"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, May 31, 2020

Kenangan Solat Eidul Fitri dalam berkurung Covid19....

eid mubarak style background

A001
Mengisi ruangan kenanagan hidup dalam lockdown akibah wabak Virus Covid19.
Salam Eidulfitri Maaf Zahir Batin pada semua.

Kita semua tidak dibenarkan ke Masjid untuk Solat Eidul Fitri untuk menzahirkan
rasa kesyukuran dapat melalui Ibadah Ramadhan selama sebulan.

A002
Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurnia. Kita mensyukuri nikmat Allah dalam hati ruhani kita. Mungkin kita banyak masaalah kehidupan, tetapi kita tetap redha atas segala ketentuan Allah. Hanya Allah yang kita sembah dan hanya padaNYA kita mohon pertolongan.

Maka kami solat di rumah sahaja.



Anak saya jadi Imam dan di sini kelihatan ia baca "khutbah" tidak rasmi untuk
ahli keluarga sahaja. Kami cuba memunafaatkan masa yang Allah kurnia.
Masa Itu Ibadah.




Soalt dalam musim Lockdown adalah nikmat yang Allah kurnia 
yang tidak pernah kita bayangkan. 
Semua anak cucu yang ada ikut sama mengikut kemampuan yang ada.


Ini peristiwa bersejarah dalam hidup semua umat Islam di seluruh 
dunia ketika ini.
Semua bersolat mengikut apa yang mudah di atur dan apa yang dibenarkan oleh pemerintah.
Di luar negara ada yang solat di Tapak letak kereta dan ada 
yang solat di celah-celah ruang yang munasabah untuk menepati erti berjemaah.
 MasyaAllah. Kurnia Rahmat Allah dapat kita lihat jika kita ikhlaskan diri 
menjadi hambanya yang setia, dalam susah dan senang, 
dalam berkuasa atau sebagai pengikut sahaja.



Di akhir sessi solat saya duduk seketika cuba menghayati 
segala nikmat Allah yang banyak kita tidak merasainya kerana 
kurang peduli dan kurang merenungi diri. 
Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan 
segala kekurangan dan kelemahan.
 Semoga Allah kurnia umur yang bermunafaat dan dapat solat di Masjid 
pada tahun hadapan dan seterusnya.
Aamiin ya Rabb....


Saturday, May 30, 2020

Now going 74.......




A001
A002
Genap umur saya 73 tahun pada 12 Mei 2020. Setinggi kesyukuran atas segala nikmat yang Allah kurnia selama ini.
Mula-mula semasa muda saya pernah rasa terpinggir
 dari Rahmat Allah bila diuiji dengan berbagai ujian.
Bila Allah kurnia Ilmu, baru saya mengerti erti Kasih Sayang
dari yang maha Pencipta dan maha Bijaksana,
dari yang maha Mengetahui dan yang maha Adil dan Saksama.

Liku-liku hidup menjadi mudah dalam ingatan walaupun susah semasa mengharungi kalau kita mengerti mengapa kita Allah Cipta dan kemana hala tuju dalam hidup yang Allah
telah nyatakan dalam alQuran dan Sunnah RasulNya SAW.

Maka hari memperingati kelahiran membuat hati ini agak sayu juga.
Rasa takut dan khuatir pun ada juga kerana jika Allah kurnia umur
     panjang semoga Allah kurnia juga kederat untuk mengurus diri hingga ke akhir hayat.

Semoga Allah kurnia juga  deria ingatan yang kuat semoga mudah segala urusan
termasuk beribdah khusus dan dapat menyumbang pada kesejahteraan Ummah sejagat.
Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa, segala kekurangan dan kelemahan.
Semoga umur yang bertambah ini dapat dimunafaatkan untuk meraih keredhaan Allah
dan mendapat tempat di Syurga Firdaus dengan RahmatNYa jua.
Aamiin ya Rabb.......



Friday, May 29, 2020

EID MUBARAK







A001

Salam Eidul Fitri, dan Maaf zahir batin.

Maaf saya sedang "kemaruk" berkongsikan Video yang berkaitan dengan Covid-19. Maka berhari Raya dalam keadaan Lockdown saya masih suka mencari masa mengikuti hal-hal yang berkaitan dengannya.

