANAK CUCU
 AWAL-AWAL LAGI DALAM KEHIDUPAN MEREKA,
DAN MENJADI ANAK-CUCU YANG SOLEH DAN MOSLEH.

SAYA SEDIH BILA MEMAHAMI BAHAWA YANG MELEMAHKAN ISLAM ADALAH JUGA ORANG ISLAM.
SAYA LIHAT POLITIK SEKARANG AMAT SERUPA DENGAN
 YANG DR MATT ROFFA KATA.
FAHAMAN SAYA BEGITU.
BANYAK PENIPUAN DARI ORANG ISLAM YANG HANYA MEMIKIRKN KEKAYAAN DAN KEKUASAANNYA SENDIRI.

JOM IKUTI VIDEO INI DAN SAMA-SAMA KITA BERDOA 
POLITIK DI MALAYSIA DI TERAJUI OLEH MEREKA YANG
 BENAR-BENAR FAHAM APA DIA PENGHAYATAN ISLAM 
DAN APA  DIA PERJUANGAN ISLAM. 
ADA USTAZ YANG
 MENGATAKAN KALAU SAMAPAI MASA MENGUNDI
 MELANTIK PEMIMPIN ISLAM YANG BENAR-BENAR BERWIBAWA,
 KITA HARUS LETAK SEMUA KERJA KETEPI YANG KITA ANGGAP PENTIG TETAPI TIDAK MELEPASKAN TANGGONGJAWAB UNTUK MEMILIH PEMIMPIN YANG BERIMAN DAN BERTAQWA.

KATA USTAZ, ADALAH WAJIB TUNGGU UNTUK MENGUDI PEMIMPIN WALAUPUN KITA BELUM BERHAJI DAN UMRAH. 
 ELUK KITA FAHAM HAL INI SEPENUHNYA UNTUK
 MENGELAKAN APA YANG BERLAKU DALAM SEJARAH 
SEPERTI DALAM VIDEO INI.

SETAKAT INI DULU. DENGAN MOHON KEMAAFAN.

JOM BERFIKIR DAN BERDOA  SEMOGA ALLAH SWT
 MENUNJUKI JALAN YANG BENAR DAN MEMELIHARA KEPENTINGAN MALAYSIA DARI JATUH PADA MEREKA YANG 
HANYA MENCARI KEKAYAAN DUNIA  DEMI KEMEWAHAN 
DAN SANGGUP MEYEBAR PERKARA -PERKARA YANG TIDAK BENAR.

YA ALLAH, KURNIAKANLAH KAMI ILMU DAN KEBIJAKSANAAN
 MENGIKUTI JALAN YANG BENAR 
DEMI MENDAPAT REDHA MU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

AAMIIN YA RABBAL AALAMIIN....




...........

No comments:

Related Posts with Thumbnails