"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, January 17, 2018

Air dicincang tidak akan putus....




Hari Ahad yang lepas saya dan anak buah saya menuju ke Kuala Selangor buat kali kedua dalam masa hampir 3 minggu. Tujuan hanyalah semata-mata untuk  menjalin "Family Bonding"..... satu budaya yang semua keluarga harus ambil peduli. Itu pun satu ajaran Islam yang harus kita patuhi dengan penuh komitment.

Dengan penuh usaha dan kesabaran kami mencari rumah ini.... rumah cucu saudara saya yang pernah saya ceritakan dahulu. Kami ingin tahu perkembangan hidupnya sekarang dan ingin ambil tahu persekolahan anak-anaknya memandangkan ia kesempitan serba serbi.

Alhamdulillah anak-anaknya dapat memulakan pembelajaran bagi tahun 2018 dengan bantuan kewangan dari kakak saya. Saya ambil ingat akan beberapa hal untuk saya ceritakan semula pada keluarga emak dan ayahnya yang kurang berkemampuan untuk membantunya.





Saya rasa seronok dapat menjejak kasih dan dapat mengenali
 serba sedikit hal cicit-cicit saudara saya.
 Dalam foto ada tiga orang dan yang kecil sekali baru masuk sekolah tahun 1. Seronok ibunya menunjkan foto graduan di Tadikanya diakhir tahun lepas. Semua ibu mahu melihat kejayaan anak-anaknya. 
Menyedari hakikat inilah saya mencadangkan mereka
 balik ke johor dan tinggal di rumah pusaka neneknya. 
Ibunya boleh berusaha bekerja di rumah orang berhampiran dan anak-anak boleh berjalan ke sekolah kerana 
sekolah hampir sahaja dengan rumah pusaka neneknya. 
Biarlah sang suami berusaha berasingan kerana ia mempunyai isteri kedua. Dalam mematuhi hukum dan tatacara hidup Islam 
kita harus membuat senarai keutamaan. Saya yakin kebajikan
 anak-anak harus didahulukan. Maka itu saya membuat 
cadanga untuk memindahkan mereka ke Johor.
 Namun belum ada keputusan muktamad yang dapat dibuat.
 Semoga Allah menunjuki jalan.





Anak sulungnya kini ditingkatan 4 dan saya pergi menjejaknya ditempat ia bekerja dihujung minggu untuk membantu ibunya menyara adik-adiknya. Rasa tersdih di hati melihat kegigihnnya mahu berjaya dalam hidup. Biasa anak remaja begitu akan menggunakan masa hujung minngu dengan kekawn sebaya dan "berhibur"...... sepertinya. Anak remaja ini menumpu pada membantu ibunya. Semoga Allah memberi ia jalan keluar dalam kesusahannya hari ini.

Ia bekerja di warong makan dan menjual Cendol istimewa. "CENDOL BAKAR". Kami ke sana dan mencubanya. Berbaloi.....






Kami bersembang santai dan berbincang yang agak serious 
selama hampir sejam. Saya lega dihati anak 
sulungnya yang remaja ini bersikp matang 
dalam berbincang hal hidup. 
Alhamdulillah.... ibunya punya fikrah yang sihat dan
 mendidik anak-anak  sebaik mungkin. 
Banyak yang boleh diperbaiki
 dan potensi untuk maju saya lihat ia ada dalam dirinya.
 Maka itu saya mahu mereka meneruskan hidup 
di Johor hampir dengan kampung ibu bapanya 
untuk panduan yang lebih dekat.





Anak saudara yang bersama saya mengambil foto untuk perhatian saya dan perhatian kakak saya dan boleh menjadi bahan bincang bagaimana kami boleh membuat "transfomasi" sejajar dengan kehendak pembangunan umat Islam secara jangka panjang.

Kampung tempat mereka tinggal indah tetapi mereka jauh dari sanak saudara yang dapat membimbing dengan lebh teratur. Ini penting bagi anak-anak generasi akan datang yang akan menjalani hidup yang lebih mencabar demi kesejahteraan umat Islam akhirnya. Transformai sulit untuk dicapai jika tidak ada fakta asas "family bonding"....... ia itu jalalinan erat kasih sayang dan kemesraan dalam keluarga.

