"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, August 20, 2017

Kuala Lumpur yang muram......






Jam sudah 9 pagi kelmarin dulu. Saya dan suami ke Kuala Lumpur "running errands" mahu cari sesuatu untuk kembara ke Australia jika di izin Allah  tidak lama lagi. Cuaca nampak muram walaupun kata ramalan  cuaca ia akan panas terang. 

Jangan pertika ramalan......

Suami memandu tenang, walaupun sesak kenderan di jalan raya. Di umur dewasa tua ini eluk bertenang semoga umur "panjang".




Cuaca muram maka kami tidak berbual panjang atau serious. Masing-masing dengan fikiran masing. Saya sudah 
bersara lebih sepuluh tahun dan jarang-jarang sekali 
saya merentas Kuala Lumpur pada pagi hari seperti ini. 
Maka saya rasa seperti rusa masuk kampung. 
Semua kelihatan amat berlainan berbanding Kuala Lumpur
 se abad yang lalu.


Di ambang persaraan dari perkhidmata Awam saya rasa lega kerana saya positif banyqk yang dapat saya lakukan kerana saya punya kebebasan masa dan tidak perlu lagi bimbang tentang kemajuan anak-anak. Saya terima seadanya.






Sayup-sayup kelihatan Menara KLCC. Tidak pernah naik ke sana walaupu dua tiga anak saudara bekerja dengan Petronas. Dalam umur tujuhpuluhan ini saya tidaklah cenderung sangat untuk mengambil masa semata-mata
 mahu melihat BandarRaya Kuala Lumpur. 





Kami parkir kereta di Bangunan AmBank dan kami berjalan 
ke arah Bangunan MCA. 
Cuaca muram tetapi nyaman untuk berjalan kaki. Itu suami saya 
berjalan untuk persediaan kembara ke Perth. In Sha Allah.
 Kelihatan Perhentian Basikal untuk sewaan, saya kira.
 Kuala lumpur makin hari makin seperti negara lain yang maju. Lima tahun dahulu saya ikut anak ke London dan ada basikal seperti ini dekat dengan Apartment kami sewa. Kuala Lumpur boleh dikira bertaraf dunia.







Tetapi sekarang ini Kuala Lumpur tidak memberi erti keseronokan seperti sekurang-kurangnya lima tahun yang lalu. Ketika itu Rakyat
 tidak rasa tertekan dari segi saraan hidup.
 Rakyat tidak mendengari
 berita-berita yang menimbulkan kegusaran di hati dan
 rasa khuatir di minda mengenai masa depan anak cucu.
Sekarang ini berita-berita mengenai kepimpinan politik tidak
 menggembirakan. Jauh sekali mahu rasa yakin
 tentang keadaan masa hadapan.

Saya tidak berniat berbicara suasana politik, kewangan dan berbagai
 lagi hal mengenai negara Malaysia yang tercinta ini.
 Banyak yang sudah kita ketahui dari berbagai Media Sosial.
Hanya doa kami panjatkan semoga keadaan akan berubah kepada yang lebih baik di sisi yang maha Pencipta, di sisi Allah.

Sementara itu pengumuman mengenai para Pesara Perkhidmatan Awam tidak lagi akan mendapat perubatan yang berkualiti tinggi
 memeranjatkan saya. Sedih.....Tetapi apakan daya.

Beberapa bulan sebelum bersara kami pegawai tinggi diberi kursus persaraan supaya mudah menyesuaikan diri dalam persaraan.
 Antara yang kami dimaklumkan ialah jangan riasu mengenai jumlah peruntukan kewangan persaraan.
 Pasti mencukupi katanya kerana jika ada ahli yang sakit
 Kerajaan akan pasti menawarkan perkhidmatan perubatan yang amat memuaskan semua pihak. 
Kami senyum lebar ketika itu rasa lega kerana kami tahu 
kami tidak akan mampu perkhidmatan kesihatan Hospital Swasta.

