"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, May 28, 2018

Di celah-celah Ramadhan Kareem.....



Saya percaya ramai yang ke Masjid pada hari-hari Ramadhan yang mulia ini. Berbagai aktiviti ada di sana. Paling tidak ada solat Tarawih dan ada Tadarus  alQuran. Maka oleh kerana tidak dapat ke Masjid kerana suami tidak sihat saya gunakan masa melayani cucu yang tinggal bersama. Rumah sentiasa berselerak dengan mainan. Hanya 2 orang cucu tinggal bersama tetapi Tadika kami di Tangkak lebih teratur mengemas permainan. Saya tidak terdaya mengurus cucu sepenuhnya.

Tetapi saya ambil peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka. Saya ambil peduli perkembangan mental terutamanya. Cucu saya yang seorang ini (Amru Fathullah), berbaju hijau di foto sebelah, lambat bercakap. Kini sudah berumur empat tahun setengah tetapi masih belum dapat berkomunikasi dengan sempurna. Saya sendiri pernah menghadiri sebuah bengkel untuk mngatasi masaalah anak-anak seperti ini. Alhamdulillah, ada sedikit kemajuan tetapi belum memuaskan.

Tiba-tiba di Ramadhan ini Allah beri rasa untuk ke Masjid juga. Saya ikut deria rasa hati.
Pada hari Sabtu yang lepas saya "mencuri masa" lari ke Masjid untuk sama-sama bertadarus sementara menantikan suami saya bersiap untuk ke klinik 1 Malaysia yang berhampiran dengan rumah. Teteman beri saya peluang baca dua kali. Ada seorang teman memberi sedikit taddabur yang ia belajar dari Ustaz mengenai cerita Nabi Musa AS.

Pendekan cerita, kami berbicang juga mengenai anak-anak istimewa dan menjurus pada anak istimewa yang lambat bertutur. Kebetulan kami sedang membaca ayat-ayat mengenai Nabi Musa dan Firaun. Maka seorang teman berkongsikan ayat yang berkenaan untuk dibacakan pada anak-anak yang memerlukan pertolongan ini.

A164


Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).
(An-Nisaa' 4:164


Katanya ustaz yang mengajarkannya, baca bahagian ayat yang terakhir.
 Ambil sedikit madu dan sapukan pada lidahnya atau baca pada air dan beri 
pada anak untuk minum.  Buat selalu.

Bila pulang ke rumah saya google maklumat tambahan dan saya temui maklumat di bawah ini. Alhamdulillah. Saya minta ibunya untuk mengamalkannya. 
InsyaAllah saya juga akan mencuba.
 Hadiah Ramadhan Kareem.


Doa untuk anak lambat bercakap

Foto ini dari ehsan carian google.

Semoga Allah memberkati usaha kami. 
Aamiin ya Rabb.....


........

Sunday, May 27, 2018

Sunyi Ramadhan kali ini.....






Hari ini Ramadhan Kareem yang ke Sebelas.
Alhamdulillah, Allah masih kurnia umur dan kesihatan untuk sampai ke hari ini.

Ramadhan kali ini suami dan saya hanya berusaha membuat amalan khusus dari rumah sahaja. Kami tidak ke Masjid seperti beberapa tahun yang lalu. Suami saya tidak sihat.

Rasa agak sunyi dan seperti tidak meriah. Tetapi tidak seharusnya saya rasa begitu kerana Ramadhan membawa kebahagian pada semua. Kita harus menginsafi diri dan melihat dengan mata hati. Bila ingat begitu saya senyum sendirian. Saya ingatkan diri supaya jangan melihat kurnia Allah dari satu sudut sahaja. Maka dengan rasa rendah hati saya mohon doa semoga Allah mengurnia rasa bersyukur dan rasa redha atas apa jua yang Allah tentukan bagi kita. Semoga kesunyian itu adalah satu nikmat yang harus saya renungi dan hayati untuk merasa kasih sayang Allah yang IA turunkan dalam berbagai bentuk dan rupa dan warna.