Sebelum pulang saya bepeluk kasih sayang dan minta cucu saudara saya ini berfikiran menyeluruh dalam mengendali hidup. Saya mendoakan semoga Allah kurnia kemampuan untuk ia berdikari dan berjati diri mengendali keluarga dalam ruang lingkup kimanan dan ketaqwaan.

Walaupun usaha saya ini munkin tidak dipersetujui oleh sesetengah ahli keluarga, tetapi apa jua yang terhasil saya yakin dengan makna pepatah Melayu "AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS".  Redha Allah yang kita cari dan kita berpegang teguh pada fakta bahawa kita mahu masuk keSyurga sekeluarga.....

Mohon pertolongan Mu ya Rabb.....


.........

Tuesday, January 16, 2018

Guru Google Ku....





Alhamdulillah saya dapat pergi kuliah Ust Hadi Hidayat LC seperti yang di iklankan disebelah. Saya sering mengikutinya di UTube dan amat terkesan mendengari kuliahnya yang berbagai tajuk. Saya mengunjungi UTube bila tidak kesempatan pergi kulih di majlis ilmu yang diadakan di Masjid-masjid atau di rumah kekawan dan orang-orang perseorangan. Saya sentiasa ingatkan anak-anak saya untuk mengikutinya di UTube. Jangan malas untuk berusaha yang sedikit itu kerana munafaatnya amat besar sekali.








Kuliah itu di adaka di Majid Negeri di Shah Alah. Saya jarang-jarang sekali ke sana kerana Masjid itu pada pendapat saya tidak "friendly" pada warga emas wanita. Bilik airnya terlalu jauh dengan escalator. Maka sesekali sahaja saya kesana kerana kemampuan untuk berjalan dan naik tangga sudah amat berkurangan. Saya katakan pada suami saya Akitek yang mereka bentuk bukan dari golongan muda dan belum merasai apa  kelemahan kaum tua yang masih suka ke Masjid. Pihak yang meluluskan reka bentuk itu pun saya rasa orang yang juga masih muda dan belum dapat merasai kesusahan kaum tua.

Apakan daya.....umur tua harus ditangani dengan ikhlas hati dan buat sahaja apa yang terdaya.

Peluang mencari ilmu ada di mana-mana. Kita hanya perlu komitment. Saya nasihat anak-anak saya supaya cuba melengkapkan ilmu dari muda lagi dan bila samapi umur 40 tahun sudah boleh menjadi contoh anak-anaknya pula. Rasulullah sallahualaihiwasalam menjadi Rasul dimur 40 tahun. Maka umu 40 itu amat penting jika mahu mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Sedikit sahaja cerita guru di google. Ada beberapa lagi yang saya minati dan mungkin saya cerita di entri lain pula. 
Semoga Allah terus memberi ruang dan peluang hingga ke akhir hayat.


.......

Wednesday, January 10, 2018

Indahnya pautan kasih........




Minggu lepas suami dan saya ziarah seorang teman yang kurang sihat di Gombak Selangor. Sudah banyak tahun tidak ke Gombak maka itu saya minta seorang kawan seangkatan pergi bersama untuk tunjuk jalan. Saya tidak pintar guna GPS atau yang sepertinya.

Foto di atas ini kami berempat. Kami sebaya dan bersekolah bersama di Pontian Johor dari tingkatan satu lagi. Kami sama-sama tamat tingkatan lima pada tahun 1964. Cuma Zainal di kiri sekali tamat di MCKK. Tapi Pontian adalah tumpuan kami maka kami sering juga berjumpa, ziarah menziarah dan buat mini reunion.




Kali ini pertemuan kami memberi kesan di hati. Teman saya yang kurang sihat itu Dato Esa namanya. Beliau pesara Perkhidmatan Awam seperti saya juga. Dalam perbualan santai kami bercerita hal penjagaan kesihatan dan layanan yang kami terima di hospital awam. Kami berpuas hati, cuma masa menunggu agak terlalu lama. Paling cepat 2 jam dan ada ketikanya selama 3 jam. Apakan daya...... kami akur sahaja. Cuma kecewa sedikit kebelakangan ini ada ubat-ubatan yang tidak dapat kami ambil kerana tidak ada stok.... katanya. Maka  kami ambil minggu berikunya. Ekonomi merosot dan ubat-ubatan juga berkurangan. Kita harus mencari tempat untuk mengadu hal........

