"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, April 6, 2020

"Time Out" dicelah-celah menginsafi Covid-19.


A001

Hampir setiap hari saya akan lihat perkembangan cerita-ceriti Covid-19 di utube. Hari ini saya ubah fokus sambil berdoa semoga Wabak ini akan reda dan berkesudahan.

Saya lihat semula foto-foto simpanan mengenai peristiwa keluarga semasa perintah berkurung belum dikenakan. Saya turunkan dibawah ini untuk renenungan anak cucu bila masa lebih mengizinkan nanti apabila wabak ini reda.



Suami saya keluar hospital setelah selesai bedah lutut
 beberapa hari sebelum perintah berkurung.


Cucu-cucu dari anak perempuan saya datang ziarah di rumah.


Ini anak perempuan saya. Dia tolong jaga ayahnya tidur dihospital.


Cucu saya Huzaifah, pelajar berdiri no 2 dari kanan.
Semoga dewasa menjadi pemimpin yang soleh dan cemerlang.
Terima kasih pada guru-guru yang sabar nendidik anak-anak stimewa.


Huzaifah dan Akif pada hari sukan.



Huzaifah dan Akif terima pingat.


Cucu saya Asim khatam alQuran. Di sebelahnya ialah ayahnya.
Alhamdulillah. Asim berumur 12tahun waktu itu.



Amru Fatullah dihari sukan Tadika di SRK Precint 8
Putrajaya. Cuba memahami erti kemenangan dan erti kekalahan.



Amru Fathullah baris tengah kanan sekali.


Dengan guru kesayangan.


Menunggu acara. Tahun hadapan InsyaAllah tahun satu pula.

Semoga wabak Covid-19 tamat penuh hikmah yang dapat kita insafi dan hayati.



Sunday, April 5, 2020

We are at war with Satan | Friday Khutbah | Mohamed Hoblos



A001
Alhamdulillah. Kita dengari pula apa kata Ustaz Mohamed Hoblos di sini dalam menasihati kita bagaimana mengenali helah syaitan yang jasadnya kita tidak melihat dengan mata. Hanya mereka yang pakar sahaja mempunyi Ilmu bagaimana mereka tahu Sayitan datang untuk mengacau manusia.

Covid-19 pun tidak kelihatan dengan mata kasar. Maka itulah kita menginsafi hakikat bahawa manusia boleh di tewaskan oleh makhluk Allah yang kita tidak dapat lihat. Tetapi kekuatan mereka untuk membunuh manusia amat digeruni.

Namun Allah maha Bijaksana dan maha Adil dan tidak menzalimi manusia. Allah mengizinkan Wabak Covid-19 ini berlaku kerana Allah itu maha Mengetahui semua jenis tipu helah dan tidak ada sesuatu yang Allah izin berlaku tanpa diiringi HikmahNya yang maha unggul dan terbaik buat manusia yang mahu berfikir dalam konteks paradigma Tauhid.

Selamat berfikir dan berzikir sambil mendengari Ilmu yang amat relevan buat masa ini.



Saya salute "frontliners"....@ Covid-19.


A001

Malam kelmarin jam 3 pagi saya dan anak lelki saya berkejaran ke Hospital Putrajaya kerana tiba-tiba saya rasa mabuk dan kepala pusing. Selain itu saya juga rasa amat mual hendak muntah dan tidak boleb berjalan kerana seperi mahu jatuh.  Hospital itu terdekat dengan rumah saya. Anak saya tiada pilihan. Ia baru sahaja tidur katanya dan tanya kalau saya boleh tangguh esuknya.

Saya tidak daya lagi kerana nampak dan rasa "dunia berpusing". Selepas pemeriksaan di hospital barulah saya tahu itu dia  sakit Vertigo. Maka lega sedikit dan amat bersyukur saya tidak perlu bimbang kerana Allah izin ia mudah diubati. Oleh kerana saya ada kes di IJN maka saya dikenakan juga pemeriksaan ECG dan didapati saya okay. Maka doktor buat injeksyen ubat untuk masaalah Vertigo saya dan preskripsi ubat untuk bawa pulang.

Hospital Putrajaya hanya menumpu pada Covid-19 dan malam itu tidak banyak kes. Maka mereka terima saya dan buat pemerikasaan ringkas kalaulah saya ada tanda-tanda positif. Alhamdulillah tidak.

Sebenarnya saya amat kagum dengan kegigihan" frontliners" dan namak mereka keletihan walaupun tidak banyak kes. Maklumlah, banyak atau sedikit pastinya mereka tidak tidur malam.