Suami tidak sihat kerana Diabetisnya meragam dan ia menjadi ujian dari Allah. Kecil sahaja jika dibanding dengan ujian yang lainnya yang kita pernah lihat atau lalui. Dua bulan yang lalu dia menjalani pembedahan Ibu Jari kaki kanan yang terpaksa di potong untuk cuba memastikan jangkitan kuman dapat diatasi. Hampir setiap hari kami ke PPUM  (Pusat Perubatan University Malaya)  untuk rawatan selanjutnya. Clinic Orthopedic di tingkat 1 di bangunan Utama. Di situ juga tempat pengurusan LUKA.


PPUM adalah hospital yang agak besar dan setiap kali saya membawa suami, saya terpaksa menolak kerusi roda di celah-celah pesakit dan orang ramai yang berurusan. Setiap kali berurusan ia akan mengambil masa paling cepat 2 jam dari tarikh mendaftar. Kami akur sahaja dan menanti sambil memerhati berbagai pesakit othorpedic yang ada. Ramai yang harus menggunakan kerusi roda. Untuk memudahkan kerja kami ada kerusi roda sendiri kerana bilangan kerusi roda terhad nampaknya.






Lama menunggu tetapi tetap bersabar. Suami kata sambil-sambil
 duduk menanti tu berzikirlah.
Saya senyum dan mencuba. Biasanya saya pergi waktu pagi dan dalam 
menanti terbayang rupa teman-teman yang biasa kami berTadarus
 alQuran di Masjid.
Ada juga rasa sayu tetapi saya sentiasa memujuk hati untuk merasai 
bahawa sakit itu juga Nikmat. Harus ceria kerana Allah  tidak pernah 
mensis-siakan hambanya.
Allah itu maha bijaksana dan maha mengasihi hamba-hambaNya.



Sampai waktu untuk pulang kami kena tunggu lama juga sebab jalan masuk
 ke PPUM itu sering sesak dengan berbagai kenderaan,
 terutmanya kenderaan pesakit.


Ini tempat menanti di Bangunan Utama hampir dengan Clinic Othorpedic.


Ini tempt menanati untuk pulang di Menara Selatan. Di disini ada juga 
waktunya kami ke klinik Foot Care. 
Di sini dan di klinik pengurusan luka kami
 hanya dapat dilayani paling kerap 2 kali seminggu.
 Yang lainnya kami kenalah pergi ke Pusat Kesihatan Kecil 
atau di klinik 1 Malaysia.
Terlalu ramai untuk dilayani semuanya.

Semoga dengan terdirinya Kerajaan Pakatan Harapan, rakyat akan 
dapat munafaat yang sewajarnya dari segi perkhidmatan kesihatan.
 Semoga bilangan doktor 
dapat ditambah dan kami pesakit dan waris tidak perlu lagi menunggu hingga
 tiga jam untuk berjumpa doktor.
Kemudian menunggu lama pula mengambil ubat.

Denagan bermulanya Kerajaan Baru di bulan Ramadhan AlMubarak
semoga Allah turunkan pertolongan dan Rahmatnya yang tidak 
terhingga bagi semua 
rakyat  di Malaysia yang tercinta.

.......

Wednesday, May 16, 2018

Lupakan sahaja PRU14......




JIKA ADA HATI-HATI YANG TERKECEWA DI PRU14.........
Kita lupakan sahaja
Kerana Esuk Ramadhan Kareem sudah tiba.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

OOOOO

Monday, May 14, 2018

A Quiet Birthday @ 71



Suasana awal pagi dari jendela bilik "SPA" di rumah saya.
Hari itu sampailah umur 71 tahun.
Alhamdulillah.

Tidak ada sambutan luar biasa kerana minda semuanya sibuk
dengan PRU14. Anak-anak datang membawa cucu-cucu untuk makan-makan
seadanya. Namun saya tetap berbesar hati kerana diraikan antara lain  dengan
 sejambak bunga rose merah.
Kami bercerita-cerita perihal PRU dan buat lawak. Ada kalanya 
timbul juga rasa ketidakpuasan hati tentang apa yang berlaku.
Apakan daya.
Habis di situ sahajalah........