Tetapi sekarang ini lain ceritanya. Semoga apa 
yang saya dengari tidak betul.
Antara yang saya dengari ialah untuk pembedahan kataract di mata,
 kerajaan akan membiayai satu mata sahaja.
Sebelah lagi kita mesti tanggong sendiri.
Nampak semacam tidak adil. Semoga saya salah.

Ini belum lagi cerita-cerita yang didengari secara umum seperti kenaikan barang-barang dan perkhidmatan.
Amat sedih.
Kuala Lumpur bertaraf dunia dengan hidup rakyat yang sejahtera
nampak seperti mimpi ngeri di siang hari.....
Entah apa lagi yang akan membebankan kami.

Ya Allah peliharalah kami....
Aamiin ya Rabb.



......

Thursday, August 17, 2017

Belalang, teringat peristiwa silam....



Maka tercetus cerita Belalang......










Menantu saya suka tanam bunga.  Saya pernah cerita dulu. Sekarang ia baru melahir anak ketiganya sebulan lalu dan tiada masa untuk melihat "tamannya". 

Sesekali saya tolong jirus  air tetapi usaha  sesekali tidak memadai. Pokok-pokok jadi kering longlai dan rasa tak seronok saya melihatnya.

Dalam melihat-lihat, suatu hari saya ternampak seekur belalang hinggap di pohon kecil yang hampir terkulai. Saya dekati dengan harapan ia tidak terbang lari. Saya buka telefon dan rakam foto seperti di bawah ini.

Teruja hati saya dan saya beritahu suami mengapa saya teruja. Saya teringatkan peristiwa hidup saya semasa saya kecil dan remaja. Ketika itu bapak saya masih ada. Saya berumur hampir 16 tahun bila bapak saya meninggal dunia.

Dia seorang pekebun dan semasa mula-mula datang dari Tanah Jawa dia bercerita dia menebang hutan dan membuat berbagai kerja cucuk tanam yang hasilnya boleh dipasarkan. Saya akan sentiasa ingat kelangsungan hidup ketika itu. Banyak yang saya boleh ceritakan tetapi kali ini saya  hanya ingin ceritakan perhal belalang.




Tidak jelas rupa belalang ini kerana fon saya tidak canggih.
Saya foto cepat-cepat sebab takut ia terbang menghilang. Maklumlah.....
tangan warga tua sudah tidak setabil.








Nostalgia yang mencuit rasa sayu.
Bapak saya sebagai pekebun menanam ubi keladi keledek dan berbagai sayuran. Saya lahir 2 tahun setelah tamat perang Dunia pertama. Dalam umur sekolah rendah dan awal sekolah menengah saya masih melalui hidup sebagai anak pekebun kecil-kecilan. Dala masa pemerintahan Komunis saya mengalami makan nasi di campur ubi.

Tetapi dalam ingatan saya waktu itu saya tidak pernah kelaparan. Sentiasa ada ubi keladi keledek. Alhamdulillah saya membesar normal tanpa banyak memakan nasi. Rezki kurniaan Allah. Ia turun dalam berbagai bentuk dan dalam berbagai cara.

Tetapi.......Apa pula cerita belalang?

Di kebun bapak saya ada banyak belalang kunyit. Tanpa apa-apa rasa geli geliman dan tanpa apa jua rasa prejudis saya dan anak-anak kakak saya yang sebaya selalu berkejaran berlumba-lumba mencari belalang kunyit ini dan kami salai dalam bara apai bawah tanah untuk kami makan.

Sedap..... jangan hairan.

Fikirkanlah....
Waktu itu tidak merasa salah dan sedikit pun tidak rasa geli. Makan adalah satu keperluan asas dan kami makan juga belud dan burung ayam-ayam yang kami perangkap dalam kandang ayam. Hidup kami umpama cara hidup primitif.