Semoga ada yang suka mengikuti hal-hal seperti saya dan beri saya peluang untuk terus berkongsi. Saya amat seram sejuk bila mendengari cerita-cerita sebegini kerana ikut adatnya umur saya sudah amat sedikit sekali untuk bertangguh masa dalam membuat sesuatu yang saya fikirkan baik.

Semoga kita berpeluang berjumpa lagi dan semoga Allah sentiasa memelihara kita. Semoga kita akan terus mengikut nasihat-nasihat Ustaz untuk beramal soleh tanpa bertangguh-tangguh kerana dunia kita sudah mula dijajah pengaruh-pengaruh Dajjal.



Thursday, May 28, 2020

Warnings & Predictions of Prophet (saw) About Covid-19 & Its Aftermath...



A001
Alhamdulillah lebih kurang 3 jam dulu saya ada posting mengenai analisa yang dibuat oleh The Bike Preecher mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kontroversi Vaccine yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini di negara-negara yang punya pakar-pakar yang hebat-hebat mengaenai perubatan ini.

(Maaf saya tidak dapat posting video yang saya maksudkan di atas sebab komputer saya rosak. Baru petang tadi siap dibaiki. Tiada kedai buka untuk repair semasa awal Syawal. Semoga tidak keberatan membacanya sekarang.)

Suka saya cadangkan siapa yang belum baca, bacalah dulu. Video ini saya kongsikan sekarang kerana ia ada kaitan mengenai apa yang diperkatan dari sudut  kefahaman Islam mengenai wabak penyakait yang ada kaitan langsung atau tidak langsung dengan cara menanganinya.

Ia khusus dari sudut Hadith yang telah dibuat kajian dan saya rasa ia memberi munafaat untuk memahaminya. Setelah saya mendengari Video ini saya seperti mahu mengatakan bahawa sudah ada gambaran dari zaman Rasulullah saw lagi bahawa dunia kita akan menghadapi fenomena ini. Saya yakin pasti ada gambaran yang boleh ditafsir demikian sebab hadith yang sohih pasti ada kebenarannya.

Jom kita lihat bersama dan komen pada saya jika pemahaman saya kurang tepat.
Terima kasih sudi meneliti demi kebaikan bersama dalam wadah Tauhid. Semoga kita dapat membuat persiapan yang sewajarnya untuk menghadapi apa jua konspirasi yang berkaitan dengannya. Saya suka kaitkan ini dengan fenomena Akhir Zaman somoga kita sentiasa berhati-hati dalam menerokai hidup seterusnya. Tua atau muda sekarang ini, risikonya serupa kalau pun tidak sama.

Selamat berfikir-fikir dan mencari jalan terbaik untuk meneruskan kehidupan ini.......
Semoga Allah menunjuki jalan yang sebenarnya dan sebaiknya di sisiNYA.
Aamiin yaa Rabb......


Tuesday, May 19, 2020

RFKENNEDY JR BONGKAR "BRAVE NEW ORDER" / TRANSHUMAN / CHIP / VAKSIN / TE...



A001

Alhamdulillah. Allah kurnia kesihatan badan dan kesihatan aqal hingga hari ini 26 Ramadhan 1441H.

Sejak berpindah ke Putrajaya saya sering mengikuti cerita-cerita di Utube kerana saya sudah tidak mengikuti ceramah di luar rumah saya atas sebab-sebak logistik yang saya lalui sekarang. Namun Alhamdulillah atas apa jua yang Allah tentukan.

Maka kebelakangan ini saya agak banyak juga mengikuti hal-hal seperti yang ada dalam Video di atas ini yang saya minat sangat untuk kongsiakan. Ada beberapa video lain yang saya In sha Allah akan kongsikan selepas ini dalam bahasa Inggeris. Maka saya amat seronok mengikuti video di atas dalam Bahasa Malaysia yang akan memudahkan pemahaman video dalam bahasa Inggeris itu nanti......

