"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, July 31, 2019

Perginya Abang yang satu.....


Hari bersejarah buat saya.... 28 July yang lalu abang saya yang seorang sahaja itu pulang ke Rahmatullah. Sabab musababnya ia sudah berumur 76 tahun dan kurang sihat. Ia meninggal di HUKM semasa membuat rawatan berkala sejak beberapa tahun yang lalu. Kata anak-anaknya ia boleh pulang pada hari sabtu itu tetapi Allah telah tentukan yang lainnya. Ia diserang sakit jantung dan di pendekan cerita, ia meninggal dunia keesukan harinya jam 2.15 petang. Allah iazin segala urusan termasuk persemadian dapat dilakukan sebelum 6 petang. Alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya.

Pada zahirnya, nafas yang terakhir amat tenang sekali dan semuanya nampak aman. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan Ruhnya bersama-sama Ruh orang-orang Solehiin dan Sidiqqiin.

Saya turunkan di sini ayat-ayat alQuran sebagai ingatan buat diri saya dan keluarga dan sesiapa jua.

A155
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:


A156
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


A157
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.


Bersama Allahyarham abang saya terakhir sekali
 pada 1 Syawal 1440 H yang lalu.


Ini foto kenangan pada hari yang sama di rumahnya bersama keluarga
 dan cucu-cucu saya.




Sekarang tinggal saya bertiga dari 8 adik beradik., 7 perempua dan seorang sahaja lelaki. Dari kiri kakak saya berumur 80 tahun dan yang tengah berumur 84 tahun. Walaupun saya 72 tahun janji Allah tiada siapa dapat menduga. Semoga Allah menganugerah umur yang bermunfaat.

Kenangan hidup saya bersama abang ada kala duka ada kalanya suka. Itu suatu lumrah yang ada dalam kehidupan manusia kerana Allah akan menurunkan ujian untuk menempatkan kita makin hampir padaNYA.

Alahamdulillah.......

Peristiwa kenangan istimewa buat saya ialah abang saya belikan saya basikal perempuan berjenama Raleigh yang baru kerana saya lulus LCE pada tahun 1962 dan saya terpilih jadi Prefect pada tahun itu juga. Saya amat teruja dan ingat hingga kini.Saya seronok kerana dapat menggantikan basikal lama yang emak saya beli. Emak saya pun seronok sama. Saya dapat "bergaya" kesekolah yang jauhnya 1 kilometer setengah. Sebelum itu saya berjalan kaki sahaja. Satu hari ulang alik ke dua tempat sekolah pagi dan petang mengambil masa dan sering kepenatan kerana saya suka sukan dan terpaksa ke padang besar untuk latihan pula. Kini kesemuanya jadi kenangan manis. Alhamdulillah........

Saya memerhati keadaan hubungan hidup berkeluarga besar. Hanya Allah yang bolih meniali segalanya. Akal dan perasaan kita hanya laluan yang harus diterokai dengan hati yang ikhlas. Tiada manusia yang sempurna. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kami dan menganugerah pada kami semua Syurga FirdausNYA tanpa hisab dengan limpah RahmatNya yang tidak terhingga.

Aamiin ya Rabb.....

Tuesday, July 30, 2019

Sudut Santai 4



Sudut yang biasa.
Ada kalanya yang biasa itu lebih
 membawa ketenangan jiwa.


.......................

Thursday, July 25, 2019

Semua anak-anak adalah amanah Allah.......

A001
Setiap kita ingin memiliki anak. Itu Fitrah yang Allah kurnia pada setiap insan. Tetapi tidak semua insan yang mendapat kurniaan apa yang disukai. Namun Allah maha kasih sayang dan Allah berfirman:

A030
Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.
(Al-Israa' 17:30

Dan mereka yang Allah kurnia harus bertanggongjawab dan memelihara Amanah Allah. Ayat berikut menjelaskannya.

A031
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
(Al-Israa' 17:31) |

Sehubungan dengan ini saya ingin berkongsi suatu "kelohan hati" insan yang tidak mendapat kurniaan anak kandung dan tertanya-tanya sama ada takrif anak soleh yang menolong ibu bapa adalah anak yang dikandung dan dididik hingga soleh dan dapat menolong ibubapa di alam barzah dan alam akhirat nanti. Jika seorang insan mendidik anak angkat atau mendidik anak tiri atau membantu mendidik anak-anak di rumah penjagaan anak-anak yatim dan miskin, adakah ia boleh mendapat munafaat dari pengorabanan mereka  mendidik anak-anak ini hingga soleh.