Dan cucu-cucu yang kreatif memberi Kad Hari Lahir.
Hebat-hebat interpretasinya......... semoga dengan kasih sayang.





Anak-anak pulang ke rumah masing-masing esuk harinya.
Seronok juga. Alhamdulillah.
Suami dan saya hampir sebaya umur. Terasa juga bahawa baki umur 
makin hari makin mengurang. 
Sering kami mengingat diri agaknya siapa yang pergi dahulu.
Semoga Allah masih kurnia ruang dan peluang untuk  terus mengabdi diri
mengikut  acuanNya.


Semoga dapat menginsafi diri bahawa akhirnya kita berseorangan juga.
Semoga Allah kurnia kesejahteraan di Alam Barzah dan mendapat
 pertolonganNya di hari yang tiada siapa akan perduli.
Hanya dengan limpah Rahmatnya  sahaja kita mendapat kurniaan 
Taman-taman Indah, Syurga yang kekal abadi selamanya.

Aamiin ya Rabb...



.......


Saturday, May 12, 2018

Erti kemenangan dalam PRU14 buat diri ku........



Sahih....Alhamdulillah.
Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan baru di Malaysia.
Detik sejarah yang ramai tidak yakin ia akan berlaku.
Manusia merancang, tetapi Allah swt itu maha Perancang.
Dan Allah jua yang maha Berkuasa.


Jujur saya katakan bahawa saya rasa lega dengan kemenangan
YAB Tun Dr Mahathir Muhammad dan Pakatan Harapan.

Dari sebelum Parlimen dibubarkan lagi saya sudah mengikuti apa yang 
berlaku di negara ini. Yang amat membimbangkan saya ialah hal-hal
 yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan dan kos sara hidup Rakyat.
Saya rasa amat khuatir dengan apa yang berlaku 
dan amat tidak puas hati dengan cara urus tadbir Negara kerana ia 
menampakan bahawa keadaan ekonomi negara akan terus menjunam dan 
dikhuatiri rakayat kini akan menanggong beban hidup dan masa depan
 negara terdedah kepada tidak kepastian mengenai banyak hal dan
 terutamanya mengenai kesejahteraan dan keselamatan negara.

Setiap hari rakyat mendengari bagaimana pemimpin negara tidak lagi
dapat dipercayai akibat salah guna kuasa dan penyelewangan hingga 
negara dikatakan sebagai negara Kleptrokasi dan Malaysia sudah seperti 
tidak ada marwah lagi di mata dunia.

Saya tidak bertujuan berbicara panjang lebar mengenainya kerana rakyat
 semuanya sudah maklum. Cuma ada yang yakin dan ada yang tidak yakin
 bergantung pada maklumat yang diperolehnya.

Sehubung dengan ini saya menyedari hakikat bahawa dalam hidup ini apa 
yang kita semai itulah yang kita akan tuai.
Allah maha Melihat dan Allah maha Mendengar dan Allah maha Menyaksikan.
Walaupun saya rasa lega sehari dua ini, namun saya menyedari bahawa untuk membina semula negara bukanlah suatu usaha yang mudah.
Saya katakan pada anak-anak bahawa kemenangan Pakatan Harapan hanyalah merupakan suatu permulaan. Harus ada tekad atas setiap rakyat
 untuk menyedari  bahawa Allah tidak mengubah kehidupan manusia
 melainkan mereka bersedia untuk mengubah diri sendiri.
Tetapi erti mengubah diri bukan ikut sesuka hati. Ia harus berlandaskan
 fakta kebenaran universal dan yang idealnya
 kita berubah mengikut landasan Tauhid.