Makan belud pun tidak rasa geli. Rupanya itu sumber protein uang tinggi. Kami tangkap belud biasanya di musim hujan dalam peparitan yang bapak saya gali buat sempadan tanah-tanah jiran. Kakak sulong saya menternak ayam dan mak saya menternak kambing tetapi kami makan ayam dan daging setahun sekali waktu Hari Raya ......ingatan  sepertinya begitu sebab saya masih teringat seronoknya bila dapat makan ayam dan daging sesekali dalam hari-hari dalam sejarah hidup kami. Hasil ayam dan kambing bapak saya jual pada sesiapa yang mampu. Kami banyak makan ikan bilis dan sotong kering kerana wakyu itu harga nya amat murah, mengikut cerita mak saya. (Kini mak saya pun sudah meninggal). Kekadang kami makan ikan kembong.... ikan kembong yang sudah direbus kerana kami tidak ada peti ais.

Eh eh......... meleret pulak cerita saya. Sampai di sini sahaja. 
Alhamdulillah Allah kurnia kesihatan dan umur yang panjang hingga mencapai 7 series. Wahai belalang...... sentiasa dalam ingatan.



......

Monday, August 14, 2017

Santai di Batu Pahat....





Ini teman akrab saya mengajak saya dan suami santai-santai ke Batu Pahat. Antara tempat bersantai ialah melawat anaknya yang baru membuka kedai makan yang terletak seperti di dalam taman. Sejuk dan nyaman suasana di situ dan kami menjamu selera yang dicadang oleh Chef....anak menantu perempuannya. Dia memang berbakat dan jika dikurnia modal yang berlebihan saya yakin dia boleh membuka restoran yang dapat menawan hati pelanggan.

Tetapi rezki Allah bukan kira banyak atau sedikit. Kita kena bersyukur pada rezki yang sedikit tetapi barakah. Maka itulah dasar utamanya. Kaya raya tetapi melalui sumber yang tidak syarie pun tidak bermakna. Biar rezki kita membawa kita kesyurga. Aamiin ya Rabb.....



Ini Kedai Makan seperti dalam Taman.



Ahli keluarga teman saya "rendezvous" di sini dan kami seperti "kenduri kecil" berkeluarga. Kemesraan itu yang penting dan
 jalinan kasih sayang
 bolih dibuat berbagai cara. Alhamdulillah kami semua 
rasa seronok berbual-bual santai bercerita mengenai
 bisness kecil-kecilan yang boleh membesar
 dan kami bercerita juga mengenai harapan rakyat
 pada pihak pemimpin
 politik untuk peka tentang maslahah peniaga-peniaga kecil. 
Semoga kita akan dapat barisan Pemimpin yang
 ambil peduli kesejahteraan rakyatnya.
"RAKYAT DIDAHULUKAN"
Jangan hanya slogan kosong sahaja.
Allah tidak suka.

A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!


A003
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.




Kehijauan di pinggir tempat makan .
Sejuk mata memandang.
Allah kurnia keindahan di bumi kita....
Jangan kita yang merosakannya.



........

Sunday, August 13, 2017

Anak-anak lambat bertutur......



Kami ke Muar untuk menghadiri Bengkel SPEA K seperti di atas.
Ia dikendalikan oleh Hospital Besar Muar yang menggalakan
 mereka yang terlibat dengan Terepi membantu
 anak-anak bertutur, guru pendidikan khas, guru-guru tadika dan
 ibu bapa yang berminat.

Ada lebih dua ratus orang yang hadir dan saya rasa teruja 
mendengari ceramah Ouan Azizah, seorang pakar
 dalam bidang "SPEAK".
Saya hadir sama mewakili Tadika SmarTop Subur Fitrah dengan
 membawa seorang guru kami semoga dia
 dapat mengkongsikan Ilmu 
dengan guru-guru lain. Partner saya Datin Noraini pun hadir sama.
Saya lebih berminat kerana saya juga punya cucu yang lambat bertutur. Dia berumur hampir 4 tahun tetapi amat kurang bilangan perkataan yang seharusnya sudah dikuasai ditahap umur itu.

