"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, July 21, 2017

Menyantuni hati untuk esuk.......




Image result for rumi yesterday is gone


ITS GOOD TO LEAVE EACH DAY BEHIND LIKE FLOWING
 WATER,  FREE OF SADNESS.
 YESTERDAY IS GONE AND ITS TALE TOLD.
 TODAY NEW SEEDS ARE GROWING.
........Ar Rumi.


Baru tadi saya menerima panggilan telefon dari seorang teman yang baru ditinggalakan suami buat selamanya. Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan. Mereka baru pulang dari cuti di Lombok dan suaminya diserang sakit jantung setibanya di KLIA. Teramat sedih dihatinya tetapi ia redha sahaja. Itu ketentuan Allah yang manusia tiada pilihan.

Kami bersembang Hari Raya dan cerita sedikit hal keluarga di kampung. Nostalgia buat saya.......

Sekarang hidupnya berseorangan di Puncak Alam. Tidak mahu tinggal bersama anka-anak. Rumah itu amat sentimetal antara keduanya. Saya mengenali suaminya juga . Kami satu angkatan di sekolah menengah dan baru setahun dua ini kami bertemu kembali. Kami sudah masuk umur tujuhpuluhan dan mengikut logiknya, giliran saya pun sudah hampir. Ibarat duduk di dewan berlepas di lapangan terbang. Hanya mengharapkan pesawat lewat ketibaanya atas sebab-sebab yang tertentu.

Teman saya itu sekarang kembali aktif menyambung usaha suaminya untuk kerja-kerja kebajikan masyarakat.....apa jua yang terdaya, katanya sebab dia tidak mampu memandu jauh. Okay lah tu, saya kata. Kita pun boleh buat kebajikan 'on line'. Sekarang banyak peluang, tidak seperti dahulu.

Yang ditinggal suami menemui Allah terlebih dahulu saya rasa mudah bangkit semula kerana kenangan manis banyak sekali. Tetapi jika ditinggalkan suami kerana suami menikahi wanita muda, maka lain ceritanya. Isteri tidak banyak pilihan. Jika ia mampu berbuat sesuatu bersendirian saya rasa itu dibolihkan dalam syariah Islam kerana suami pun sibuk melayani isteri muda. Siapa betul siapa silap dalam percaturan ini, biar Allah yang menentukan kerana Allah maha melihat dan maha mendengari yang nyata dan yang tersembunyi. Seseorang dalam keadaan ini tidak perlu gundah. Semuanya ada kiraannya di hujung hidup ini apabila betemu di mahkamah Agung Allah swt. Tetapi seseorang itu harus pastikan segala tindakannya syarie dalam ruang lingup yang luas.

Ujian Allah datang dalam berbagai bentuk. Ada yang Allah uji dengan kesihatan tubuh badan, ada yang Allah uji dengan akhlak anak-anak yang tidakindahkan ibu bapa, ada yang Allah uji dengan bisness yang gagal dan berbagai lagi. Ujian antara lelaki dan perempuan mungkin tidak sama tetapi di sisi Allah kita tidak tahu hikmahnya. Seseorang yang menghadapi apa jua ujian harus positif terhadap apa yang harus dilaluinya.

Siapa jua yang Allah uji sedikit sebanyak akan merobah cara berfikir dan mungkin juga merobah cara mengambil sesutu tindakan sebagai respon pada apa yang berlaku atau sebagai strartegi untuk mengatasi masaalah yang ada. sesetengah mereka yang Allah uji bolh terus mendayung hidup penuh harapan dan ada juga yang mengambil masa untuk bangkit berdiri tegak dan mengambil langkah meneruskan urusan hidup. Seseorang yang Allah uji harus yakin bahawa Allah mahu mendekatkan mereka kepadaNYA. Allah maha kasih sayang.

Seseorang wanita yang Allah uji (saya cerita wanita lebih sebab saya wanita), yang sebegini bolih menyibukan diri dengan kerja-kerja amal yang ada di Masjid tempat kediamannya. Mungkin ia tidak  perlu pergi jauh-jauh supaya tidak timbul fitnah. Dan jika mahir dalam IT, maka kerja kebajikan on-line pun banyak sekali. Jika dia bekas guru dan ia mampu mengajar, maka ia bolih suka rela mengajar fardhu 'ain secara kecil-kecilan di rumah. Atau kerja suka rela di taman asuhan anak-anak atau sebagainya. Mengajar anak cucu pun sudah dikira sumbangan amal yang besar.