Saya melihat sedikit-sedikit bagaimana frontliners ini bertugas melalui liputan lapuran di media massa. Saya kongsikan sedikit yang saya lihat di utube. Banyak lagi yang amat menyentuh keinsafan saya tetapi tidak dapat saya muatkan semua di sini.

Klang Selatan District Police Chief ACP Shamsul Amar Ramli carried out a briefing session for all of them at the police headquarters, here, today. - NSTP pic





Semua fotos diatas adalah ehsan carian google.
Saya rakam atas rasa kekaguman saya kerana usaha mereka amat
tersanjung. Saya sendiri tidak mampu.


Saya salute usaha mereka.(kakitangan kerajaan, swasta dan semua yang membantu tanpa mengira agama, kaum dan strata sosial). Berbagai tugas dan tanggongjawab yang mereka lakukan tanpa mengenal penat lelah. Saya rasa terharu juga dan rasa iri hati tidak dapat menolong seperti sesetengah orang dapat menolong melalui NGO atau persendirian.

Saya hanya mampu berdoa semoga Allah kuatkan kesabaran mereka dan mengurnia kekuatan fisikal dan minda yang luar biasa semasa mereka  keluar membantu. Saya yakin Allah mengganjari usaha ikhlas mereka dan Allah mudahkan buat mereka urusan hidup di dunia dan di akhirat. 

Saya juga berdoa semoga mereka yang belum mengenal Allah swt, semoga Allah swt beri petunjuk dan hidayah mengabdikan diri padaNYA dan semoga usaha-usaha kemanusiaan yang mereka pikul dan lakukan akan Allah terima untuk ganjaran di akhirat nanti.

Semoga Wabak Coronovirus ini / Covid-19 merupakan Rahmat Allah yang tersembunyi dan ia memanggil kita semua untuk mentaati Allah swt jua.

Aamiin ya Rabb.



Thursday, April 2, 2020

Alahai, Corona! Cukup-cukuplah tu, ........Berhentilah!


A001
Corona,... Kau dengarlah sini!
Cukup-cukuplah karenah engkau tu. Berhentilah sekarang.

Sudah seluruh dunia engkau buat susah manusia.Negara kaya engkau serang, negara miskin pun engaku tidak ada belas kasihan. Berbagai yang manusia buat untuk memberhentikan karenah yang engkau lakukan. Sedikit pun engkau tidak memperdulikan. Apa kata kalau tak lama lagi manusia ada senjata vaksin untuk bunuh engkau semua. Pasti nanti engkau menyesal. Eluklah engkau semua berhenti sekarang.

Sudah lebih empat bulan manusia sedunia serba susah mencari jalan keluar melawan engkau. Engkau jangan ingkat engkau ni tak boleh di kalahkan. Tak guna engkau menyesal kemudian.....

Kalau tidak kasihan pada manusia yang tua, kasihanlah pada anak-anak kecil yang ditinggalkan oleh dewasa yang engkau buat angkara. 

Engkau pun Allah yang cipta. Tapi jangan engkau sombong mendabik dada. Jangan menzalimi manusia. Engaku seronok manusia tewas. Tapi ingat.....ini sementara sahaja. Allah itu maha Bijaksana dan maha Adil. Jangan berlagak. Manusia sudah hampir sangat nak dapat vaksin yang boleh bunuh kamu semua. Jangan ingat manusia tidak beri Amaran.

Jadi engkau semua berhentilah sekarang sebelum terlambat.
Bila manusia pulak mengamuk, terkencit-kencit engkau nanti lari. Waktu itu tidak ada maaf buat kamu semua.

Siang malam manusia memohon pada Allah pertolongan menghalau engkau semua. Nyah engkau!!!!!

Allah amat hampir pada doa-doa manusia, terutamanya manusia yang tidak mengengkari Allah. Bukan sedikit manusia yang taat pada Allah.  Dan Allah itu maha Menghendaki kerana Allah jua yang maha Mengerti. Tanpa vaksin pun engkau mudah sahaja Allah hapuskan demi keikhlasan manusia yang memohon tanpa kesombongan.... penuh Iman dan Taqwa yang Allah maha Sayang.

Jadi engkau sedarlah diri.....
Berhenti!  
Sekarang ini dan jangan cuba lagi menghampiri.



Tuesday, March 31, 2020

Advice in Light of Coronavirus (COVID-19) | Shaykh Dr. Yasir Qadhi | Khu...




A001
BLESSINGS IN DISGUISE
SUATU RAHMAH / HIKMAH ALLAH DALAM SESUATU BENCANA.