Saya tidak berputus asa. Ibunya sibuk maka saya mencari
 masa membantunya. Sungguh bermunafaat.

Di nbawah ini foto kami bersama Puan Azizah
 semasa berhenti rehat.
Puan Azizah sangat jelas penerangannya dan ada beberapa soalan
 yang santai kami bertanyakan padanya.



Puan Azizah duduk di tengah-tengah dan pegawai yang lelaki itu 
juga seorang pakar terepi. Tidak rugi berkejaran ke Muar dari selepas subuh hingga tengah hari. Alhamdulillah. 

Anak-anak yang lambat bertutur kadang kala disebabkan oleh beberapa kelemahan yang alamidari lahir lagi. Khususnya mereka 
yang lambat bertutur ada juga elemen otisma dan 
yang lebih nyata ramai yang menghadapi masalah lemah otot-otot
 di bahagian mulut termasuk lidah dan pipi. 
Maka dalam bengkel itu kami diberi penerangan bagaimana 
mahu merangsang otot-otot supaya kuat untuk membolihkan anak-anak kecil bertutur. Ada berbagai alat yang ditunjukan dan ia boleh 
dibeli di farmasi atau dari Persatuan di atas itu.
Saya perhatikan ramai juga ibu bapa yang membelinya.

Selain itu kami diberi contoh bagaimana mahu meransang anak-anak menyebut perkataan-perkataan. Bolih melalui lagu-lagu nursery rhymes yang menggunakan perkataan berulang-ulang. Sura dan nada seorang ibu yang menyantuni anak yang lambat bertutur harus lembut dan jelas.
Kami diinatkan jangan mengajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat bertanya. Kita harus terus gunakan ayat-ayat yang dapat menggalakan interaksi.

Penerangan saya di sini hanya "Touch n Go". Pastinya kurang jelas kerana saya pun bukan pakar pertuturan.
Eluk bagi sesiapa yang berminat menghubungi sendiri Persatuan berkenaan kerana mereka mengadakan bengkel di banyak tempat di negara kita ini.





Tengah hari kami pulang dengan rasa ada tambahan ilmu untuk dikongsikan dengan guru-guru Tadika SmarTop kami. Di atas ini seorang guru yang kami bawa bersama. Dia rasa puas hati dan bertekad berkongsi ilmu. Nota-nota ada diedarkan dan kami hanya membayar rm30 sahaja.

Alhamdulillah Allah kurnia ruang dan peluang.


......

Saturday, August 12, 2017

Haru setiap kali ke IJN.....




Dua minggu lalu saya di minta lapor diri ke IJN
 untuk pemeriksaan rutin.
Apa jua tujuan saya sentiasa rasa takut...... takut kalau ada 
apa2 yang serious. Lepas Solat Subuh suami dan saya
 bersiap cepat untuk cuba mengelakan diri dari
 kesesakan lalu lintas. 
Dan sama pentingnya jika lambat 
tidak ada tempat parking.
IJN canggih serba serbi dari pemerhatian saya tetapi 
tidak selesa dalam hal perking kereta.
 Itu membuatkan saya stress juga.....

Saya cuba mengawal stress dengan berbuat sesuatu
 yang saya suka.... ambil foto yang 
saya rasa cantik dan luar biasa buat saya. 
Maka foto subuh hari diperjalanan adalah suatu 
yang buat saya senyum dan fikir. 
Sepuluh tahun lagi bagaimana ye?



The Twin Towers kelihatan sayup2 indah  tetapi tidak cukup untuk
 menghilangkan kekhuatiran di hati.

