Hampir setahu peperangan Ukraine lawan Russia bertarung. Video ini bincang hakikat yang
insya Allah akan menjadi benar.
Jom dengari.
Pihak Amerika Syarikat dan Nato gila-gila kata Ukraine akan menang sebab depa tolong hantar
senjata dan wang ringgit.
Pegawai dalam video ini kata
MUSTAHIL Ukraine bolih menang.
Tetapi Amerika tidak percaya kerana
Amerika ada ajinda lain. Mereka mahu jadikan Russia rosak dan menjadi negara yang lemah.
Mereka menjangka bila Russia lemah Amerika boleh tunjuk taring ke seluruh dunia.
Nyata sekarang ini semua tidak menjadi.
Tetapi Amerika dan NATO malu mahu
menerima hakikat itu.
.......
Dalam saya melihat peperangan ini di Utube,
terdetik di hati saya mengenai kebolehan Malaysia berperang. Maaf yea.
Saya kurang yakin sebab Malaysia asyik terjebak
dengan masaalah pembelian peralatan perang.
Yang saya baca antaranya ialah mengenai
pembelian Kapal Selam.
Baru itu pun sudah masaalah. Saya tidak tahu semua masaalahnya. Ini belum lagi cerita latihan tentera dan bilangan kumpulan tentera yang diiktiraf Elite.
Ok cukup.
Itu sahaja yang saya ingin kata. Siapalah saya!
Cuma terkadang terlintas juga di hati.......
Malaysia ini biar betul-betul di urus oleh mereka yang benar-benar bagus dan ikhlas bekerja.
Reputasi Malaysia pun buat saya gelisah susah hati
kerana Malaysia ini banyak pemimpin/atau pegawai yang terjebak dengan Rasuah.
Yang saya dengari Ukaraine pun Negara yang tinggi perangai rasuah. Katanya dihantar senjata, setengahnya hilang entah kemana. Dijual Black Market katanya.
Allahu'alam.
Ish... Ish cukup mulut saya. Saya cuma dengar-dengar. Tidak ada fakta rasmi.
Tapi sesekali saya rasa teringin juga cakap.
Saya berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun. Dua puluh tahun dalam jawatan berkaitan
projek pembangunan, bajet dan kewangan
di peringkat pertengahan dan tinggi.
Pada saya peraturan Kewang sudah mencukupi kalau pegawai-pegawai bekerja efficient dan Ikhlas.. Kalau ada motif lain sememangnya Parah Malaysia.
Cukup. Saya berhenti di sini.
Takut di kira Fitnah.
Saya sekarang berumur 75 tahun dan takut Penjara.
Kalau bukan Penjara pun Allah swt memerhati semuanya.
Jangan hanya bercakap untuk propaganda.
Allah maha Tahu yang Nyata dan yang Tersembunyi. Allah maha Berkuasa.(Jangan Lupa).
Islam mengajar kita semua penjawat awam
supaya rajin dan jujur.
Di Akhirat kita akan diperhitungkan kesemuanya.
Wasalam. Dan Maaf semuanya.
......
No comments:
Post a Comment