Saya peminat President John F Kennedy dari saya di tingkatan menengah atas di sekolah  Inggeris di kampung saya Pontian Johor dalam tahun 1963/1964. Maka cerita keluarga Kennedy saya sering ikuti. Maka saya kongsikan video ini dengan harapan besar kita Rakyat Malaysia akan berfikir serious tentang apa yang akan berlaku pada dunia kita kini dan seterusnya sebelum tiba Hari Penghadapan Mahkamah Allah yang tidak ada siapa yang boleh melarikan diri. Mungkin ini adalah termasuk dalam fenomena Akhir Zaman. Saya percaya begitu. Maka jom kita berfikir-fikir dengan lebih serious lagi demi anak-cucu kita dan demi keredhaan Allah untuk diri dan keluarga. Saya sudah berumur 73 tahun dan perkongsian saya tidak mungkin menyeluruh dan sempurna. Semoga ia menjadi pencetus minda untuk generasi muda termasuk anak cucu saya dan seterusnya.

Saya akan kongsikan lepas ini video mengenai Hadith yang ada kaitan dengan wabak virus seperti yang di hadapi sekarang. Semoga kesampaian hasrat.

In sha Allah jumpa lagi.


Sunday, May 17, 2020

.......Jauhhhhhhnya ingatan @ mengimbas liku-liku kehidupan.


A001


Alkisah..........
Ini foto baru terjumpa di simpanan lapuk anak buah saya di Kayangan Heghts, Kajang dan kemudian dihantar pada anak saya yang kemudian mengkongsijkanya dengan saya.

Anak buah saya, Faiz berTshirt putih dan di kanannya ialah Amirul, anak saya. Foto ini di ambial semasa mereka di Sudan dalam tahun 2001 kalau tidak salah ingatan saya. Mereka berenang dan bersukaria di Sungai Nil di Sudan.........

Nostalgia buat saya. Sungai Nil dari Lake Victoria hingga ke Mesir. Sungai yang terpanjang di dunia. Ingat belajar geography masa sekolah dahulu............



Foto ehsan carian google.


Saya ziarahi mereka dalam tahun 2002. Mereka di sana dengan tujuan belajar Bahasa Arab tetapi tujuan itu tidak tercapai sepenuhnya.

Sudan waktu itu adalah negara yang saya kira 50 tahun di belakang Malaysia dari segi pembangunan ekonominya.Saya hantar anak ke sana kerana diperakukan oleh seorang kawan suami saya. Katanya bagus. Saya pun teruja kerana waktu itu saya tidak tahu program apa yang saya harus atur untuk anak saya yang baru tamat tingkayan 5. Tambahan pula adik suami saya telah menghantar anaknya ke Sudan sebelum itu. Maka tanpa berfikir panjang saya hantar anak saya.

Saya tidak mahu mengatakan bahawa kemasukan ke University di sana ada peraturan tertentu untuk negara-negara yang bukan negara Islam. Tetapi saya salah faham dan Kedutaan di sana tidak ringan tangan untuk membantu. Tidak boleh dipersalahkan kerana itu melibatkan isu birokrasi kerajaan.

Lebih setahun setengah Anak saya berada di sana tanpa program yang memuaskan hati saya. Maka saya ke Sudan untuk melihat sendiri dan membuat keputusan muktamad untuk membawanya pulang.

Saya ke Khartoum pada tahun 2002. Saya bertugas rasmi ke Mesir dan selesai tugas saya ke Sudan sendirian. Saya pernah menulis mengenai lawatan saya seperti link di bawah ini.

http://ngasobahseliman.blogspot.com/2014/05/nostalgia-sebuah-perjalanan.html


Masih ada kereta kuda. Tetapi Sudan katanya sudah banyak pembangunan dengan President yang baru. Tetapi saya belum teringain ke sana. Cuma saya ingin kongsikan foto yang teratas sekali melihat anak dan anak buah saya waktu belum menentu haluan hidup. Sungai Nil membawa banyak kenanagn buat saya bukan sahaja yang di Sudan tetapi yang mengalir di Mesir juga. Saya beberapa kali ke Mesir mengurus masaalah pelajar Malaysia waktu itu semasa saya di Kementerian Pendidikan.

Selepas Sudan saya Hantar anak saya ke Jordan dan telah lulus dari University Mu'tah. Alhamdulillah. Lambat graduate tetapi saya rasa banyak pengalaman hidup yang ditimba bila kehidupan mencabar. Semasa di Jordan ia pulang 2 kali kerana peperangan di Iraq. Kerajaan ambil pulang ke Malaysia tetapi Balik Jordan kena tambang sendiri. Alahai Malaysia......