Seperti biasa pengambilan darah harus dibereskan dan pendaftaran harus sempurna. Setelah pemeriksaan tekanan darah kami diberi nombor giliran dan dibenarkan minum pagi sambil menanti Doktor untuk pemeriksaan.
Dikafetaria biasa makanan kurang sedap tetapi harga berpatutan.
Siapa yang ambil peduli....
Kami makan dan sembang dengan sesiapa yang duduk sama 
kerana tempat duduk pun berkurangan. 
Alhamdulillah kami masih boleh makan dan masih boleh bersembang.
 Semoga masaalah jantung kami dapat dikawal.




Suami ikut sama kerana hari itu kebetulan gilirannya 
ambil stok ubat untuk 2 bulan.
Penantian yang memerlukan kesabaran.

Doktor datang jam 9.45, ini cepat dari biasa. Tuan doktor itu muda dan nurse kata dia tidak boleh berbahasa Melayu. Saya kira dia 
orang Filioino dari laghat percakapannya.
Mujurlah saya boleh berbahasa Inggeris. Dan dia rasa selesa memberi penerangan apa yang kurang memuaskan.
 Ukuran gula saya  masih tinggi dan ia menggesa 
saya tukar amalan pemakanan.
Ssya lega sedikit kerana buah pinggang saya okay. Cuma saya kena datang 6 bulan lagi untuk pemeriksaan mengapa jantung saya rasa sakit pada ketika2 yang tidak dapat dijelaskan mengapa.
Subhanallah, Allahuakbar. Saya hanya dapat patuhi takdir.



Pada malamnya suami dan saya diajak keluar makan oleh teman amat akrab.

Kami makan satay di Food Court Hartamas.
 Nama Restoran dah lupa. 
Lupakanlah sekejap cerita sakit. Teman kami kata jangan berfikir
 terlalu kuat kerana sistem tubuh kita sudah tidak berupaya.
 Kita relax sahaja. Pokoknya jangan cari masaalah. 
Kita harus selesai masaalah tanpa masaalah. Tidak cerdik kita jika menyelesai satu masaalah tetapi masaalah lain yang berkaitan menjadi lebih membebankan. Takut akhirnya jantung jadi mangsa.

Saya senyum sahaja mendengari nasihat. Selalu saya katakan
 pada suami ia harus simpati pada isteri 
semoga dapat mencapai sakinah dalam keluarga. Kesabaran
 dan pengorbanan dan keikhlasan itu amat penting 
dalam menjalin keluarga bahagia. Walaupun sakit, 
pasti tenang sahaja.

Semoga Allah sentiasa memberkati usaha dan semoga
 bahagia hingga ke Syurga.


......

Monday, August 7, 2017

Satu perkongsian pengalaman hidup....



February 2017.
Teman akrab Dato Safaruddin melayani suami dalam satu majlis
 kenduri kesyukuran di Tangkak.
Suami memang suka menjamu selera di mana jua. 



Mac 2017.
Dalam perjalanan ke Tanah Merah untuk ziarah bapa anak anagkat
 kami yang menghidap stroke.
Di perjalan kesukaan kami ialah berhenti makan dan mencuba menu
 tempatan  sebagai mengubah selera.



Awal Jun 2017
Sebenarnya suami saya "loves food" berbabagai jenis. 
Arwah ibunya memang pakar masak memasak, cuma tidak buka bisness masak. Kegemaran anak cucu bila balik kampung ialah makan sedap-sedap dirumah arwah Tok dan Tok Ayah.
Tetapi kesukaan ini boleh menimbulkan masaalah kesihatan. Pada awal June maka terpaksa ke hospital untuk merawat ibu jari yang kena Diabetic Ulser.
Kena potong ibu jari sedikit hingga tahap kuku. 
Alhamdulilah kini sudah sembuh dan dia amat berhati-hati sekarang.


Akhir Jun 2017.
Menanti giliran di PPUM untuk review pembedahan di atas ibu jarinya.
Sabar menanti.. Alhamdulillah.