Pakatan Harapan adalah terdiri dari 4 komponen parti dan yang amat
bekontrovasi ialah parti DAP. Mereka dikatakan memusuhi Islam. Jangan mereka dipersalahkan sepenuhnya atas sikap mereka itu kerana
 adalah lumrah manusia untuk tidak menyukai apa yang
 mereka tidak tahu menafaatnya.
Maka adalah tanggongjawab orang yang mengaku Islam,
 beriman dan bertaqwa yang harus bekerja kuat dan komited untuk terus
menyebarkan Kebenaran hingga terbina suasana kefahaman dan toleransi 
antara berbagai kaum dan berbagai kepercayaan.

Ayuh kita bantu YAB Tun Mahathir dalam membina semula negara tercinta ini.
Iaitu membangun dalam ruanglinkup paradigma Tauhid yang luas tuntutannya. 
Ayuh kita muasabah diri kerana mungkin apa yang berlaku adalah kerana kita juga belum cukup usaha kerana kita belum cukup faham erti membangun berlandaskan Islam.
Mungkin kita asyik sahaja menyalahkan orang lain tetapi kita sendiri tidak memperbaiki diri untuk menyumbang secara positif demi kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, negara dan ummah semuanya.



Ayuh....jangan kita biarkan Tun bersendirian.


........
Semua foto ehsan carian Google.
.........

Tuesday, May 8, 2018

Building Bridges ....


Kita tinggalkan kemelut PRU14.
Kita buat keputusan, ijtihad buat diri sendiri, dan kita terus maju
menyempurnakan kewajipan yang Allah telah tetapkan 
bagi semua hambanya.
Menang atau kalah dalam PRU bukan ukuran muktamad kedudukan kita
di sisi Allah dalam melaksana apa yang Allah perintahkan kerana PRU 
 hanya merupakan salah satu wasilah memilih 
pemimpin untuk Pentadbiran Negara.
Kita harus melihat kekalahan atau kemenangan
mengukut acuan yang Allah sudah tentukan.
Antara yang harus kita pastikan untuk menepati acuan Allah ialah 
akhlak Islam harus kita patuhi. 

A138
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".
(Al-Baqarah 2:138) |

Semoga kita faham bahawa pemilihan kepimpinan dalam sistem mentadbir
negara hanya merupakan sebahagian dari kewajipan kita 
di atas muka bumi ini.
Maka jangan kita melihat PRU14 sebagai hidup matinya sesuatu 
 perjuangan dan hidup matinya sesuatu kaum.
Yang menang dan yang kalah harus melihat diri dengan keinsafan dan
 mencari iktibar yang Allah ingin tunjukan pada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjalani PRU14 ini. 

Bersyukur jika menang dan bersyukur juga jika kalah kerana percaturan Allah itu ada hikamahnya jika kita dapat melihat dengan mata hati.
Jangan sombong dan mendabik diri jika menang dan putus asa jika kalah.
Kemenangan dari Allah tidak datang menggolek. Dan jika kalah, Allah mahu 
menegur sikap kita dan kelemahan kita, lantas kita membaikinya.

Saya perhatikan secara rambang dalam kempen PRU14 ini ada parti politik 
yang cuba melagakan sentimen perkauman. 
Saya rasa sedih kebelakangan ini jika setimen keturunan bangsa dan agama cuba diexploitasikan. Saya berfahaman bahawa kita harus setiap masa
membina silaturrahim antara bangsa, keturunan dan agama.
Allah memerintahkan supaya setiap Muslim yang benar-benar
 beriman dan bertaqwa seharusnya menarik perhatian dan minat kumpulan 
yang belum memahami Islam
 semoga mereka mahu berhijrah menjadi Muslim dan
 Mukmin yang bertaqwa.

Bagaimana caranya ?

Sehubungan ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya mengenali
 beberapa teman yang mengenali pendakwah terkenal dari 
Turkie bernama Sheikh Fathullah Gullen.
Saya difahamkan di Turkie nama Fathullah Gullen adalah nama yang
 penuh kontroversi. Malahan beliau didakwa menjadi dalang yang mahu menjatuhkan kerajaan Erdogan. Saya tidak mahu bicara mengenai
 kontroversi ini. Saya hanya ingin kongsikan sedikit idea beliau 
mengenai pentingnya Pendidikan dalam menjalin kefahaman antara orang
Islam dan orang yang belum Islam.