Bagi merka yang Allah uji dengan sentuhan perasaan yang bolih melemahkan jati diri seperti wanita yang di tinggalkan suami tanpa belas ehsan, saya rasa usaha mahu merangsang diri untuk bangkit semula bukan suatu yang mudah. Namun ia mesti jangan putus asa. Allah itu maha adil dan Dia maha bijaksana. Tiada ujianNYA yang sia-sia jika melihat kesulitan yang dihadapi itu mungkin suatu Rahmah dari Allah yang terselindung dalam kesusahan dan kesukaran dan kesedihan dan kekecewaan yang ia hadapi.

Seperti kata Ar Rumi di atas, kita lupakan sahaja apa yang telah berlaku. Ye betul.... Hidup ini ibarat Allah turunkan hujan tetapi di hujung curahan hujan itu akan menjelama pelangi yang indah rupanya.

Menyantuni hati untuk hari esuk adalah suatu yang mencabar  fikiran dan hati. Isu yang penting ialah seseorang itu tidak berputus asa dan menjadi murong. Jangan bersedih hati kata ramai juru runding psikologi. Kebergantungan kita hanya pada Allah. Cari Ilmu yang bolih mendidik hati dan beramal dengannya. Itu penting sekali. Hati tidak akan lembut dan yakin pada kudrat dan iradat Ilahi jika tidak ditarbiah sewajarnya. Rajin-rajin mendapatkan nasihat dari siapa jua yang bolih dipercayai. Tetapi yang terbaik ialah kita mendapatkan "nasihat" Allah swt. Kata ustaz rajin-rajinlah bermunajat pada Allah kerana Allah sahaja yang bolih mengubah dan memelihara hidup kita. Kekawan hanya mendengari sahaja. Mungkin mereka berkata itu dan ini. Tetapi Allah yang maha Bijaksana dan penentuannya itu yang terbaik. Dia yang maha kasih sayang. Mengadu padaNYA yang terbaik. Tiada sesuatu akan berlaku tanpa kekuatan izinNya.

Menulis hal seperti ini mudah sekali terutamanya jika kita tidak pernah Allah uji dengan sesuatu yang amat berat, secara fisikal atau emosi. Melalui liku-liku hidup penuh ujian sememangnya sulit. Jawapannya hanya pada Allah. Semua orang berdoa jika menghadapi sesuatu ujian. ujian senang atau ujian susah. Tidak perlu sebut jika sukar sekalipun. Bawa hati untuk berbisik-bisik dengan Allah. Fokuskan ingatan padaNYA sahaja, dan sentiasa memujinyaNYA. Nabi Allah Ayub tidak mengadu banyak pada Allah.Ia amat sabar menjalani ujian Allah. Setelah bertahun-tahun dia redha melaluinya, barulah ia mengatakan pada Allah seperti berikut yang termaktub dalam alQuran:


A083
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
(Al-Anbiyaa' 21:83


Nabi Allah ayub terus bersabar dan akhirnya Allah menganugerah kesembuhan dengan cara yang luarbiasa pada manusia.
Image result for Ayat quran nabi Ayub mengadu pada Allah tentang sakitnya.





Maka jika kita bingung dan bersedih katakan sahaja begitu pada Allah dan memuji bahawa Allahlah yang Maha Penyayang dari semua yang Penyayang.....
Semoga Allah mengubati hati kita dan kita kembali bangkit untuk terus menyempuranakan segala tanggong jawab  terus berusaha memacu cita-cita 
fi sabilillah, saya yakin Allah akan temukan.
Allah tempat kita bergantung segala harapan.


Image result for rumi yesterday is gone



Maka mungkin itu Ar Rumi kata seperti di atas. Allahua'lam.
Redha sahaja apa jua, semoga Allah mengganugerah yang terbaik
 bagi kita di sisiNYA. Esuk masih penuh harapan.

Aamiin ya Rabb....


.....

Saturday, July 15, 2017

Seperti "Lepak" juga jadinya........






Lepak ni bukan "budaya" anak muda sahaja. Fikir-fikir sekali warga emas pun sekali sekala "lepak" juga.

