Malam kelmarin jam 3 pagi saya dan anak lelki saya berkejaran ke Hospital Putrajaya kerana tiba-tiba saya rasa mabuk dan kepala pusing. Selain itu saya juga rasa amat mual hendak muntah dan tidak boleb berjalan kerana seperi mahu jatuh. Hospital itu terdekat dengan rumah saya. Anak saya tiada pilihan. Ia baru sahaja tidur katanya dan tanya kalau saya boleh tangguh esuknya.
Saya tidak daya lagi kerana nampak dan rasa "dunia berpusing". Selepas pemeriksaan di hospital barulah saya tahu itu dia sakit Vertigo. Maka lega sedikit dan amat bersyukur saya tidak perlu bimbang kerana Allah izin ia mudah diubati. Oleh kerana saya ada kes di IJN maka saya dikenakan juga pemeriksaan ECG dan didapati saya okay. Maka doktor buat injeksyen ubat untuk masaalah Vertigo saya dan preskripsi ubat untuk bawa pulang.
Hospital Putrajaya hanya menumpu pada Covid-19 dan malam itu tidak banyak kes. Maka mereka terima saya dan buat pemerikasaan ringkas kalaulah saya ada tanda-tanda positif. Alhamdulillah tidak.
Sebenarnya saya amat kagum dengan kegigihan" frontliners" dan namak mereka keletihan walaupun tidak banyak kes. Maklumlah, banyak atau sedikit pastinya mereka tidak tidur malam.
Saya melihat sedikit-sedikit bagaimana frontliners ini bertugas melalui liputan lapuran di media massa. Saya kongsikan sedikit yang saya lihat di utube. Banyak lagi yang amat menyentuh keinsafan saya tetapi tidak dapat saya muatkan semua di sini.
Semua fotos diatas adalah ehsan carian google.
Saya rakam atas rasa kekaguman saya kerana usaha mereka amat
tersanjung. Saya sendiri tidak mampu.
Saya salute usaha mereka.(kakitangan kerajaan, swasta dan semua yang membantu tanpa mengira agama, kaum dan strata sosial). Berbagai tugas dan tanggongjawab yang mereka lakukan tanpa mengenal penat lelah. Saya rasa terharu juga dan rasa iri hati tidak dapat menolong seperti sesetengah orang dapat menolong melalui NGO atau persendirian.
Saya hanya mampu berdoa semoga Allah kuatkan kesabaran mereka dan mengurnia kekuatan fisikal dan minda yang luar biasa semasa mereka keluar membantu. Saya yakin Allah mengganjari usaha ikhlas mereka dan Allah mudahkan buat mereka urusan hidup di dunia dan di akhirat.
Saya juga berdoa semoga mereka yang belum mengenal Allah swt, semoga Allah swt beri petunjuk dan hidayah mengabdikan diri padaNYA dan semoga usaha-usaha kemanusiaan yang mereka pikul dan lakukan akan Allah terima untuk ganjaran di akhirat nanti.
Semoga Wabak Coronovirus ini / Covid-19 merupakan Rahmat Allah yang tersembunyi dan ia memanggil kita semua untuk mentaati Allah swt jua.
Aamiin ya Rabb.
No comments:
Post a Comment