Jika kita sakit yang agak 'complicated' kita harus ada ahli keluarga yang boleh menjaga dan mengawasi kita. Dato Esa amat bertuah. Isteri yang sudah beberapa tahun tinggal berasingan atas sebab-sebab yang tersendiri kini sudah balik semula ke pangkuan keluarga. 

INDAHNYA PAUTAN KASIH.......

Kita tidak dapat menjangka  apa  yang ada di hati sesama manusia. Hanya Allah yang maha tahu. Saya kagum kerana isterinya mahu pulang semula pada keluarga setelah tahu Dato Esa benar-benar tidak sihat. Pada saya hatinya sungguh mulia..... sanggup melupakan perbezaan dan apa jua yang tidak dapat diselesaikan dan bersatu semula demi kasih yang sebenarnya. Dato Esa sakit dan perlu penjagaan rapi. Isterinya kembali dengan rela hati.......
Maka saya ingat surah Ar Rahman...

A013
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(Ar-Rahmaan 55:13) |

Ayat ini diulang-ulang beberapa kali dalam surah Ar Rahman menyatakan betapa manusia dan Jin harus peduli dan bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.


Saya pulang ke rumah rasa seronok dan bersyukur melihat Dato Esa senyum gembira dan isterinya melayani kami dan Dato Esa penuh mesra. Alhamdulillah.....

Indahnya cinta sesama manusia anugerah yang Maha Pencipta, Maha Kasih dan Maha Sayang pada hamba-hambanya.


...............

Monday, January 8, 2018

Reunion luar dari biasa........




Pada hari-hari terakhir 2017 saya di Tangkak cuba memastikan apa yang perlu dilaksana di SmarTop Subur Fitrah. Selama beberapa hari di sana kekadang kami keluar makan tetapi biasanya partner saya akan memasak sesuatu yang saya tidak terfikir untuk membuatnya. Itu seronoknya bila berada di Tangkak. 

Dan kali ini yang lebih seronok ialah dapat bertemu dengan adik lelaki pada Partner saya yang saya sendiri sudah lama tidak bersua. Dalam foto di atas ini dia berdiri di nombor dua dari kiri. Saya panggil dia Pak KMT. Beliau seorang usahawan dan masanya banyak digunakan di Indonesia. Beliau pulang hanya sesekali, dan pertemuan adik beradik pun amat sesekali. Saya hanya "menumpang semangkuk" berada di sekelilingnya kali ini. Sepertinya ia sebuah 'reunion'.


Kami bertemu di sebuah restoran tetapi tidak menjamu selera kerana ramai diantara kami yang berpuasa. Bila diumur senja seperti kami, maka jika sihat kami akan cuba berpuasa. Entah sampai bila kesempatan berpuasa Allah ruangkan. Semoga Allah beri peluang hingga ke akhir hayat.


Banyak cerita yang mahu dikongsikan. Tetapi oleh kerana masa tidak mengizinkan maka kami hanya mengemaskini cerita yang semua kami terlibat. Ia itu cerita sekolah yang di asaskan oleh Pak KMT dan kamilah yang berganding bahu melaksanakannya. Semuanya dalam masa lebih kurang 3 atau 4 bulan kami merancang dan membina sekolah itu. Ia adalah sekolah berasrama penuh di Garut, Indonesia. Ia khusus bagi anak-anak yatim dan miskin yang punya potensi tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Garut adalah bandar kecil dan perkampungan yang luas, duduknya lebih kurang 3 jam dari Bandung. Kami membina dan memantau dari tahun 2010 hingga tahun 2012 atau 2013. Saya pernah menulis mengenainya dalam blog bagi tempuh itu.

Saya terpaku hati pada sekolah ini kerana kumpulan guru dan staf yang mengendalikan urusan hariannya amat komitted dan pelajar-pelajar juga menunjukan kesungguhan dalam aktiviti pembelajaran yang formal dan tidak formal. Tetapi kita tidak dapat mengatasi takdir. Setelah berjalan beberapa tahun Pengurusan sekolah ini menghadapi masaalah yang tidak dijangka akan berlaku. Ia berkaitan dengan syarat-syarat dan peraturan usahasama dalam perniagaan. Rumit ceritanya. Saya tidaklah bertujuan bercerita kesemuanya. Memadai kami hanya ambil iktibar dari apa yang berlaku. Usahasama perniagaan antara warga dua negara bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran yang luar biasa jika mahu berjaya.