Masaalah dan ujian dalam hidup itu berbagai. Ada yang
 takdir Allah yang "tulin" 
tetapi ada juga yang Allah izinkan dan takdirkan
kerana kecuaian membuat pilihan dalam hidup.
Satu pengajaran buat semua kita. Jangan mudah-mudah
mengatakan apa yang berlaku pada kita memang sudah tersurat. 
Dalam memilih jodoh sekalipun. Allah menuntut kita berfikir pangjang dalam semua hal sebelum membuat keputusan.
Jangan muda-mudah "menyalahkan takdir"
Subhanallah, Maha suci Allah. Allah tidak zalim pada ciptaanNya.

Wa Allahu'alam.


.....

Saturday, August 5, 2017

Berbisik-bisik ke Bumi.....


Related image


Sejarah Sujud perintah Allah....
Tetapi Iblis enggan dan Takabur.


A034
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.(Al-Baqarah 2:34


.......


Sujud adalah perbuatan paling hampir antara Hamba dan Khaliknya. Maka kita dituntut untuk memperbanyakan Sujud...iaitu Sujud dalam solat. Maka kita harus memperbanyakan solat Sunat supaya dapat memperbanyakan perbuatan Sujud, terutamanya di malam hari.

Dengan penulisan ini semoga saya sendiri dapat memperbanyakan solat -solat sunat. Dalam sebuah Hadith sahih, (ustaz bercerita)... Robiah bin Kaab telah memohon pada Rasulullah sallallahualaihiwasalam untuk mendoakannya semoga Allah dapat menempatkannya bersama Nabi di Syurga nanti. Maki Nabi kita meminta sahabatnya Robiah itu untuk memperbanyakan sujud semoga Allah mudah memperkenankan permohonan itu. Ayuh kita sama-sama mencontohi sahabt ini semoga kita semua bertemu semula di Jannatul Firdaus bersama Junjungan Nabi kita yang kita kasihi.

Kata ustaz, untuk merasai dan menghayati erti sujud kita harus mencuba sedaya upaya supaya membenamkan muka kita ke bumi. Maka jika kita sakit lutut janganlah kita hendaknya mengambil ringan dan tidak sujud ke bumi. Biar sakit sedikit tetapi kita cuba sedaya upaya yang mungkin untuk bebrbisik-bisik merayu pada Allah dalam sujud yang syahdu.

Namun walau apa pun, dalam sujud yang penuh khyusuk itu insya Allah, ALLAH itu maha mendengari......


......foto ehsan google...

Wednesday, August 2, 2017

Kucing-kucing "Gelandangan".....



Ini kucing yang selalu berada di rumah saya. Dia bukan saya yang empunya. Jadi saya kira dia kucing "gelandangan".
 Kasihan tiada bertuan.

Maka mengapa tidak saya menjadi tuannya. Sukar menjawab soalan itu. Saya tiada siapa yang komited untu memeliharanya..... memberi makan dan menjaga kesihatannya dan apa jua yang berkaitan dengan keselesaan hidupnya.

Saya mengaku bersalah dan usha membela diri hanya sekadar memberi makanan sahaja. Saya memohon ampun semoga saya tidak dikira zalim terhadap haiwan yang juga makhluk Allah dan kita dituntuk agar peduli padanya. Mohon ampun ya Rabb...
  


Ini seekor lagi. Dia jarang-jarang datang dan datang hanya mencari "pasangannya".




Banyak kucing-kucing "gelandangan" di rumah saya. Saya biarkan dan hanya beli makanan. Bila sudah biasa dengan satu jenis makanan yang saya beli, kucing=kucing ini tidak mahu makan sisa-siha makanan bentuk nasi dan lauk yang ada di dapur saya.
Wah!  memilih juga kucing-kucing ini. Tidak mengapa.
 Itu perkara kecil.