Alhamdulillah, Kali ini suka saya kongsikan apa Shaikh Dr Yasir Qadhi ini kata mengenai fakta penting yang dapat kita ambil iktibar dengan tersebarnya Wabak Virus Corona ini.

Yang amat terpenting buat saya ialah mesti menyedari bahawa kita ini amat kerdil dan janganlah bersifat menyombong. Kaya macam mana dan berjawatan tinggi sekalipun, Virus ini akan melakat kalau Allah taqdirkan begitu. 

Maka kita sentiasa menginsafi diri bahawa kebergantungan kita hanya pada Allah swt jua.

Mesej yang lain kita dengari terus dari Shaikh yang saya suka mengikutinya di utube.
Semoga selamat terus tinggal di rumah dan kita mudahkan pihak yang ditugaskan mengawal Virus ini. Kita semua sama-sama bertanggong jawab dalam hal ini.

Salam buat semua.



Sunday, March 29, 2020

Yang Tua Dipinggirkan?......@Covid-19.


Bismillah
Alhamdulillah kami sihat buat ketika ini dan semoga terus sihat dalam menghadapi wabak  Coronavirus aka Covid-19. Saya dan suami sememnagnya sentiasa di rumah. Sejak jatuh patah kaki suami saya pun belum pulih sepenuhnya untuk ke Masjid atau ke surau. Sambil berangan-angan menanti Ramadhan alMubarak untuk pergi Tarawikh ke Masjid, Malaysia sudah di rundung malang. 


Ini foto kenanagn tidak lama sebelum kemalangan jatuh dan patah kaki. Kami sudah tergolong dalam kategori warga emas dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurnia hingga hari ini. InsyaAllah bulan Mei ini kami akan sampai umur 73 tahun. Semoga kesampaian.

Kami terus berdoa semoga sihat-sihat dalam kemelut Wabak yang ada sekarang kerana warga tua tidak akan mendapat perhatian jika sakit dan jika bilangan orang muda yang sakit  sudah terlalu ramai. Jika yang muda terlalu ramai maka yang tua akan dipinggirkan jika peralatan di hospital tidak mencukupi. Ini dasar hospital dimana jua di dunia ini. Orang muda masih diperlukan dan orang tua sudah dikira membebankan.

Itu lumrah hidup yang kami harus terima. Tidak mengapa kerana Allah ada dan apa jua yang berlaku Allah maha Bijaksana dan maha Kasih Sayang dan tiada siapa yang akan dipinggirkan semata-mata kerana umurnya.

Hidup dan mati adalah Ketentuan Allah dan tiada siapa yang dapat mengubahnya.


A026
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia akan mematikan kamu, setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat - (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu)".
(Al-Jaathiyah 45:26) |


A011
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
(Al-Munaafiquun 63:11) |

Kedua-dua ayat di atas harus akan membuat semua kita mengerti bahawa ajal dan maut itu ada petanda yang nyata dan ada kiraan yang nyata di sisi Allah yang maha Pencipta. Maka tugas kita hanya mematuhi ayat-ayat itu dan yakin bahawa Allah maha Adil dan tidak akan menzalimi hamba-hambaNya.


A049
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".
(Yunus 10:49

A034
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
(Al-A'raaf 7:34) |



Setiap ajal Allah telah tentukan dan saya cuba bertenang diri walaupun menghadapi hakikat bahawa orang yang di kira warga tua berumur lebih 65 tahun tidak diberi keutamaan semasa rawatan di hospital.

Bersabar sahaja dan berdoa  semoga kami selamat dari Wabak Coronovirus ini dan Allah sentisa melindungi kami dan kami selamat di dunia dan diakhirat.
Aamiin ya Rabb.....

Friday, March 27, 2020

Steve Bannon: We Need to Smash the Curve.



A001

Makin hari makin serious keadaan jangkitan wabak Corona virus aka Covid-19 di negara Malaysia ini. Ini pemerhatian saya secara rambang. Namun saya rasa khuatir ia akan benar-benar melangkaui fakta Pandemic. 

Maka saya kongsikan Video di atas ini sebagai "food for Thought". Dengan lain perkataan ia sebuah wadah untuk berfikir-fikir dan pada mereka yang punya kemampuan bolehlah memberi pandang pada mereka yang punya kuasa dan kemampuan untuk membuat perbezaan dalam pemikiran dan perbezaan dalam mengambil tidakan demi kebaikan rakyat dan manusia sejagat.

Semoga Allah swt menunjuki jalan yang terbaik.
Aamiin ya Rabb.....



Related Posts with Thumbnails