Maka saya mencari-cari di google sama ada terdapat pencerahan akan isu ini dari mereka yang Arief. Saya mendapati rencana yang saya turunkan di bawah ini selepas foto hiasan.


Foto cucu saya di hari sukan di Tadika


Ini anak-anak Tadika SmarTop Subur Fitrah di Tangkak yang saya bantu urus.

"Mengenai doa anak yang soleh, ada satu tafsiran yang unik namun kurang diketahui umum. Sebenarnya ia tidak hanya merujuk kepada anak kandung, malah juga membawa maksud ANAK DIDIK yang berjaya di’ISLAHKAN’ menjadi lebih baik (SOLEH) melalui aktiviti pendidikan atau dakwah oleh para murabbi/ah. Ini menunjukkan bahawa Allah itu adil kepada golongan yang tidak punya anak. Inilah juga yang kami tawarkan kepada golongan ini selama ini agar tidak terlalu sedih atau prejudis kepada Allah.

Hujjahnya, hadith di atas telah menggunakan perkataan 'WALADUN SOLEH' yang bermakna ANAK SOLEH secara umum. Ia tidak berbunyi 'BANIN SOLEH' yang membawa maksud ANAK KANDUNG. Ini menjadi motivasi untuk menggalakkan kita memelihara anak angkat dan anak yatim untuk dididik menjadi SOLEH.

Inilah kelebihan yang dinikmati oleh TGNA dan ramai para da’ie atau murobbi pendidikan agama. Selain dari kejayaan TGNA mendidik anak sendiri, lihatlah betapa ramainya kehadiran di hari pengkembumian. Antara mereka adalah bekas pelajar madrasah dan pengikut setia kuliah TGNA sepanjang hayatnya.

Inilah juga tarbiah yang memberikan motivasi SAHAM AKHIRAT kepada murobbi/ah RPWP untuk berkorban habis-habisan dalam MENDIDIK anak-anak jagaan kami. Mereka sanggup bekerja tanpa gaji dan tanpa cuti. Setengahnya tiada anak kandung sendiri pun di RPWP. Seorang dari kami tidak sempat berumahtangga lalu syahidnya tanpa meninggalkan zuriat. Kami yakin doa anak-anak soleh yang dididik dengan basmalah dan penuh kasih sayang ini akan dimakbulkan Allah. Apatah lagi doa anak-anak yatim dan teraniaya yang sempat diselamatkan. Amat banyak dalil dari alquran dan hadith tentang ini."


Saya petik dari:


Like This Page · February 21, 2015Edited 
(ehsan carian google)


Dari keterangan di atas saya mengharapkan pencerahan takrif anak seperti di atas adalah yang bolih diterima. Jika benar maka ramailah "ibubapa" yang akan rasa gembira kerana seperti yang saya tahu dalam amsyarakat kita ramai yang mengambil anak angkat atau mereka mengeluarkan banyak sumbangan harta dan tenaga membantu anak-anak yang diasuh di rumah anak-anak yatim dan sebagainya. 


Saya rasa begitu kerana setiap anak adalah amanah dari Allah.

Maka kita tidaklah perlu berkira-kira sama ada amalan kita membantu anak-anak yang bukan anak kandung itu akan menjadi suatu yang sia-sia. Di sisi Allah swt tiada suatu pun  yang sia-sia jika ia dilakukan penuh kesabaran dan keihlasan dalam ruang lingkup Iman dan Taqwa.

Itu sahaja perkongsian fikir-fikir saya kali ini. Semoga kita bertemu lagi, insyaAllah.
Aamiin ya Rabb....


Sunday, July 21, 2019

Sudut santai 3



Semoga dalam cahaya yang samar-samar ini
 Allah perlihatkan kebesaranNya
supaya kita sentiasa mensyukuriNYA.


................................

Friday, July 19, 2019

Berkongsi maklumat mengenai peristiwa Akhir Zaman.





