"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, December 4, 2022

SAYA BARU TERJUMPA VIDEO INI. SAYA KONGSIKAN. ....@Lebih Baik Bermuafakat | Kerusi Panas










SAYA BERHUBUNGAN DENGAN YB TAN SRI INI SEMASA SAYA
 BEKERJA DI KEMNTERIAN KERJA RAYA DALAM 
PERTENGAHAN TAHUN  LAPAN-PULUHAN.
SAYA TIDAK KENAL BELIAU SECARA PERIBADI.  WAKTU ITU SAYA DITUGASKAN MENGATURKAN PERASMIAN SATU JAMBATAN  DI KOTA BAHRU, KELANTAN.

 WAKTU ITU PERTAMA KALI BARISAN NASIONAL / UMNO KALAH TERUK DALAM PILIHAN RAYA UMUM.. BELIAU DITUGASKAN
 UNTUK MENENTUKAN PERASMIAN JAMBATAN OLEH YAB PERDANA MENTERI WAKTU ITU BERJAYA MENYATUKAN SOKONGAN
 ORANG MELAYU TERUTAMA RAKYAT KELANTAN.
WAKTU ITU SAYA PEGAWAI KERAJAAN DALAM KUMPULAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMAT PERINGKAT PERTENGAHAN.

SAYA BERBEZA CARA DENGAN BELIAU DARI SEGI BAGAIMANA MAHU MENYUSUN PROTOKOL SUPAYA YAB PERDANA MENTERI DR MAHATHIR NAMPAK BETUL-BETUL GAH DAN MENTERI BESAR
 YAB NIK ABDUL AZIZ NAMPAK KECIL.

SAYA TIDAK BERSETUJU DENGAN BELIAU TETAPI 
SAYA TIDAK BERBICARA TERUS DENGAN BELIAU. 
SAYA IKUT PROTOKOL KERAJAAN DAN SAYA URUS TERUS DENGAN PEJABAT PERDANA MENTERI. ARAHAN PERDANA MENTERI IALAH "IKUT PROTOKOL KERAJAAN PUSAT".

SAYA RASA LEGA. DAN  RASA PUAS HATI DAPAT
 BERTEGAS DENGAN TAN SRI MUSA.  BELIAU TIDAK BERTELAGAH DENGAN SAYA. BELIAU PATUH ARAHAN.
INI MAJLIS KERAJAAN PUSAT DAN BUKAN
 MAJLIS PARTI.POLITIK.

..................

DALAM KEMELUT POLITIK SEKARANG SAYA SELALU MENGIKUTI
 PERKEMBANGAN FAHAMAN BELIAU DAN RASA HORMAT
 KERANA BELIAU ADALAH SEORANG YANG AMAT MATANG DALAM BERPOLITIK. BELIAU MATANG DALAM BERHUJAH DAN 
'ARTICULATE' DALAM MEMPERKATAKAN SESUATU 
ISU POLITIK DAN PERUNDANGAN.

 SAYA YAKIN INDIVIDU SEPERTI BELIAU BOLEH MEMIMPIN NEGARA.
"HE IS A PRIME MINISTER MATERIAL".




.........

No comments:

Related Posts with Thumbnails