Apa yang terkesan  pada hati saya dalam "reunion"ini ialah mendengari falsafah hidup Pak KMT terutamanya mengenai rasa bertanggongjawab untuk meneruskan sesuatu walau pun masaalah yang dihadapi rumit dan mengancam kebebasan dalam berbagai bidang dan ruang. Apa pun msaalah yang dihadapi, beliau menegaskan supaya jangan kita putuskan silaturrahim yang ada diantara dua pihak yang berkongsi kepentingan. Biar kita rugi di dunia tetapi jangan sampai kita rugi di akhirat. Apalah rugi di dunia berbaqnding dengan kesengsaraan di akirat akibat kita tidak berfikir panjang dan tidak memaafkan kesalahan dalam bentuk apa sekalipun..

Setiap manusia ada kelemahan dan ada kekurangan. Namun kita harus ingat bahawa dalam kelemahan dan kekurangan itu kita masih bersandarkan tekad kita pada apa yang Allah swt syariatkan. Kita memafkan orang, semoga Allah memaafkan kita. (Teringat saya prinsip dan sikap IbadurRahman Yang banyak disebutkan dalam alQuran dan juga cerita-cerita mengenainya dalam hadith-hadith).

Pak KMT amat berhati-hati dalam tindakannya, samada dalam hal sosial, hal keluarga atau hal perniagaan dan perusahan. Beliau pernah jatuh dalam perusahaannya tetapi beliau berani bankit semula dengan semangat yang mengkagumkan saya. Beliau berkata kita jangan lupa pada pertolongan orang dalam menjalani hidup ini. Kita tolong orang, Allah pasti tolong kita. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.....

Terpegun saya mendengari cerita-ceritanya. Tetapi masa tidak mengizinkan untuk bercerita lama. Hanya lebih kurang sejam kami bersama dan Pak KMT harus besegera pulang ke Kuala Lumpur. 

Itulah reunion yang luar dari biasa. Hidup ini amat singkat. Maka biarlah dunia ini menjadi pemangkin pada kesejahteraan kita di akhirt. Mencari yang terbaik hanya dari di sisiNYA.......


.........

Saturday, January 6, 2018

Benteng pertahanan diri masih belum kukuh.....ngeri.





Hari itu cuaca hujan dari pagi, sebentar renyai dan sebentar agak lebat. Saya dan Partner  Tadika SmarTop Subur Fitrah memandu dari Tangkak ke arah Pagoh. Kami cuba selesaikan tugas 2 hari sebelum menjelang 2018 semoga kesibukan nanti pada tahun baru dapat dikurangkan.

Kami beputar-putar di Pagoh mencari bangunan yang sesuai untuk kami sewa dalam usaha kami mahu mengadakan cawangan Tadika di daerah itu. Dalam pada itu kami meluaskan pandangan dan menuju ke arah Panchor, sebuah pekan yang kecil tetapi hampir dengan Pagoh.

Dalam berputar-putar kami lalu di tepi sungai Muar seperti foto di atas itu. Saya agak teruja dan meredah kawasan yang agak kurang teratur dan kurang bersih sambil menanti suami patner saya bertanya-tanya dengan penduduk setempat tentang kebarangkalian boleh mendapatkan bangunan yang boleh disewa,




Saya agak sangsi boleh mendapat bangunan seperti yang kami fikirkan kerana bangunan-bangunan yang ada pun nampak lama dan tua. Tambahan pula suasana yang kami nampak tidak membuat kami selesa, jauh sekali dari rasa teruja. Di tepi sungai itu ada pohon besar yang membuat saya rasa agak "ngeri" kerana teringatkan cerita-cerita lama mengenai "hantu" dan "pontiananak". Lihat foto berikut.






Sebelum beredar kami berhenti di sebuah kedai kopi untuk rehat dan melihat-lihat. Tuan punya kedai ramah sekali dan kami bertanya-tanya hal penduduk dan bangunan untuk sewa. Pendekan cerita tuan punya kedai ini sanggup membawa kami untuk pergi lihat bangunan yang dia sendiri punya untuk di sewa. Oleh kerana ia sibuk kami duduk menanti.