Itu kata anak lelaki saya bila saya cerita padanya apa yang saya buat Rabu yang baru lalu. Partner saya yang buat Tadika di Tangkak ajak breakfast awal di rumahnya dan bila hampir tengah hari kami le Ehsan's di Section 11 Shah Alam. Sambil menunggu hidangan Roti Nan Cheese kami update apa yang berlaku antara kami sejak sebelum Ramadhan bermula. Hampir 2 bulan kami memberi berita lalu Whatsapp sahaja. Maka ini seperti kami "lepak" berhari Raya. Tiada lemang rendang. Cukup dengan Behoon goreng dan karipap sahaja. Oooops..... ada buah rambutan dan nenas, kegemaran saya.




Ini di Ehsan's. Ramai anak muda minum pagi dan bersembang santai saya kira. Tetapi mungkin juga mereka berbicara hal-hal penting,
 Siapa yang akan tahu......


Syawal hampir ke penghujungnya. Ramai teteman saya sudah selesai puasa Enam. Suami dan saya masih ada sehari dua lagi.  Tidak sama cara kita menghabiskan baki hidup yang tinggal sedikit ini sahaja lagi. Semoga baki hidup ini penuh dengan peluang untuk membantu mereka yang benar-benar dhaif. Semoga tiada rintangan untuk berbakti. dan semoga  tiada siapa yang mengganggu ketenteraman perjalanan hidup. Ramai antara kita yang bijak tetapi tidak ramai yang bijaksana dalam menentukan hala tuju hidup ini.
Maka kerana itu kita sentiasa mohon Taufiq dan HidayahNya,


Bila Syawal berlalu maka kerja-kerja keras akan jadi rutin harian. 
Tidak mampu untuk "lepak-lepak". Garis penamat bagi kami warga emas sudah amat hampir. Ada kalanya, secara santai, saya katakan pada suami di garis penamat nanti kita kena pastikan kita tidak membawa beban yang tidak perlu jadi beban, Kita harus bawa apa yang relevan sahaja. Tidak perlu tambah beban yang belum pasti
membantu kita menjawab soaln-soalan dari Malaikat..... 
dan lebih berat soalan dari yang maha Pencipata. Adakah kita hamba-hambaNya  telah mengambil tindakan dengan penelitian yang rapi atau buat sesuatu tanpa berfikir panjang.......dan ramai kita yang tersilap langkah dan silap percaturan.
Di peringkat warga emas ini kadang kala pemikiran kita sudah tidak Tajam. Tidak ramai yang hebat seperti YAB Tun Dr Mahathir. Maka kita ukur baju di badan sendiri. Kita kena tepuk dada tanya Iman. Ye....Iman dan Taqwa.


Saya masih jauh kekuranganan dalam membawa bekalan
 ke penghujung hidup ini. Saya insaf. Teman saya kata jangan terlalu serious memikirkan hidup. Serah sahaja pada Allah. Dia yang maha Mengetahui.
Hati  saya amat khuatir tidak kesempatan dan tidak punya kederat kerana kesihatan badan makin lama makin rapuh. Tiada warga emas yang makin tua makin hebat dari segi kederat badan dan fikiran. Semoga Allah mengampuni dan memberi ruang dan peluang untuk berbakti penuh ikhlas keranaNYA.




Kami beredar rasa lega dapat bercerita-cerita santai mengenai tindakan kehadapan dalam kegawatan ekonomi negara sekarang. Sedikit sebanyak ia menjejas Tadika kami di Tangkak. Tetapi kami bertekad untuk meneruskan usaha, Ustaz kata jika kita rajin berusaha dan berdoa....pertolongan Allah itu hampir dengan kita. Sermoga usaha kami diberkati.
Dalam pada itu kami bersyukur dengan apa yang Allah kurnia. 
Yang kurang itu dari kelemahan kami sendiri.


.........

Tuesday, July 11, 2017

Tak sangka Jejak Kasih......





Ahad 9 Julai saya ajak anak dan cucu pergi kenduri kahwin anak sepupu saya di Rawang Selangor. Dalam foto di kiri ini dia berbaju hijau. Saya enjoy menjamu selera masakan keturunan Jawa Johor. Yang best sekali ialah sambal goreng Jawa. Terbaik buat saya .....alhamdulillah.

Yang berbaju biru itu ialah adiknya dan saya hampir tidak menegnalinya kerana sudah melebihi 50 tahun tidak berjumpa.