Ini foto arwah emak saya yang baru dikirim pada saya oleh anak buah saya  yang ada dalam foto ini. Ia tidak jelas kelihatan rupa tetapi buat saya ia amat jelas dalam ingatan.  Foto ini diambil lebih kurang 44 tahun yang lalu.

Sebuah nostalgia......

Bila asyik merenung foto ini terlintas banyak kenangan lama dan banyak juga kejutan difikiran menganai hidup dan kehidupan sekarang ini. Emak dan bapak sudah lama meninggalkan kami. Bapak meninggal semasa saya  berumur 16 tahun dan emak pula semasa saya 57 tahun. Saya kini berumur 72 tahun. Bila terkenang mereka, saya sentiasa peka dan bertanya-tanya diri bilakah pula giliran saya. Rasa takut dan gentar bila terlintas cerita-cerita mengenai kematian. Senyap-senyap saya mencari jalan pulang yang Allah redha. Mohon padaNYA...........

Kebelakangan setahun dua ini saya mendorong dan memacu  diri untuk membaca dan mendengari hal-hal yang berkaitan dengan Akhir Zaman. Kalau pun umur saya tidak sampai ke Akhir Zaman, pastinya kematian diri itu sudah pasti berakhirnya Zaman untuk saya.  Maka saya mahu memahami sepenuhnya erti hidup dan kehidupan dan memahami fakta-fakat yang mempengaruhi pilihan saya dalam menentukan apa yang saya ingin capai. Betulkah sudah apa yang saya lakukan ini sejajar dengan kehendak yang maha Pencipta. Betulkah sudah nowaitu saya dan betulkah sudah falsafah pegangan hidup saya. Dengan lain perkataan saya dengan penuh khuatir cuba mengodit diri sebelum sampai Hari Perbicaraan di hadapan Mahlamah yang maha Agong.

"Buku Apa yang Harus Saya Baca?"

Maka saya mencari bahan- bahan membaca
(foto hiasa ehsan carian google) dan berbincang apa yang saya baca dengan siapa sahaja yang saya rasa selesa dan berbicara santai di rumah saya. Semasa saya di Kg Tunku Petaling Jaya setahun lalu saya ada tempat mengaji di hadapan Ustaz yang saya minati. Sekarang ini setahun sudah saya di Putrajaya tetapi saya belum mendapat tempat mengaji seperti dahulu.

Maka  saya lebih mendengari dari rencana-rencana yang di Utube yang diterbitkan oleh berbagai kumpulan pendakwah dari Malaysia dan dari seluruh dunia. Di sini saya ingin kongsikan apa yang saya baca dan mohon pandangan dari pengikut budiman semoga saya tahu saya tidak tergelincir dan kecundang memandangkan baki umur yang ada ini amat sedikit sekali jika saya lihat umur saya sekarang.  Maka saya berdoa apa yang saya baca dan apa yang saya lakukan tidak menyalahi kehendak yang Maha Pencipta, Tuhan sekian alam. Amat rugi jika saya tersasar..........saya berlindung pada Allah jua.Antara Ulama'/ bijak pandai yang bercerita mengenai Akhir Zaman yang saya ikuti adalah seperti berikut:

  • Ustaz Wadi Annuar
  • Ustaz Au'ni Mohamed
  • Sheikh Imran Hussein
  • Dr Abdullah Hakim Quick
  • Shaikh Omar Baloch

Saya ikuti juga:

  • Shaikh Hamza Yusuf
  • Ustaz Nouman Ali Khan
  • Dr Yasir Qadhi
  • Shaikh Okasha Kameny
  • The Bike Precher
  • Saajid lipham
  • Ustaz Adi Hidayat 
  • Al Marjan TV

Pilihan ini adalah pilihan rambang yang mengikut cita rasa saya mendengarinya. Terpulanglah pada pembaca budiman untuk memilih. Ada banyak lagi yang belum saya terokai. Cuma dalam mendengari mereka di atas ini dapat membuka minda saya lebih luas dan lebih mendalam. Alhamdulillah. Semuanya datang dari Allah jua.