Ketika inilah satu peristiwa berlaku. Dengan tidak semena-mena seorang lelaki agak tua tiada gigi yang penuh datang duduk di meja kopi kami dan membuka cerita bahawa dia seorang tukang urut. Kami mendengar sahaja tanpa menyambut ceritanya. Yang menakutkan saya ialah dia kata dia boleh tahu sama ada seseorang itu dikacau makhluk halus atau tidak. Dia kata kami betiga kosong. 

Saya sambil mendengar sambil bertalipon. teteman saya rasa tidak selesa dan minta diri untuk tunggu tuan punya kedai di luar sahaja.

Ceritanya aneh sekali. Katanya dia bolih lihat apa yang orang lain tidak bolih lihat.
Pelik sekali.....

Bla sampai di rumah Tangkak kami ulas kejadian yang berlaku di Panchor tadi. Saya katakan kita ini masih lemah dari segi kekuatan Rohani kerana orang tua itu tidak takut sedikit pun dengan kami, Saya lantas teringat cerita dalam sejarah Islam bahawa syaitan dan jinn amat takut akan Saidina Umar alKhatab RA. Jika jinn nampak kelibat Saidina Umar RA pun dia sudah melarikan diri lintang pukang jauh-jauh kerana takut dan gentar.

Kita dengar juga cerita  Ustaz-ustaz yang mahir perubatan Islam dan perubatan alternatif dapat rasa jika ada elemen Jinn disekeliling. Saya tidak arif. Tetapi saya rasa dan kata pada teteman saya bahawa benteng pertahan diri dari segi rohani masih tipis dan belum cukup untuk menakutkan elemen seperti Jinn sayitan. Semoga Allah melindungi kami. Semoga Allah menerima amalan soleh yang sedikit ini sebagai benteng untuk keselamatan. Semoga Allah tingkatkan Iman dan Taqwa dan yakin Allah sahaja yang maha pelindung dan maha berkuasa atas segala sesuatu. Kami akan sentiasa berhati-hati.....

Itu sahaja cerita saya...
Mohon perlindungan Mu yang Rabb....


........

Thursday, January 4, 2018

Cucu-cucu ke sekolah..... utamakan keseronokan.



Huzaifah....Sudah mula remaja di tingkatan 1. Dia cucu sulung. Dia anak istimewa dan pilihannya ialah belajar bakery. Dia tidak mudah menumpu pada sesuatu maka ibu dan gurunya setuju ia memilih bakery. Allah maha Adil maha Saksama. Allah kurnia berbagai kepintaran, kepandaian dan keistimewaan. Maka bidang akademik bukan pilihannya. Tidak mengapa, tiada sesuatu yang Allah kurnia itu sia-sia. Pasti ada hikmahnya.

Maka saya sentiasa mengingatkan anak-anak saya supaya jangan menggesa anak-anak untuk serupa dengan kekawannya. Yang penting ia haus seronok ke sekolah dan seronok menjlani hidup kanak-kanak dan seterusnya remaja. Apabil seronok maka mudah ia menerima ilmu dan proses pembelajaran akan menjadi suatu yang di tunggu-tunggu setiap hari. Hati yang seronok akan membuka minda dan mudahlah pula ia mengajar diri untuk terus belajar. Jika hati tidak seronok ke sekolah, maka akan timbul masaalah pembelajaran.

Semoga Huzaifah menjadi anak yang soleh dan cemerlang dalam bidang pilihannya.

Di bawah ini saya turunkan pula foto-foto hari ini dalam sejarah cucu-cucu yang lainnya.


Ini Aizel. Tahun satu di sekolah berhampiran rumahnya di Puchong.


Ini Aqil. Juga tahun satu di Putrajaya.


Ini Amani Farissa di Sekolah Rendah Kampung Tunku.
Ia tinggal bersama saya dan in syaa Allah belajar maths dan sains dalam bahasa Inggeris.


Ini Uwais, Aizel dan Balkish. Uwais ada sedikit rasa kurang seronok 
pergi mengaji di rumah Ustaz di belakang rumah. Tidak ada kelas Kafa 
seperti di tempat-tempat lain. 
Saya rasa amat tidak faham mengapa begitu.
Mereka ini di Puchong. Saya minta ibunya menumpu pada Uwais 
semoga ia dapat merasai keseronokan pergi ke sekolah. Uwais masuk tahun3.


Ini Uwais empat beradik. Masa berlalu begitu laju dan saya kekadang tidak
 dapat mengikuti  perkembangan pembelajran mereka.