Melalui angkatan sukarelawannya, Sheikh Fathullah Gullen mempelopori 
  penubuhan sekolah-sekolah / Institusi pendidikan yang, antara lain, 
berfalsafahkan prinsip "membina jambatan" antara kaum dengan 
menggalakan enrolmen pelajar terdiri dari berbagai bangsa dan keterunan 
dan juga dari berbagai fahaman Agama.
 Institusi ini menitikberatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
 Mereka memilih anak-anak yang berpotensi tinggi dalam semua bidang 
terutamanya hal-hal akademik.

Kos pengurusan adalah agak tinggi dan dengan itu pelajar di sini terdiri dari anak-anak kelurga berpendapatan tinggi. Sekolah atau institusi pendidikan ini mengambil juga beberapa anak-anak yang ibu bapanya tdak berpendapatan tinggi tetapi mereka juga berpotensi tinggi dan dapat bersaing dengan anak-anak yang awal tadi.
Mereka mengenakan yuran tinggi untuk yang kaya supaya dapat menampung 
kos pendidkan mereka yang tidak kaya. Prinsip ini dapat diterima pakai
 dan lebih 2000 institusi telah  terbina di seluruh dunia.

Rasional Kumpulan Sheikh F. Gullen ini ialah untuk membina jambatan 
antara kaum berbeza budaya dan agama supaya dengan
 belajar bersama mereka dapat memahami antara satu sama lain dan ini 
adalah foundation yang kuat untuk mereka melihat Islam dengan sikap yang positif. Kurikulum, ko kurikulum dan extra kurikulumnya di reka  sebegitu rupa supaya 
pelajar dari berbagai budaya dan agama dapt berinteraksi tanpa prejudis.
Tujuan utama falsafah ini ialah untuk membina kekuatan yang dapat menyatukan mereka walaupun sudah lama meninggalkan alam persekolahan, iaitu tempat mereka 
menuntut ilmu dahulu. Maka sekiranya ada konflik antara kaum dan agama,
 kumpulan mereka ini tidak akan terus bermusuhan kerana sudah terbina 
sikap toleransi. Beraskan sikap ini mudah bagi mereka hidup aman damai.
Dan dengan menyalurkan keyakinan bahawa Islam itu bersifat inclusive adalah diharapkan manusia sejagat akan lebih bersatu padu dan menghormati satu sama lain.

Proses ini sememangnya memakan masa yang lama untuk menampakan keberkesanannya. Tetapi pada pandangan Sheikh F. Gullen strategi pendidikan ini akan lebih menjamin  sikap toleransi dan mudah bagi orang Islam 
menyebarkan Kebenarannya.

Bukan mudah menerima strategi ini. Saya sampaikan disini secara kasar sahaja kerana beberapa kekangan yang saya hadapi sekarang dan saya kesuntukan masa. 
Semoga penulisan saya ini dapat di fahami. Sudah ada sebuah sekolah/Institusi di Kuala Lumpur ini untuk rujukan sesiapa yang berminat.
Semoa penjelasan saya tidak menimbulkan kekeliruan.

Secara umum ramai orang yang bukan Islam tidak minat Islam dan 
 benci akan Islam kerana sebenarnya mereka tidak faham apa itu Islam. 
Propaganda yang meluas didunia luar sana mengatakan 
penganut Islam adalah Terrorists dan berbagai lagi panggilan 
yang menghinakan mereka. Di Malaysia juga mereka yang tidak beragama
 Islam melihat perkembangan Islam sebagai saingan yang negatif.
 Sebab itu rakyat di Malaysia rata-rata melihat parti politik DAP sebagai
 duri dalam daging dalam usaha membangunkan Malaysia
 ke arah mencapai status negara maju.

Orang Islam tidak perlu takut pada DAP. Kita perkuat diri dan berakhlak Mulia
dan saya yakin DAP akan akur juga akhirnya.