Dalam mendengari mereka secara tidak langsung (sekurang-kurangnya) saya dapat meninjau tafsir ayat-ayat Quran seperti yang tidak pernah saya mendengari dalam kelas-kelas pengajian saya sebelum ini. Ini mungkin silap saya kerana tidak duduk berfikir lebih dari apa yang didengari.

Cerita-cerita Akhir zaman amat memukau minda dan hati saya. Mula-mula saya ingat subjet itu tidak relevan buat saya kerana saya ingat kejadian itu mungkin tidak berlaku dalam umur saya di alam ini. Ini amat silap sekali sebabnya kerana fakta memahami fenomena akhir zaman ini dapat membantu kita memahami erti kehidupan harian dan dengan itu dapat membina kefahaman kita mengenai Iman dan Taqwa. Justeru itu maka dapatlah kita membuat perubahan dan penambahan mengenai amalan kita selaras dengan Ilmu yang kita perolehi. Alhamdulillah. Semoga Allah menunjuki jalan yang benar.


Surah Al-Jinn - سورة الجن

Selain itu saya mengikuti juga kisah-kisah kejadian makhluk JINN, Iblis dan Syaitan yang Allah cipta sebelum terciptanya Nabi Adam AS dan manusia seterusnya. Terkejut saya mendengari bagaimana Jinn, Iblis dan Syaitan mempengaruhi cara manusia berfikir dan bertindak. Sebelum ini saya ambil ringan dalam memahami kuasa yang Allah izin pada makhluk-makhluk yang ghaib ini. Saya ingatkan setakat meyerang kewarasan manusia dan memukau fikiran untuk tujuan yang biasa-biasa kita dengari sahaja,

Saya amat silap......

A034
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
(Al-Baqarah 2:34

Jinn bertindak berbeza sedikit dengan Iblis dan Sayitan kerana  adanya Jinn yang Islam. Iblis dan sayitan nanti diHari Qiamat terus sahaja ke Neraka. Tetapi Jinn tunngu dihisab seperti manusia juga. Allahu'alam......

Jika kita dengari Rukyah buat Jinn oleh mereka yang yang berilmu dan mahir dalam bidang ini barulah saya mendapati bahawa pengaruh Jinn dan Iblis  dan Syaitan amat besar . Kemelut dunia sekarang ini termasuk segala haru-biru yang ada di Malaysia ini adalah dipenagaruhi oleh elemen Jinn dan Iblis melalui persatuan yang berahsia besar seperti Freemason dan sekutunya. Ini fahaman saya setelah saya lihat dalam utube mengenai apa yang berlaku di dunia terutamanya yang berkaitan dengan Yahudi yang mahu menguasai BaitulMaqdis atau Jerusalem.

Sekarang ini saya menumpu memahami apa itu fenomena akhir zaman dan cuba memahami pengaruh Israel dan Amerika Syarikat yang cuba menawan AlAqsa sepenuhnya kerana tujuan besar mereka ialah untuk menawan dunia. Saya mula memahami bahawa mereka inilah yang punya ciri-ciri dajjal yang disebut dalam alQuran. Kita harus peka semoga kita dapat menjuruskan diri kepada pengabdian yang Allah itu satu dan maha Berkuasa.

Dalam sesetengah ceramah yang saya ikuti saya mula mendapat kefahaman bahawa kita di Malaysia ini juga dibuai kepercayaan yang disebar oleh Yahudi yang mempercayai bahawa jika kita pandai dan kaya maka kita lah umat pilihan seperti Yahudi percaya merekalah umat Pilihan dan percaya dunia ini adalah hak mereka sahaja. Yang lain harus ikut telunjuk mereka. Lebih dahsyat lagi mereka mahu menyesatkan umat manusia supaya mengengakri Allah swt. Maka cerita- cerita mengenai Imam Mahadi, Dajjal dan kembalinya semula Nabi Isa AS yang disebut dalam Quran atau hadith amat perlu kita fahami.

Dalam umur saya ini ketajaman pemikiran saya agak terhad. Maka saya kongsikan di sini untuk anak-anak muda dan mereka yang belum dikira warga emas untuk memahami fenomena akhir zaman kerana ia relevan buat kita tidak kira umur berapa. Saya katakan pada anak-anak pentingnya memahami semua ini dari awal muda kerana amatlah rugi jika menunggu samapi umur seperti saya yang sudah hampir kepenghujungnya. Namun demikian saya memohon pada Allah kurniaan umur yang bermunafaat.