Anak saudara sepupu yang mengadakan majlis  ini memang rajin "Mencari Saudara" dan rajin meWhatsApp saya cerita-cerita saudara mara, terutamanya jika mereka tidak sihat. Ini amalan soleh juga saya kira kerana memanjangkan silaturrahim antara keluarga besar.

Di bawah ini ialah anak bongsu sepeupu saya juga dari mak saudara yang sama. Saya amat teruja bercerita susur galor keluarga. Yang berbaju putih itu baru melepasi umur 50 tahun dan saya amat teruja kerana ia ingat nama saya pernah disebut-sebut oleh arwah ibunya.  Waktu itu mereka tinggal di Johor Bahru dan saya sering ke sana sebab arwah kakak saya juga tinggal di kampung yang sama.....Kg Melayu Majidee.

Sebuah nostalgia yang membuat saya duduk lama sambil makan kueh mueh.




Di bawah ini yang berbaju hitam itu ialah juga anak saudara sepupu yang tinggal di Penerok Pontian semasa kecilnya. Saya ingat akan ibunya tetapi dia tidak ingat saya. Maklumlah kerana dia muda dan baru melepasi umur 50 tahun juga. Yang seronok bercerita ialah tentang kampungnya yang dahulu susah dihubungi kerana tiada laluan bas atau kereta. Kenalah berjalan kaki berbatu jauhnya. Saya amat ingat akan Kampung Penerok di Pontian sebab setiap kali cuti sekolah saya duduk di kampung itu ikut arwah 
emak saya menoreh getah.

Sayu sedikit bercerita hidup waktu itu kerana kami dari keturunan pendatang dari Jawa dan mencari sesuap nasi bukan suatu yang mudah. Alhamdulillah Allah tidak mensia-siakan usaha gigih emak dan bapak saya. Bila bercerita saya rasa seolah-olah emak bapak masih ada......rasa sayu.




Di bawah ini saya ambil foto kenangan dengan isteri anak sepupu saya, tuan rumah yang ampunya majlis. Masih muda dan rajin berusaha. Ia pandai menjahit terutamanya pakaian melayu dan telekong. Suka saya mendengari ceritanya.





Tidak puas bersembang dengannya dan dengan semua yang baru saya kenali. Saya rasa teruja dan amat seronok Allah temukan dengan mereka. 
Jejak kasih yang tidak disangka. Sepanjang perjalanan balik ke rumah saya bercerita panjang dengan suami dan anak saya sejarah keluarga yang mereka tidak tahu. Gelak ketawa yang tidak dapat dikongsikan dengan keluarga yang lain. Namun saya bersyukur Allah menunjukan pada kami kehebatan bersilaturahim. Kami berjanji berusaha akan terus menghubungi
 satu sama lain. 
InsyaAllah saya akan cuba sedayanya demi kekuatan 
kesejahteraan Ummah .

Semoga Allah memberi ruang dan peluang pada kami.
Aamiin ya Rabb...


.........

Sunday, July 9, 2017

Semoga kita tidak pernah bersendirian....


Image result for rumi famous poems


Ramadhan alMubarak telah berlalu.
Banyak saat-saat duka lara dan riang ria yang kita lalui.

Mungkin ada yang sentiasa riang ria. Tetapi itu zahirnya.
 Hakikat yang sebenar manusia biasa tidak akan tahu. Sebab
 rasa riang ria itu berbeza-beza ,
mengikut umur, pengalaman, ilmu di dada dan pengabdian diri pada yang Maha Pencipta.

Yang duka lara pun ada. Melaui ujian yang berat sepertinya tidak dapat diduga.
Tetapi jika kita ingat apa Allah kata, kita menjadi lega dan melihat 
waktu-waktu seterusnya penuh harapan bahagia.


A005
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,



A006
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


Berlalunya Ramadhan, kita muhasabah diri. Berbagai yang kita cari-cari kita temui.
Ada yang kita simpan di hati untuk terus mengabdi diri. Apa jua pun kita ulang ucap "Alhamdulillah" berkali-kali. Kita yakin Allah maha Mengetahui dan Allah maha Peduli akan setiap hambaNya yang sentiasa mengingati.

