Alhamdulillah kami sihat buat ketika ini dan semoga terus sihat dalam menghadapi wabak Coronavirus aka Covid-19. Saya dan suami sememnagnya sentiasa di rumah. Sejak jatuh patah kaki suami saya pun belum pulih sepenuhnya untuk ke Masjid atau ke surau. Sambil berangan-angan menanti Ramadhan alMubarak untuk pergi Tarawikh ke Masjid, Malaysia sudah di rundung malang.
Ini foto kenanagn tidak lama sebelum kemalangan jatuh dan patah kaki. Kami sudah tergolong dalam kategori warga emas dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurnia hingga hari ini. InsyaAllah bulan Mei ini kami akan sampai umur 73 tahun. Semoga kesampaian.
Kami terus berdoa semoga sihat-sihat dalam kemelut Wabak yang ada sekarang kerana warga tua tidak akan mendapat perhatian jika sakit dan jika bilangan orang muda yang sakit sudah terlalu ramai. Jika yang muda terlalu ramai maka yang tua akan dipinggirkan jika peralatan di hospital tidak mencukupi. Ini dasar hospital dimana jua di dunia ini. Orang muda masih diperlukan dan orang tua sudah dikira membebankan.
Itu lumrah hidup yang kami harus terima. Tidak mengapa kerana Allah ada dan apa jua yang berlaku Allah maha Bijaksana dan maha Kasih Sayang dan tiada siapa yang akan dipinggirkan semata-mata kerana umurnya.
Hidup dan mati adalah Ketentuan Allah dan tiada siapa yang dapat mengubahnya.
Itu lumrah hidup yang kami harus terima. Tidak mengapa kerana Allah ada dan apa jua yang berlaku Allah maha Bijaksana dan maha Kasih Sayang dan tiada siapa yang akan dipinggirkan semata-mata kerana umurnya.
Hidup dan mati adalah Ketentuan Allah dan tiada siapa yang dapat mengubahnya.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia akan mematikan kamu, setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat - (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu)".
(Al-Jaathiyah 45:26) |
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
(Al-Munaafiquun 63:11) |Kedua-dua ayat di atas harus akan membuat semua kita mengerti bahawa ajal dan maut itu ada petanda yang nyata dan ada kiraan yang nyata di sisi Allah yang maha Pencipta. Maka tugas kita hanya mematuhi ayat-ayat itu dan yakin bahawa Allah maha Adil dan tidak akan menzalimi hamba-hambaNya.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".
(Yunus 10:49)
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
(Al-A'raaf 7:34) |Setiap ajal Allah telah tentukan dan saya cuba bertenang diri walaupun menghadapi hakikat bahawa orang yang di kira warga tua berumur lebih 65 tahun tidak diberi keutamaan semasa rawatan di hospital.
Bersabar sahaja dan berdoa semoga kami selamat dari Wabak Coronovirus ini dan Allah sentisa melindungi kami dan kami selamat di dunia dan diakhirat.
Aamiin ya Rabb.....
No comments:
Post a Comment