Saya katakan begitu kerana sekarang ini unsur-unsur dajjal pun sudah mula di resapkan dalam program kanak-kanak termasuk cerita-ceria Kartun. (Ilustrasi hiasan ehsan carian google).


Cartoon Vector Illustration Mega Pack


Lambang-lambang sihir dan lambang-lambang ciri dajjal (lihat dalam ciri ceramah yang khusus,...bukan di atas) disesuaikan terus dalam membentuk kartun-kartun dan jika kita tidak tahu maka kita tidak menyedari. Bukan dari bentuk lukisan sahaja malah dari script yang dipertuturkan.

Maka kita harus berwaspada !........

Sampai di sini sahaja yang dapat saya  kongsikan apa yang saya tahu. Banyak lagi yang saya belum tahu dan jika ada yang saya tahu pun saya tidak pandai menceritakan disini sepenuhnya kerana ia suatu yang komplex buat saya dan saya tidak pandai bagaimana mahu mentafsir ayat-ayat alQuran seperti Ustaz-ustaz yang saya sebut diatas. Saya mohon maaf atas entry saya yang kurang jelas kerana ilmu yang terhad. Tujuan saya hanya untuk menarik perhatian mengikut kemampuan. Semogga Allah menunjuki jalan yang benar pada kita semua dan semoga kita selamat di dunia dan diakhirat.
Aamiin ya Rabb......


...................................

Thursday, July 18, 2019

Indahnya tidak serupa.......



Manusia sering melihat dan merasai tersayu jika keindahan
 itu bukan miliknya.
Allah yang Maha Bijaksana memahami fenomena ini dan pastinya
Allah mempunyai rahsia yang dismpan buat kita.
Maka kita kembali meyakini bahawa Allah itu maha Sempurna 
maka semuanya indah belaka.
Sudut keindahan berbeza tetapi semua ada hikmahnya yang akan
 terserlah disuatu masa yang Allah pilih untuk kita.
Kita bersyukur sentiasa kerana yang Allah ingin lihat ialah hati
 yang redha patuh menerima segala ketentuanNya.
Kita pastikan ikhtiar usaha kita serlaras dengan kehendakNya.


...........................


Kita renungkan sedikit ayat alQuran yang memberi pencerahan. Kita fikirkan........

A078
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?


A079
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).



...................................

Wednesday, July 17, 2019

Baju Raya cantik tapi tak mahal.......Maka APA yang mahal ?.......







Waktu Raya hampir kehujungnya barulah sekolah buat "Hari Raya Pot Luck."

Cucu-cucu saya pun bergaya dengan Baju Raya tahun 1440 hijriah. Warnanya kelabua tua siap dengan kain sampin.

Di sebelah ini Amru Fathullah berumur 5 tahun. Bukan senagan hendak ambil gambar yang posing seperti ini. Mujur hari itu dia ada mood.....

Di bawah ialah foto kakak Amru, Ammani Farissa.  Umurnya 8 tahun. Sudah mula dibiasakan memakai tudung. Semoga berkekalan hingga akhir hayat walau pun sekarang masih belum dapat istiqamah. Mummynya perlu perhatin dan bersabar.

Kedua mereka ini keturunan darah Cina. Sebab itu saya lebih "tolorent" dengan kaum Cina. Adalah tanggong jawab orang Islam untuk memberi kefahaman yang cukup pada mereka dan bertindak dan berurusan dengan penuh hikmah mencontohi sikap Raslullah saw.  InsyaAllah terpelihara hubungan.


Jadi apa pulak yang mahal?
Ini lah yang mahal.......


Dapat pelukan kasih sayang Tok Ayah sebelum pergi.
Kuih muih 'pot-luck'  mudah sahaja. Kek pisang.
Tetapi tidak habis sebab lebih suka makan Pizza yang kawan bawa.
Begitulah karenah anak-anak.
Nanti besar kalau baca entry ini tentu senyum semua.

Alhamdulillah Embah dan Tok ayah masih dapat
 keseronokan dikelilingi anak cucu.

Itu sahaja hingga lain kali.

.....................................................................