Tetapi bila bercerita mengenai orang-orang yang gelandangan, itu bukan perkara kecil. Saya ada kawan dalam satu NGO yang sering memberi makan orang-orang gelandangan di waktu malam di tempat-tempat tertentu. Saya ingin mengikutinya tetapi tiada kesempatan dan rasa kesal juga kerana teman saya pun sudah berhenti mengambil bahagian dalam aktiviti ini.
Dia mengatakan program ini amat mencabar dan amat memberi munafaat. Katanya sukarelwan tidak dibenarkan bertanya soalan mengapa mereka gelandangan. Tidak boleh berbuat begitu secara langsung atau tidak langsung kerana khuatir mereka tidak datang lagi mengambil makanan. Teman saya rasa kurang setuju kerana katanya kita harus juga ambil peduli sebaik mungkin dan berharap mereka dapat kembali kepangkal jalan.

Saya tiada maklumat dan tidak pula berkemampuan aktif dalam usaha ini. Mungkin pembaca budiman mahu berkongsi pengalaman
 yang boleh dimunafaatkan.

Bukan sahaja di Malaysia katanya ramai orang-orang yang gelandangan. Teringat saya hampir sepuluh tahun dulu saya tinggal di Tokyo menjaga cucu selam lebih kurang 3 bulan. Anak saya selalu juga bercerita dengan saya dan memberi tahu saya di mana tempat mereka suka berada.
Waktu itu saya tidak peka hal-hal seperti ini maka saya hanya nampak dan melihat. Teringat saya waktu-waktu bertembung dengan mereka pagi-pagi hari dalam perjalan saya pergi ke tempat membeli barang-barang dapur. Tempat itu kelihatan kurang bersih dan selalunya saya cepat-cepat berlalu.
Anak saya mengatakan setengah merejka itu ada anak-anak yang mampu membela ibu bapa. Tetapi hanya ibu bapa yang tidak mahu menyusahkan anak-anak. Allahua'lam. Betul atau tidak maklumat ini. Mungkin di Malaysia pun begitu juga. Tidak ada waris yang peduli dan mahu membantu. 
Entahlah....Walau apa pun saya berpendapat pihak pemerintah harus berbuat sesuatu yang berkesan untuk menyelesaikan masaalah masyarakat seperti ini.

Semoga saya tidak dikira hanya pandai bercakap tetapi tiada udaha yang mendatangkan munafaat.
Memang saya kurang usaha. Ampun maaf. Hanya kucing-kucing sahaja yang termampu ketika ini. Semoga Allah memberi jalan....


......

Monday, July 31, 2017

Menyesat-nyesat di Port Dickson........




Ini kisah hari semalam, Ahad akhir July.
Sudah lebih 10 tahun tidak ke Port Dickson. Bayangkan rasa teruja tak menentu....

Semacam ingat,.... tetapi kurang ingat. Semasa bertugas dahulu sering ke sana dan favorite hotel saya ialah The Regency. Kekawan lama ajak berjumpa di Avillion Port Dickson. Saya mula-mula yakin ia terletak ke arah Teluk kemang. Bukan.....
Ia terletak di batu 3 dikira dari bandar Port Dickson. Siapa nak tahu di batu berapa kita berada. Teman saya brother Yahya memberi informasi, tetapi bila dah diumur ini banyak ingatan yang tidak menjadi. Selepa hampir setengah jam barulah berjumpa....mengah juga dibuatnya kerana sudah banyak perubahan dan pembangunan yang berlaku yang tidak saya sangka.

Akhirnya sampai.....
Di tepi pantai cantik menghijau.





Kami makan tengah hari dan bersembang panjang.....



Ini hidangan....Rezki kurniaan Tuhan, hamba-hamba yang mukmin tidak perlu bimbang. Hanya perlu berusaha dan tawakkal. Yang penting bukan banyak atau sedikit, sedap atau tidak sedap. Yang Allah tuntut hanya ikhlas dan bersyukur..... dan suka mengkongsikan apa jua yang Allah anugerahkan.