Ada yang rasa sunyi dan sendiri. Tetapi janji Allah sentiasa di hati dan terus beramal soleh setiap hari. Melihat teman-teman di sisi, rasa juga di hati ingin mahu berkongsi. Tetapi rahsia diri itu lebih besar ertinya jika kita katakan sahaja pada yang maha Mengetahui dan maha Mengasihi. Yakin kita dilindungi dan ganjarannya di Akhirat nanti.

Maka itu saya letak foto di atas dari carian google untuk perhatian.
Tepat sekali makna yang dapat dibaca dan diamati.
Memang sukar melalui liku-liku hidup bersendirian walaupun di sekeliling kita ramai yang menyaksikan. Kita harungi dengan keyakinan bahawa Allah swt tidak pernah menghampakan asal sahaja kita sentiasa adil mengikut ajaran Junjungan.Bukan tidak rasa jerih perit mendukung beban perasaan. Tetapi
dalam bersendirian Allah kurnia segala kekuatan, keberanian, keyakinan dan kemudahan.
Dengan limpah kasih sayangNya kita merasai kebolihan bertindak, memfokus pada apa jua masaalah yang dihadapi penuh kelegaan dan keringanan di hati.

Alhamdulilah. Kesyukuran yang tiada tepian.
Semoga kita akan terus menghadapi semua haru-biru hidup bertepatan dengan apa yang Allah wahyukan dengan bimbingan Rasulullah Saliahualaihi wassalam.
Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan para malaikat mendoakn
kesejahteraan hingga ke JANNAH kekal kebahagiaan.

Aamiin ya Rabb....


......

Friday, July 7, 2017

Mengirimkan rindu kasih.......





Hari Raya tahun ini saya tidak balik kampung di Pontian Johor. Ada beberapa sebab yang membuatkan program tergendala sedikit. Maka saya kirimkan rindu kasih bersaudara pada anak saya sekeluarga. Anak saya berhari Raya dengan mertua di Muar dan mudahlah dia terus ke Pontian.

Alhamdulilah. Saya mengikuti ceritanya melalui whatsapp dan telefon. Foto di atas ialah kakak saya yang berumur 82 tahun dan yang di bawah sekali berumur 78 tahun. Mereka bersama pada hari Raya ke empat atau ke lima. Tidak mengapa. Sebab jika semua datang Raya pertama atau kedua, kakak-kakak saya tidak terdaya melayan mereka.





Saya yakin bahawa menyantuni kaum tua adalah suatu yang dituntut dalam Islam. Maka menziarahi kaum tua dapat membiasakan anak-anak kecil melihat dan berinteraksi dengan orang tua. Dengan cara ini diharapkan mereka tidak takut atau rasa pelik memeluk atau dipeluk oleh kaum tua.

Ada kaum muda sekarang yang tidak ambil berat untuk menemukan anak-anaknya dengan kaum tua. 
Jika ada jemputan kahwin atau ada apa jua majlis keluarga di kampung, ada kaum muda yang tidak menggalakan anak-anak mereka untuk turut serta.
Jika ada kelas tusyen maka itu digunakan sebagai alasan. Jika ada program sukan maka itu juga diguna sebagai alasan. Kaum muda tidak ada kepedulian yang padu untuk "ambil hati"  dan menyantuni kaum tua. Bukan semuanya begitu tetapi dari pemerhatian rambang saya, begitulah halnya. Ramai kaum tua dipinggirkan. Semoga anak cucu saya tidak begitu. Semoga Allah menunjuki jalan.




Saya turunkan di bawah ini Hadith mengenai kasih bersaudara. Jika kasih dalam keluarga besar tidak erat, mana mungkin kita dapat menjalin kasih dengan mereka yang tiada talian darah. Orang Muslim Mukmin adalah bersaudara. Harus ada jalinan kasih yang erat hingga kata pepatah "cubit peha kiri peha kanan sakit juga".




لاَ يُؤْمِنُ أَحَدَكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ


Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Sama-sama kita berdoa semoga  Allah kurnia jalinan kasih sayang yang erat sesama saudara.
.......

Wednesday, July 5, 2017

Menyantuni Jiran


Fakta kejiranan adalah penting bagi orang-orang Muslim. Ada ayat alQuran dan beberapa Hadith sohih dari Bukhari Muslim. Saya turunkan di bawah ini 
ayat alQuran yang jelas bagi kita.