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan. Semoga Allah mudahkan seterusnya........
Aamiin ya Rabb...



Saturday, May 16, 2020

SIRI 1 Penipuan Terbesar Dunia - "Yahudi Freemason"




A001

Wahai Pengunjung budiman,
Lihatlah sendiri video saya kongsikan ini. Saya baru menjumpainya. Rasa ketinggalan maklumat penting dan rasa rugi jika saya tidak ambil perhatian............

Saya tidak mampu fikir sebab saya langsung tidak ada ilmu dalam bidang ini.
Saya tidak tahu mana yang sahih dan mana yang bathil. Cuma dari kecil lagi saya diberi tahu bahawa Dunia itu bulat.

Sekarang saya di fahamkan dari luar sana bahawa "freemason" ini tidak mendukung niat yang baik buat kemanusiaan...lebih-lebih lagi buat ummah sejagat.

Adakah ini fenomena Akhir Zaman ?
Saya teringin juga tahu........

Jika maklumat ini satu penipuan saya tidak terkejut kalau fenomena ini dipengaruhi Ilmu Sihir.

Semoga Barakah Ramadhan ini melahirkan pencerahan...
WaAllahu'alam.



Thursday, May 14, 2020

Melangkah keluar rumah...@ PKP Covid-19 dilonggarkan......


A001
Apabila mendengari rakyat Malaysia umumnya kena berkurung lagi hingga sampai 9 Jun saya rasa blurr buat seketika. Namun alhamdulillah Allah kurnia saya kesihatan yang mencukupi untuk berbuat sesuatu yang dapat memunafaatkan masa walaupun terhad aktiviti menziarahi kekawan dan sanak saudara.



Pagi yang nyaman berhampiran tasik di rumah saya.



Saya tinggal berhampiran dengan kejiranan ini di Precint 8, Putrajaya.
Maka keesukan paginya saya buat keputusan untuk
 jalan-jalan ambil angin pagi
 kerana sudah amat lama saya memerap di rumah.


Sambil berjalan slow dan melihat-lihat teringat pula bahawa hari lahir saya
 pada 12 Mei kini sudah berlalu. Diakhir-akhir ini selalu teringat emak dan 
rasa sangat rindu padanya.
Di umur senja begini banyak yang saya fikirkan terutamanya
 mengenai kehidupan yang sesetengah orang mengatakan bahawa
 kita sudah berada di ambang akhir zaman.
Umur saya pun seperti telur di hujung tanduk kerana saya sering ke hospital
dan ke IJN untuk memastikan ubat-ubatan saya mencukupi.
Senario Covid-19 tidak sangat memimbangkan saya kerana lambat laun
 Garis Penamat buat saya memnag sudah hampir.
 Hanya doa saya panjatkan semoga 
Allah kurnia yang terbaik buat saya di sisiNYA. Aamiin.




Ini liku-liku jalan yang saya lalui. Tidak ada orang lain.
 Ini masih musim PKP dan
pastinya masih ramai yang mematuhi peraturan tidak keluar rumah
 melainkan amat berkeperluan.
Saya rasa berkeperluan untuk menghisap udara nyaman selepas hampir
 4 bulan duduk di rumah sahaja.








Saya ambil foto bunga-bungan yang amat menceriakan hati saya
 pada pagi hari itu.
Bunga-bunga itu seperti hidup liar dan boleh di petik oleh sesiapa sahaja.
 Namun saya tidak memetiknya.
 Biar kecantikan itu saya kongsikan dengan semua yang berminat.








Ini pohon-pohon kehijauan dan yang warna warni pula 
yang menarik perhatian saya.
Rasa menyegarkan hati dan minda melihat kesempurnaan Ciptaan Allah
 yang maha kasih sayang pada hamba-hambaNya.
Kita sering mengambil keindahan ini tanpa perhatian. (We take for granted)
Tetapi bila saya membaca kejadian yang berlaku di sana sini
 mengenai bencana alam 
yang sentiasa merobek alam ini, timbul juga rasa kesedihan dan kesayuan
 kerana menyedari hidup di dunia ini tidak kekal. Teringatlah pula pesanan
 ustaz-ustaz jangan pula hilang kepedulian hidup di akhirat kerana
 hidup di dunia ini amat selesa segalanya dan kita boleh dibuai
 angan-angan yang tidak ada gunanya untuk akhirat.
Kita fikir-fikirkan sama. 
Ajal kematian tidak mengenal umur. Semoga Allah
memelihara kesihatan kita dan memastikan kita tidak lalai dan menyangkakan
 bahawa  masa buat kita masih panjang.
Tidak, kata ustaz-ustaz......buatlah persediaan yang sewajarnya.
 Coronavirus ini sudah menjadi petanda dunia ini akan berakhir
 tidak lama lagi.
 Dia terjadi bukan suatu kejadian yang berlaku secara  kebetulan.....