Ini kekawan dari tahun 1964/1965. Sebahagiannya sahaja.
Pertemuan sekali sekala mengingat zaman muda untuk 
memperbaiki zaman tua.
Sayu dan gembira...semoga Allah sentiasa bersama, menunjuki
 jalan yang diredhaiNya.



Ini brother Yahya yang bermurah hati menjamu kami.
Alhamdulillah.... kami mensyukuri.



Ini foto shoot kenangan,
untuk anak cucu mengimbas pengalaman, buat ingatan....
Hidup ini tidak panjang, hargai keluarga dan juga sahabat handai.

Jam dua petang kami beredar dengan rasa suka 
tetapi juga bimbang.
Kot ini kali terakhir kami dapat sembang santai. Semoga Allah memberkati talian silaturrahim yang kami cuba jalin
 dari hati ke hati.
Hingga berjumpa lagi....
Di Syurga Firdaus kami mohon doa Illahi.
Aamiin   ya Rabb... Tuhan yang maha Mengasihi.


.....

Wednesday, July 26, 2017

Tiada kederat ke Majlis Ilmu......




Kebelakangan ini saya tidak memaksa diri untuk ke Majlis Ilmu 
walaupun dekat dengan rumah.
Dalam hati saya cuba mencari sebab mengapa begitu. Saya rasa kurang sihat sepenuhnya kerana lutut saya mula meragam. Maka saya di rumah sahaja mencari Ilmu melalui U Tube. Walaupun ustaz-ustaz di UIube ramai yang bagus, saya tidak rasa mencukupi kerana makin hari saya merasakan talian silaturrahim dengan teteman mengaji makin tipis.

Maka saya bangkit memaksa diri hadir ke satu Majlis Ilmu 
berdekatan dengan rumah. Ini Ustazah Datin Aminah,
 isteri pada matan Mufti Wilayah Persekutuan yang kini sudah
 kembali ke Rahmatullah.

Terkejut saya dan berdebar rasa malu bila saya melihat ketibaan Ustazah. Ia sudah menggunakan tongkat dan dibantu berpimpin oleh seorang yang datang bersama dengannya. Malu pada diri tidak terkira. Saya masih boleh berjalan dan secara bandingan lutut saya tidak memerlukan Tongkat.
Saya duduk rasa berdebar kerana kesal dan kerana malu bukan sahaja pada diri tetapi pada Malaikat yang ada di Taman Syurga memuliakan Majlis Ilmu.

Saya tepat mendengari Ustazah. Amat bagus ceramahnya kerana olahannya amat mudah difahami dan ia dapat membuat kami rasa terpanggil untuk melaksana apa yang disarankan olehnya terutamanya supaya jangan kedukut untuk menginfak harta dan kekayaan. Allah tidak melihat berapa banyak dan berapa besar yang kita infakan. Allah melihat keikhlasan hati.

Ada sedikit jamuan selepas ceramah dan solat Asar
 berjemaah dengannya.
Saya kurang selesa makan kerana mengingatkan perihal 
sikap malas saya kebelakangan ini. Baru 70 tahun dan ustazah itu 
saya rasa sudah melepasi pertengahan tujuh puluhan.
 Semoga Allah mengampuni sikap saya.

Tidak lama saya bersantai dengan teteman kerana hati rasa kesal pada diri.





Saya permisi pulang dengan tuan rumah yang bertudung hitam.
 Foto ini anak angkat saya rakamkan untuk kenanganan. Alahamdulilah,
rasa terkesan di hati teguran Allah supaya tidak
 malas-malasan kerana merasakan seperti sudah mencukupi tanpa disedari itu suatu kesilapan besar. Umur bukan semakin muda.
 Seharusnya  sentiasa berkejaran dengan 
masa kenana entah bila giliran untuk ke Sana akan sampai.
 Semoga Allah sentiasa memberi Taufiq dan HidayahNya.



......
Related Posts with Thumbnails