A036
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
(An-Nisaa' 4:36) |



Maka tiga hari dulu suami saya memanggil pekerja untuk tebang 
dahan-dahan pokok yang melepasi sempadan rumah. Sudah beberap bulan jiran saya meminta saya segerakan menebang dahan-dahan itu supaya rumahnya tidak serabut dengan sampah sarap daun-daun yang gugur bila di tiup angin. Saya memohon maaf kerana terlambat mengambil tindakan atas sebab-sebab
yang agk rumit bagi saya. Alhamdulilah kini sudah terlaksana. Jiran saya mengucapkan terima kasih melalui whatsapp.
Saya senyum puas hati.





Menimbun dedaun yang harus dibersih kan. Lori datang dua kali 
dan  memakan masa dua hari.
Satu lori swasta dan satu lori dari Majlis Bandar raya Petaling Jaya
mengangkut sampah dan dahan-dahan pokok.
Bolih dikira efisyen. Saya senang hati.
 Habis "Duit Raya" saya. Tetapi tidak mengapa... 
"Demi Kejiranan......" menjaga silaturrahim itu
 amat dituntut dalam Islam.






Sebenarnya saya sayang pokok-pokok itu kerana
 ia mengeluarkan oxygen
dan ada kawasan teduh untuk letak kereta anak saya.
Walaubagaimana pun kita janganlah "selfish"
 mengira kepentingan sendiri.
Dalam menyantuni kejiranan harus ada pengorbanan. Muhibah itu 
baik dalam hidup sekampungan.




Ini sedikit pokok yang tinggal yang ada di sempadan jiran yang satu lagi. Bersyukur dengan apa yang ada semoga Allah kurnia nikmat yang lain pula. Jiran di sebelah kanan saya suka pokok-pokok dan 
daun kering melimpah ke kawasan saya. Saya biarkan sahaja semoga ada munafaat yang lainnya.
Dia bukan Muslim dan semoga saya dapat menambat hatinya.
Mana tahu Allah buka hatinya untuk memilih Islam.


......

Tuesday, July 4, 2017

Pesan Seorang Teman......



Nostalgia Lawatan Masjid Al Aqsa Disember 2015.
Tazkirah kumpulan kecil selepas solat subuh pagi Jumaat.

Sambil melihat-lihat foto lama saya mengingati kiriman kata-kata hikmah  seorang Teman. Seronok berfikir-fikir....
Semoga Allah tunjuk yang benar dan terbaik.
Aameen.

00000

Jika kamu pernah merasa rugi sesutau yang tak pernah kau sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberi kamu rezki suatu hari yang tak pernah kau kira akan memilikinya.

00000

Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, kerana Allah telah bersumpah dua kali..."Sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan.

00000

Kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apa lagi yang bolih membuat kita masuk Syurga??? Apakah itu ruku' atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang yang beriman yang kita tunaikan, atau doa,
 atau zikir kita ???  Maka beramalah dan jangan mempertikaikan.

00000

Letakak sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembut, dan letakan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus.

00000

Aku takjub kepada hati yang menerima kesakitan dengan diam,
dan menilai kesalahan orng lain dengan niat yang baik.

00000

Ketika kau meyakini bahawa setelah kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesungguhnya kau telah melaksanakan ibadah yang
 amat agung iaitu berpersangka baik kepada allah.

00000

Jika sakitnya dunia membuatmu lelah..... barangkali Allah ingin mendengar suara dalam doamu .... dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum .... namun tersenyumlah sehingga kau bahagia. Mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang maha mengatur ... mengapa gundah akan sesuatu yang kita tidak ketahui, sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu. Oleh kerana itu tenanglah kerana engkau sentiasa dalam pengawasan Allah yang Maha Menjaga , dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu ...
 aku serahkan segala urusan ku pada Allah.

00000

Jika kau tidak tahu alamat rezkimu, ... janganlah takut... kerana rezki Allah tahu di mana alamatmu... Jika kau tak bolih sampai
 padanya, nescaya dia akan sampai kepadamu.

00000

Jika kita membalas keburukan dengan keburukan, maka bila keburukan
 ini akan berakhir?  Allah berfirman: Dan barangsiapa yang 
memaafkan dan memperbaiki, maka 
pahalanya ada di sisi Allah.