Maka bagaimanakah kita harus mencari jalan tengah atau mencari jalan yang
 lebih realistik untuk memberi kefaham dan lantas dapat menarik hati orang-orang 
bukan Islam untuk memeluk Islam.
Kita lihat ayat alQuran berikut:

A125
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Al-Nahl 16:125) |  


Sehubungan ini suka saya membawa fahaman konsep
Buildiging Bridges antara kaum di Malaysia.
Kita membina silaturrahim, kesefahaman ke arah menjalin semangat
 persaudaraan antara sesama manusia kerana tiada yang lebih mulia 
dari manusia dalam ciptaan Allah.
Semoga dengan jlan ini mereka akan tertarik pada Islam.
Janganlah kita mencari sebab untuk bermusuhan kerana tanggongjawab 
untuk membina kesatuan dalam hal-hal kepentingan bersama adalah terletak 
di atas bahu kita orang Islam.
Allah mengajarkan nabi Musa AS untuk menyeru Firaun dengan lemah lembut
seperti ayat-ayat di bawah ini. Maka orang Islam harus mencontohinya.


A043
"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.
(Taha 20:43) |


A044
"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".
(Taha 20:44)

Maka dalam konteks Malaysia saya berfahaman adalah tanggongjawab 
kita untuk mengambil hati mereka yang berketurunn Cina dan lain-lain termasuk
 mereka yang di Sabah dan Sarawak terutamanya mereka yang 
ditakrif  kaum Asli yang ramai belum memahami Islam.
Maka saya mirip bersetuju dengan strategi Pakatan Harapan dalam PRU14 ini yang membuka mata, membuka minda dan membuka hati untuk mengubah cara 
supaya rakyat Malaysia tidak bermusuhan.
 Semua kaum hormat menghormati, bantu membantu dan 
dalam suasana aman damai.

Strategi pakatan harapan dalam hal ini belum dijelaskan secara teperinci
 baaimana ia boleh dijayakan. Jika mereka dapat mengubah sikap masyarakat
 untuk bertoleransi saya percaya insyaAllah Malaysia bolih maju
 tanpa "bermusuhan" tentang hak dan keistimewaan masing-masing.
 Ini memakan masa dan terletak atas bahu orang Muslim Mukmin  mendokong 
cita-cita ini dengan komitmen yang tinggi, jujur serta iklas
 bahawa ini adah satu amal ibadah yang akan membawa munafaat 
bila di akhirat nanti. InsyaAllah.

Tidak ada paksaan dalam Islam. Kita peang tinggi prinsip ini kerana 
ia adalah tuntutan dalam alQuran.


Surah al Baqarah Ayat 256
A256
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:256)


Surah alBaqarah ayat 257
A257
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah 2:257



Kita tidak perlu katakan kepercayaan agama mereka itu karut 
kerana ini akan membuat mereka marah pada Islam. 
Kita hanya perlu kata Islam baik untuk manusia 
dan Islam "has a lot more to offer".
 Kita buktikan dengan contoh-contoh. Dakwah bil amal.

Dalam konteks ini mungkin kita harus juga memikirkn bagaimana falsafah dan sistem pendidikan di Malaysia ini dapat di romabak 
untuk menjadi lebih inclusive 
dan menjadi Win-Win bagi semua kaum. Dalam hal ini adalah baik jika
 orang melayu Islam dapat mempelajari dan menghayati bahasa kaum lain 
di Malaysia ini terutamanya kaum Cina dan kaum-kaum utama 
di Sabah dan Sarawak.
 Bahasa adalah penghubung manusia minda ke minda dan 
hati ke hati....tidak ada syak wasangka yang akan memecahkan perpaduan kaum di Malaysia ini sekiranya semua kaum dapat memahami satu samalain. Sekaran orang Melayu ramai yang tidak tahu Mandarin 
dan lemah pula berbahasa Inggeris. Ini penting difikirkan jika Malaysia 
mahu berubah dalam memertabatkan Islam. 
Pastinya dengan kesedaran ini  semua akan lebih positif untuk mempelajari 
dan menghayati bahasa Arab, iaitu bahasa komunikasi Allah
 dengan manusia melalui RasaulNYa.

