RASA SANGAT MALANG DAN RASA SEPERTI
TIDAK PUAS HATI INI BERLAKU PADA
NEGARA TERCINTA.
MAKA SAYA SEKARANG TERMENUNG-MENUNG MEMIKIRKAN PERIHAL YANG BERLAKU
PADA DUNIA POLITIK DI DALAM NEGARA
DAN DI LUAR NEGARA.
SAYA FIKIR-FIKIR JUGA SENDIRIAN DAN APA YANG HARUS SAYA KATAKAN PADA ANAK CUCU
SUPAYA AMBIL IKTIBAR.
SENARIO POLITIK SEKARANG TIDAK SAMA
TETAPI YAKINLAH BAHAWA ISI HATI MANUSIA ITU SERUPA JIKA PAKSI KEIMANAN KITA
BUKAN SUNGGUH-GUNGGUH UNTUK
MENDIRIKAN KEBNARAN
YANG MAHA MENCIPTA KITA.
KITA SENTIASA RAGU DAN SELALU BERTANYA DIRI DENGAN RASA TAKUT-TAKUT UNTUK
MENCARI KEBENARAN.
KITA MANUSIA HANYA MAHU MENCARI KESELESAAN BUKAN KEBENARAN.
SAYA RASA SAYA JUGA BERSALAH DALAM HAL INI.
KEKADANG KEBENARAN ITU SUKAR DAN PAHIT.
TETAPI JIKA ORANG-ORANG SEBELUM KITA
TIDAK MEWARISKAN RASA BERANI
DEMI MEMATUHI ALLAH SWT,
MAKA INILAH YANG AKAN TERJADI.
(TETAPI AGAKNYA WAKTU ITU
"NOBODY WAS ANY WISER")
MAKA KITA MOHON KEAMPUNAN MEREKA YANG
TIADA UPAYA SEBENARNYA.
MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA.
NAMUN SAYA BERSYUKUR JUGA
BAPAK SAYA MEMBERANIKAN DIRI BERHIJARH
DARI TANAH JAWA MENCARI TAMBAHAN
REZEKI DAN LAIN-LAIN YANG SAYA HANYA SEDARI SEPENUHNYA SEKARANG INI.
BAPAK SAYA MENINGGAL DUNIA
SAYA BERUMUR 16 TAHUN.
SAYA ANAK BONGSU DAN HANYA DI SELUBUNGI KEMEWAHAN KASIH SAYANG.
KAMI HIDUP SUSAH DAN KAIS PAGI MAKAN PAGI
KAIS PETANG BELUM TENTU LAGI.
TETAPI HIDUP SAYA GEMBIRA. ALHAMDULILLAH.
DEMI ALLAH ITU INGATAN BENAR.
SAYA MEMBESAR DIBAWAH POKOK GETAH
MEMBANTU EMAK DAN KAKAK-KAKAK
DARI KECIL LAGI.
TIDAK PERNAH RASA SUSAH SEDIKIT PUN.
ITULAH KEBESARAN ALLAH.
"WE DO NOT MISS WHAT WE DO NOT KNOW".
MAKA SAYA SERONOK SAHAJA MAKAN SEADANYA, PAKAI SEADANYA DAN SEMUA SEADANYA.
KAKAK-KAKAK SAYA BERUSAHA KUAT
BERSAMA EMAK SAYA DAN
SAYA DAPAT BELAJAR HINGGA TAMAT.
ALHAMDULILLAH.
ALLAH MENENTUKAN SEGALANYA.
JOM SAMA-SAMA MENGINGAT DIRI
DAN MENGINGAT APA YANG ALLAH SWT
LETAK DI HATI.
(KITA TERUS BERJUANG UNTUK DIRI DAN NEGARA
DEMI ALLAH SEWAJARNYA.
SEMOGA ALLAH AMPUNI KEKURANGAN DAN KESILAPAN DATO NENEK MOYANG KITA.
TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA SEMUANYA).
SEMOGA BAHAGIA SEPENUHNYA DI HARI NANTI.
SEMOGA BERTEMU SEMULA EMAK,
BAPAK DAN SEMUA YANG KITA KASIHI.
AAMIIN YA RABB.....
.....
No comments:
Post a Comment