Lihat juga buah-buah "hutan" ini. Saya foto kerana kecantikannya.
Tidak tahu buah apa ini.

Sampai di sini sahaja. Semoga PKP akan dapat ditamatkan segera.
Semoga Allah kurnia umur yang bermunafaat.
Aamiin ya Rabb....

Sambil itu lihatlah Utube kiriman perkongsian saya sebelum
 yang ini (semalam)
 mengenai Pengaruh Freemason dan Syaitan Durjana di dunia yang fana ini.
Selamat melihat dan  selamat berfikir-zikir
dan berdoa Allah kurnia keselamatan di Dunia dan di Akhirat.

Saya akhiri dengan perkongsian ayat alQuran:

A044
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
(Al-Maaidah 5:44

Wednesday, May 13, 2020

(#V86) STONE THE DEVIL (PT.2) SEMBAH SISTEM SETAN - JAMRAH VS OBELISK




A001
Jom kita Fikir-Fikir dan kita Fikir-Zikir mengenai maklumat yang saya kongsikan di atas.
Saya berfikir.....
Ajak juga keluarga berfikir.....

Salam.......

Monday, May 11, 2020

Untuk kenanagan...aktiviti dalam kurungan @ Covid-19


A001
Hari semalam rakyat dimaklumkan bahawa PKP di sambung lagi hingga 9 Jun. Rasa terduduk sebentar kerana rasa lama sudah terkurung. Tetapi apakan daya. Kerajaan tentunya membuat keputusan yang terbaik buat rakyat dan Negara.

Maka suami dan saya berfikir-fikir bagaimana mahu terus dengan aktiviti yang ada. Suami saya kata kita teruskan sahaja amalan yang ustaz ajarkan hingga Hari Raya. Semoga Allah kurnia umur yang dapat dimunafaatkan untuk persediaan kehidupan yang lebih kekal. Apa cerita pun kita doa semoga selepas Hari Raya keadaan akan menjadi bertambah baik dan kita boleh kembali pada aktiviti sebelum ini.

Sekarang kami Tarawih di rumah seperti disarankan. Di bawah ini saya kongsikan tempat kami sekelurga solat jemaah. Saya ajak sekali pembantu rumah kami solat tarawih dan cuba melatih cucu-cucu yang ada bersama.



Alhamdulillah anak lelaki yang tinggal bersama menjadi Imam. Kami solat 8 rakaat sahaja kerana saya dan suami kurang kemampuan untuk buat 20 rakaat. Tahun lepas masih Allah kurnia kederat. Tahun ini suami saya solat atas kerusi kerana jatuh lutut patah dan belum pulih sepenuhnya. Bukan itu sahaja saya katakan pada anak. Saya minta untuk baca ayat-ayat Quran yang tidak sangat panjang. Semoga Allah terima amalan yang sedikit ini. Semoga kami dapat membersihkan hati-hati kami kerana yang akan bertemu Allah adalah hati-hati yang Ikhlas keranaNYA.



Semoga Masjid dan surau-surau dapat kembali dibuka.
Tahun lepas Imam surau kami ialah seorang Arab dan 10 malam yang 
terakhir amat memukau saya bacaannya. Semoga Allah kurnia yang sama
 tahun ini walau pun kami solat di rumah sahaja. Sama-sama kita semua berdoa semoga kita semua selamat dari bahaya wabak Covid-19 ini dan dan di sebalik Ujian Allah kurnia Rahmatnya yang tidak terhingga buat kita semua.....dimana jua kita berada.
Aamiin ya Rabb.....