Islam bukan monopoly mana-mana parti politik. Islam boleh terdiri tanpa kita 
melabelkan Islam dalam kumpulan kita. Yang penting mesti ada jentera politik untuk memeratabatkan Islam dalam sistem demokrasi yang ada sekarang. Di Turkie mithalnya 
nama parti politik President Erdogan
 tidak ada label Islam. Tetapi dia giat melaksana Islam.
 Semoga berterusan.

Dalam menjalani hidup  semoga kita dapat menarik perhatian mereka 
bahawa Islam itu INDAH dalam semua aspek. Ia syumul.
Ayuh kita sama-sama bina jambatan memperkuat 
hubungan dan menegakan Islam.


May Allah shower us with his Rahmah in building bridges across the Ummah.
Aamiin ya Rabb.....


.........

Thursday, May 3, 2018

Shame on You ! ....




Foto Hiasan ehsan carian Google.

Shame on You !
Kata seorang teman kariah Masjid di tempat saya bila saya katakan 
dalam WhatsApp bahawa saya ingin buat kerja sukarela Menjadi PACA
 (Polling Agent Counting Agent) pilihan raya kali ini. 
Tapi saya kata saya sudah tua dan tiada kederat.
Saya amat berminat dan rasa teruja untuk membantu menjayakan
 jemaah pemimpin yang menjadi pilihan hati saya.
Tetapi apakan daya.....

Shame on You....
Tun Mahathir is 93 maaa....
Masih kuat, masih bertenaga dan masih kelihatan ceria.
Saya mampu senyum sahaja dan dihati sendiri berkata "padan muka."
Saya serah diri tidak mencari alasan kerana sebenarnya tidaklah patut saya katakan diri saya sudah tidak ada kederat, walhal saya baru 71 tahun.

Kurniaan Allah pada hambanya itu berbagai. Ada orang muda tetapi tidak ada upaya dan ada orang tua yang aktif bagai tiada tepian baginya.
Tun Mahathir adalah antaranya.
Namun dalam kita menghargai apa yang Allah kurnia, kita harus juga
 berwaspada bahawa kurniaan yang kita sangaka Allah suka pada kita itu ia tidak merupakan satu Istidraj dariNYA.

Saya malu pada diri kerana ramai juga teteman di Masjid saya yang 
sebaya dengan saya masih aktif menyumbang tenaga dan fikiran
 menjalankan kerja-kerja kebajikan dengan sukarela. 
Sekarang ini saya amat sedikit berbakti
 pada masyarakat. Semoga sedikit masalah yang ada pada keluarga saya
waktu ini akan berlalu dan saya boleh bersama teteman saya
 yang kini aktif walaupun sudah hampir umur tujuhpuluhan.

Selalu sahaja saya katakan pada diri. Jika kita asyik sibuk dengan 
masalah sendiri bila pulak kita nak sibukan diri membantu orang lain. 

"To add insult to injury"  semalam seorang dari biras saya mengatakan
 pada saya bahawa dia kesal saya menyokong pihak 
yang tidak seharusnya disokong
 kerana fakta-fakta yang diputar belitkan oleh pihak lawan. 
Dia kata 'May Allah show us the Righteous Path'. Aamiin, dalam hati saya.

Saya memang bertekad mencari kebenaran dan berbuat sesuatu
 berpaksikan Kebenaran. Dan saya juga yakin bahawa laluan ke Syurga 
itu bukan hanya satu. Pastikan kita berlandaskan Quran dan
 Hadith dan memohon pada Allah kita sentiasa dalam perlindunganNya.

Dalam Pilihn Raya kali ini saya bertekad memilih mereka yang berkeupayaan
membina semula Negara ini. Tidak ada manusia yang sempurna segalanya.
Maka saya pilih yang kurang mudharatnya. 
WaAllahu'alam.


..........
Related Posts with Thumbnails