Tuesday, July 16, 2019

Rindu teman lama menghilang.....



Berderrrrring bunyi telefon suatu pagi minggu lepas.
Teruja sekali buat saya kerana ia dari seorang teman yang
 hampir 10 tahun tidak bertemu.
Ia tinggal di Subang Jaya tetapi seperti terlalu jauh kerana ia amat sibuk 
membantu mengasuh cucu-cucu yang masih kecil.

Kami bekerja dalam satu pejabat hampir 16 tahun yang lalu.
Kejam celik sudah begitu lama saya bersara.
Syawal masih ada dan saya ajak ia datang seawal tengah hari 
dengan harapan dapat makan bersama.

Kami makan tengah hari dengan menu seadanya pada hari tu.
 Ini yang istimewa kerana kami ikhlas dan semasa bekerja dahulu pun kami
saling membantu tanpa banyak protokol.
Alhamdulillah kami masih dapat bercerita itu dan ini mengenai hidup dalam
persaraan dan gelak ketawa bila mendengari lawak 
yang sama seperti dahulu kala.
Kepedulian bantu membantu dahulu hanya tinggal kenangan sekarang.
Entah bila lagi dapat bertemu dan bersembang santai lagi.
Semoga Allah masih bagi ruang dan peluang buat kami.
Aamiin ya Rabb.....


..........................

Monday, July 15, 2019

Bahagia Raja Sehari.......









Alhamdulillah, pagi itu cuaca amat nyaman. Suami dan saya sebelum jam 8 lagi sudah siap untuk ke majlis akad nikah anak saudara suami saya di sebuah dewan di Putrajaya. Hampir dengan rumah saya dan amat bersyukur tidak merentas jauh.

Sambil menunggu bermulanya majlis saya rakam foto dengan suami dan anak di luar dewan. Saje2 seronok ...........



Saya tidak berapa sihat hari itu dan saya tidak menghadiri Majlis resepsi 
yang diadaka pada tengah harinya.
Saya mendapat foto kiriman dari anak saya di atas dan di bawah.



Ini foto pengantin dengan ibu bapa tersayang. 
Semoga bahagia hingga keSyurga.



Majlis perkahwinan tidak meriah jika tiada singgahsana untuk raja sehari.
Cantik dan menjadi sebuah kenanagan.


.......................................



Sunday, July 14, 2019

Sudut santai 2

Selingan.......



Cantik buat saya.
Tetapi hakikat cantik adalah eksklusif di mata dan di hati setiap individu.

...........

Saturday, July 13, 2019

Siapa Musuh Saya?....bukan Cina, bukan Hindu, bukan...


Musuh sebenar saya ialah Jinn, Iblis dan Syaitan......



Mengapa tiba- tiba nak cerita Jinn, Iblis Syaitan.......

Dalam kemelut politik Malaysia kini yang sibuk bertengkar pendapat tentang siapa yang berhak berkuasa, siapa yang harus menjadi perdana menteri dan berbagai lagi isu, saya duduk berfikir seorang diri cuba memahami siapa yang betul dan benar dan siapa yang saya harus ikuti dalam menjana kehidupan yang tinggal sedikit ini sahaja lagi. Ustaz kata diakhir umurlah kita harus berhati-hati kerana jika silap tiada siapa yang dapat membantu dan kita sendirian nanti  dihadapan Allah yang maha Tinggi. 

Saya teringatkan cerita Iblis dalam alQuran. Dia tidak mahu sujud hormat pada Adam apabila di perintah oleh Allah semasa Nabi Adam diciptakan. Dengan sombong dia kata Nabi Adam AS dicipta dari tanah dan dia dicipta dari api.Dia rasa dia lebih baik, lebih hebat.

Maka Allah murka dan dipendekan cerita, Allah megeluarkan Iblis ke dunia. Iblis meminta sesuatu dari Allah. Allah membenarkan Iblis untuk berbuat apa sahaja pada Nabi Adam dan manusia umumnya hingga keAkhir zaman, hari Qiamat. Namun Allah kata Iblis tidak akan dapat menggangu mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa pada Alla swt, Tuhan sekelian alam.

Iblis Syaitan menjadi musuh manusia yang sebenar.