Sunday, May 10, 2020

Lahirnya cucu lelaki dalam kemelut covid-19


A001


Alhamdulillah.
Dalam kemelut Covid-19. lahir lagi seorang cucu pada 14 Mac yang lalu.
Ia lahir di hospital Putrajaya.
Ibu bersalin tidak bolih ditemani sesiap termasuk suami.
Ini peraturan ketat kerana Covid-19.
Sumi jumpa bila ibu dan bayi boleh dibenarkan pulang. Ibu yang azankan dahulu dan
Ayah azankan di kereta semasa pulang ke rumah.
Selain itu semuanya okay. Cuma sedikit bermasaalah dengan sakit kuning
 yang kini hampir pulih sepenuhnya.

Dalam ujian ada penyelesaian.
Alhamdulillah.


Ini cucu yang ke 16, seorang lelaki dari anak bongsu, Muhammad Amirul 
yang tinggal bersama saya. Ini anak yang kelima. Alhamdulillah. 
Ayyad Fakhrullah diberi nama tetapi belum register.
 Ia akan dibuat insyaAllah setelah
 pulih wabak yang ada sekarang dan Pejabat Pendaftaran dibuka semula.

Dalam musim PKP ini maka sukar mencari bidan urut. Kami kena merentasi 
daerah ke Kelang untuk mendapatkan perkhidmatan urut 
Ibu yang dalam pantang. Tukang urut tidak mahu keluar kawasan kerana 
takut jangkitan Virus. Kami tawakal dan Alhamdulillah
 ibu berpantang kini hampir pulih sepenunya.


Kelahiran yang bersejarah dalam keluarga dan semoga membesar  menjadi
 anak yang soleh dan cemerlang.
Aamiin ya Rabb.....



Saturday, May 9, 2020

Terkesan Kehilangan......


A001



Antara Ustaz yang saya suka mendengari dan mengikuti kini sudah pergi buat
 selamanya. Allahyarham istimewa dalam kehdupan saya kerana saya kerap
 mengikutinya semasa saya mula bekerja dalam tahun 1970an.
Waktu tidak ramai ustaz yang berdakwah bebas dan saya minat
 dengan cara penyampaiannya. Alhamdulillah.
Semoga Allah menerima semua amalannya, mengampunkan dosa-doasanya dan menempatkan Ruhnya bersama-sama Ruh para Syuhadak, 
Siddiqin dan Solihain. Aamiin.



Saya kehilangan juga seorang teman akrab yang sama-sama dalam
 kimpulan mengaji baru-baru ini.
Allahyarham Datin Mariah kelihatan berdiri di kanan sekali.
Saya sama-sama bertugas di Kementerian Pendidikan satu ketika dulu.
Selepas bersara beliau mengajar mengaji dan saya rasa
 teringin benar menjadi sepertinya.
Semoga Allah mengampunkan dosa-doasa dan menempatkan Ruhnya
 bersama-sama para Solihin. Aamiin.


Saya kehilangan juga teman sekolah di Pontian Government English School 
hingga tingkatan 5. Zakaria Abd Ghani namanya dan di foto diatas
 ia berdiri kanan sekali.
Foto ini kiriman teteman seangkatan dalam kelas melalui Whatsapp.
Akihir sekali  saya berhubung semasa saya di University Malaya
 dan beliau dalam Angkatan Tentera.
Tidak pernah lagi berhubung selepas itu hingga saya mendapat berita
 ia telah pergi dahulu.
Semasa di sekolah Zakaria adalah Aziz House Captain 
dan saya deputy Captain.
Kami kuat bersukan dan Guru Kelas kami selalu khuatir kami tidak akan dapat lulus peperiksan Senior Cambridge waktu itu. Kami tamat dalam tahun 1964.
Rasa tersayu juga kenangan semasa sekolah.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan
 ia dicucuri Rahmat Allah yang tidak terhingga.
Aamiin yaRabbalalamiin.


Untuk ingatan bersama saya turunkan ayat-ayat alQuran
semoga kita sentiasa dalam naungan Kasih Sayang Allah jua.


A057
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
(Al-'Ankabuut 29:57


A070
Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
(Al-Nahl 16:70


A030
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
(Fussilat 41:30) |




Kepada Allah kita berserah segalanya.
Allah yang maha Pengasih maha Penyayang.


Related Posts with Thumbnails