Pendidikan adalah asas kejayaan Tamadun manusia.
 Dan asas utama adalah Akhlak.
Ini tajuk perbincangan yang memerlukan ruang  dan masa.
In syaa Allah saya dapat menulis sesuatu mengenainya sebelum saya mengundur diri selamanya.
Sememangnya ia menjadi satu dilema memilih sistem pendidikan  yang dapat 
menjamin kecemerlang akademik dan akhlak. Sistem pendidikan
negara masih ada kepincangan.
Ini bukan suatu yang mudah diselesaikan. Maka sebab itu ada ibu bapa 
yang memilih "Home Schooling". Ada pilihan bebas 
bagaimana mahu menjalani proses
 Pengajaran dan Pembelajaran yang seimbang dan inklusif.

Saya hanya mampu berdoa dan nasihat sedikit sebanyak pada anak cucu dalam hal ini.
Ilmu saya pun belum tuntas dan baki umur saya pun amat sedikit sekali. Saya minta anak-anak saya sentiasa peka ha-hal pendidikan dan sentiasa menghayati pesanan 
Lukman alHakim seperti yang disebut dalam alQuran. 
Saya berhenti di sini dan saya turunkan 
Asas yang paling Asas dalam pendidikan.

A012
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.


A013
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

A014
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


Mohon maaf atas perkongsian seperti "TOUCH n  GO"sahaja ini.
Semoga Allah menunjuki jalan dan semua kita mendapat petunjukNYA
Ke arah Pendidikan yang sempurna.


........
......

Wednesday, January 3, 2018

2017 kita tinggalkan.....





Pagi itu teman Partner saya ambil saya dengan Uber untuk ke TBS dan naik bas ke Tangkak. Tetapi 30 Disember bukanlah  tarikh yang bagus untuk ke mana-mana melainkan kita ada hal penting sebab kenederaan awam di TBS amat sesak sekali. (foto di gate 4, TBS tunggu naik bas.)

Kami ingin ke Tangkak untuk menutup tirai Pre school SmarTop Subur Fitrah. Pada 2018 Pengurusan Taska akan dibuat di bawah naungan Koperasi Subur Fitrah...KOFITRAH. Ini idea untuk dilaksana pada 2018 dan semoga tercapai.

Setelah melihat dan memandu persediaan kelas untuk 2018, saya dan partner menuju ke Pagoh Johor untuk melihat-lihat keadaan pembangunan yang terkini untuk mendapatkan premis baru membuka Cawangan Taska Subur Fitrah.



Ini kali pertama saya ke daerah ini dan rasa teruja melihat betapa pesat pembangunan yang sedang berjalan. Dalam rasa teruja ada juga perasaan keraguan sama ada graduan univesity yang sedang membangunan di sini akan mendapat pekerjaan yang setaraf. Namun saya mengharapkan akan ada perubahan besar tahun ini yang memberi gambaran yang lebih meyakinkan dan lebih cemerlang. Kami di SmarTop akan terus berusaha dengan sikap positif kerana itu sahajalah harapan yang terbaik.







Kami putar-putar untuk melihat lokasi dan bangunan yang sesuai untuk disewa. Kami catat maklumat-maklumat yang mungkin diperlukan dan kemudian kami kekawasan lama daerah Pagoh untuk melihat jika ada alternatif yang lebih baik. Hari itu cuaca kurang baik maka kami "return to base" sebelum larut petang.

Malam itu kami ahli Lemaga Pengelola bertemu di rumah kami di Tangkak untuk berbincang strategy selanjutnya semoga tahun 2018 akan menghasilkan sesuatu seperti yang kami rancangkan. Tahun 2017 berlalu dengan sedikit masaalah guru dan staf yang sering bertukar ganti. Ini adalah kerana pasaran tenaga manusia tidak memberangsangkan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Ini mengakibatkan sedikit masaalah kewangan. Alhamdulillah dengan usaha dan kesabaran kami dapat bernafas tenang akhirnya. Dalam pada itu kami juga akan mengaturkan sesuatu untuk mendapatkan dana pembangunan dan pengurusan yang lebih teratur untuk menjamin kesinambungan operasi kami. Semoga pertolongan Allah sentiasa dekat dan usaha kami diberkati.

.........
Related Posts with Thumbnails