00000

Jangan kau iri kepada seorang pun kerana sebuah nikmat kerana kau tak tahu apa yang Allah ambil darinya ... dan bersedih kerana sebuah musibah, kerana kau tidak tahu apa yang Allah akan kurniakan bagi mu .... Allah berfirman "sesungguh-sungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlahyan
 di kurnia pahala tanpa dikira-kira.

00000

Pada suatu hari kesedihan mu  akan menyelamatkan mudari api neraka dan kesabaran mu akan memasukan mu ke dalam Syurga

00000

Jika semua urusan mu terasa sempit maka di dalam alQuran ada  Syurga mu dan jika kesendirian mu menyakitimu, maka ke Langit kirimkan doa mu dan jika mereka bertanya tentang kabar mu maka
 katakan Alhamdulillah dan tersenyumlah....

00000

Yakinlah Allah akan memberikan yang terbaik....
 bukan yang tercepat.


......

Sunday, July 2, 2017

Togetherness in Syawal....



A Picture of Togetherness, Ben Hassan larger family, though some
members are missing for some reasons or other.
(2nd of Syawall 1438H / 26 June 2017)



This is Ujai my Special grandson,.....together but looks alone,
perhaps lost in his own world.


He was with me for 2 days on his return from Sungai Batu,
 Selama, Kedah.
Others were away doing the Syawal rounds.
Ujai and I stayed together building our "castles", Ujai from
 LEGO pieces he bought with his "Hari Raya money"., and I build "Castles" from the memories of Ramadhan Kareem that has just passed by.

Ujai bought the LEGO by himself at a Department Store in Kulim.
When asked he said it costs rm100 something....
I took it to be almost rm200. He didn't  keep the receipt.
I smiled taking it easy.....


Ujai is an ADHD child (Attention Deficient Hyperactive Disorder) 
and now he is 11 years old.
He is in a special class in a normal school in Putrajaya, Precint 8.
Alhamdulillah, by the Grace of the almighty Creator,
Huzaifah is adjusting slowly but steadily. 
Allah is most Merciful most Loving and all His Creations has a greater purpose.
We have to understand him beyond our normal senses....




I watched him work from the various pieces which looked messy to me and I could not imagine myself finding the pieces as described by the accompanying drawing at the Toy Box from the Store. It looks complicated to me but seems manageable to him.


But a child's mind operates differently because his mind I believe
 is structured differently from a normal mind.
 He does things as he pleases....
I observed him closely. He worked diligently and
 from time to time he took a break watching his cartoon program 
on TV with the Hari Raya cookies in his mouth.



The bits and pieces of the LEGO




Seriously working and did not even notice I was taking some shots....





He looked at the drawing and I  stared at it for a while before he started picking which piece to fix first. He looked into his work seriously and did not even stopped to answer my queries 
pertaining to which piece to work on first.
"Buat saje...tak pe. " was his one line answer.







This is his second Masterpiece. The 1st one is below, all according to the drawing prescribed in the Toy box.



The model pieces in pictures from the Toy Makers.




Looks complicated to me but he seemed to be taking it easy.
He seemed focused......surprisingly focused as I looked
 at him from afar.
"I must finish it, Embah to show to Tok Ayah...".
He said as though he understood why am I sitting
there watching him.

Its ok....take your time. You must finish whatever things you do.
I said with a smile encouraging him never to give up on anything.
Whether he understood me does not matter. By and by he will 
learn the meaning of "what life is all about"..... 
May Allah help him day by day.






I watched him in various sitting positions as he worked
 his way through..
I felt excited as I watched him working for the first time
 on a LEGO project that big.
It is BIG for an ADHD child. May be he has done this with
 his parents but only this day I sat together with him from A to Z.
  We must learn to understand  him so we can 
help him to be normal. But being normal does not necessarily mean success comes automatically. I learn to see
 the greatness of Allah swt
through the thinking of an ADHD child.
 Really....no one is born in vain.
Subhanallah.









Finally he is finishing and the number of LEGO pieces 
is less and less.
Alhamdulillah ...  He is almost there.





Da...Daaaa. I'm done Embah. He called for me.
 I asked him to arrange his Masterpieces so we can show
 to his parents.
 He is basically a shy boy and refused to look straight 
into the camera.
May Allah bless him and by His Grace may he grow up the best way
 that  Allah has destined for him. 
Allah is all Knowing and all Compassionate.

Aameen ya Rabb...


.....
Related Posts with Thumbnails