Saya teringatkan juga Firman Allah. Saya turunkan sahaja ayat-ayat di bawah ini untuk berfikir-fikir. Saya tidak mampu membuat tafsiran.

A168
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah 2:168

A208
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Al-Baqarah 2:208) | 

A142
Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Al-An'aam 6:142


A022
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"
(Al-A'raaf 7:22

A006

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
(Faatir 35:6)

A060
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
(Yaa Siin 36:60

A062
Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.
(Az-Zukhruf 43:62


Semua ayat-ayat ini jelas mengatakan bahawa Syaitan adalah musuh manusia yang amat nyata. Saya mendengari juga ceramah-ceramah di Utube oleh beberapa pensyarah dari berbagai bidang pengkhususan Ilmu yang mengatakan bagaimana manusia ditipu oleh Iblis dan Syaitan. Dan saya mendengari juga bagaimana Jinn punya perancangan yang amat besar untuk menyesatkan manusia tanpa disedari oleh manusia kerana manusia rata-rata berfikiran bahawa dia lebih berilmu dan lebih berkaliber dalam menentukan apa yang boleh dilakukan dalam kehidupan di dunia ini.

Di media massa dan dimana jua sekarang ini saya mengambil faham bagaimana Israel Zionist mahu menguasi dunia dan bagaiman Israel Zionist ini memperalatkan kuasa-kuasqa besar lain seperti USA untuk memerangi siapa jua untuk menguasi politik dan ekonomi dunia.

Kita berfikir sejenak sama ada kita juga sudah termasuk dalam perangkap Zionist ini. Saya berpendapat dalam beberapa hal kalau pun tidak banyak hal bahawa kita sudah terperangkap dalam perancangan zionists ini. Kita bertelingkah seama sendiri di peringkat keluarga masyarakat dan negara tanpa berfikir dengan mendalam sama ada hujah-hujah kita itu berasaskan Ilmu yang Syar'e. Saya selalu khuatir saya juga bolih kecundang dalam hal ini.

Jika kita dengari atau membaca pula cerita akhir zaman maka saya terhenti untuk berfikir pasti ada kaitan cerita Israel dan Zionist yang mahu berkuasa hingga akhir zaman dan mahu menyesatkan semua umat manusia. Maka saya berpendapat masaalah di Malaysia ini adalah jauh lebih luas dan lebih mendalam dari masaalah kita antara kaum yang berbilangan agama. Kata pakar yang bijak pandai tiada siapa yang terkecuali dari perangkap Zionists dahulu dan kini.

Saya tidak pandai berhujah panjang lebar dalam hal ini. Cuma saya ingin berkongsikan rasa hati yang khuatir kalau-kalau kita belum bersedia menghadapi kematian dan akhir zaman. Kata pakar-pakar Escatology Akhir Zaman sudah amat dekat dan tanda-tanda kecil sudah banyak yang terjadi tatapi ramai kita yang belum menyedari hakikat ini.

Kalau pun akhir zaman kita tidak tahu bila, tetapi kematian diri juga bolih berlaku bila-bila masa.Saya rasa takut kerana amat jauh dari bersedia.

Maka saya baca-baca sedikit tafsiran Quran ikut kemampun yang amat kerdil ini. Saya kongsikan yang saya rasa ada kaitan di sini:


A116
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
(An-Nisaa' 4:116) |


A117
Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;
(An-Nisaa' 4:117) |


A118
Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);
(An-Nisaa' 4:118) | 


A119
"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.
(An-Nisaa' 4:119) |  


A120
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
(An-Nisaa' 4:120) |




Saya tulis entry ini untuk saya kongsikan terutamanya pada anak-anak saya supaya tidak lalai dan terikut-ikut dengan dorongan-dorongan yang membuat berbagai janji yang mungkin tidak berasaskan sesuatu yang konkrit dari segi menepati kehendak Allah seperti yang disebut dalam alQuran dan Hadith. Semoga kita dapat buat persediaan yang sewajarnya.

Sama-sama kita fikirkan supaya tidak tergelincir. Semoga Allah memelihara dan menunjuki jalan dan semoga  kita tidak tersasar dalam mengejar kebahagian hidup di dunia. Yang lebih penting ialah kesejahteraan di akhirat yang abadi selamanya.


.............
Related Posts with Thumbnails